Jumaat, 23 Januari 2009

Hotak aku hilang idea



Lari,lari dan lari. Itu yang aku asyik buat minggu ni. Lari daripada kawan-kawan yang meminta hasil kreativiti aku. "Skrip dah siap?" Oh, itu soalan neraka bagi aku buat masa ini. Aku lari lagi. Macam macam alasan. Idea perlu diperah, dicerna,ditapis dan dimuntahkan semula pada papan kekunci komputer. Tapi itu semua tidak berguna jika idea tidak datang. Aku ketandusan idea. Idea jika dipaksa macamanpun tidak akan datang. Idea datang pada waktu-waktu yang kita tak sangka dan waktu kita tak memirkannya langsung. Tengah berak, tengah minum beer, tengah kentut, tengah makan, tengah kena marah, tengah menjerit, tengah jamming. Macam-macam.

Oh idea, kenapa kau selalu tak datang dalam otak aku sejak akhir-akhir ini? Di mana kau hilang? Adakah kau hilang dalam nikotin dan tar yang membukit dalam paru-paru aku?

Atau kau hilang dan tak datang-datang kerana diserap alkohol yang berlebihan dan kau merajuk dan tak mahu datang lagi dalam otak aku? Maaflah idea, aku memang kerap beralkohol semenjak dua-tiga bulan ini.

Tolonglah datang idea, kawan-kawan aku aku sedang menagihkan kau..

"Skrip dah siap?"
"Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!!"=

- Ketika entri ini ditulis aku masih dalam pelarian lagi.

0 comments: