Jumaat, 13 Februari 2009

Kekentalan yang maha hebat.

Sebentar tadi sebelum entri ini ditulis, aku minum di sebuah kedai sambil baca cerpen Pak Sako. Sedang aku membaca sambil merokok, datang seorang budak kepada aku. Budak tersebut berpakaian baju dan seluar melayu dan sedang menyandang sebuah beg yang sudah usang. Dia menjual cd-cd agama pada aku. Aku cum senyum padanya sambil menolak bahan jualannya. Tanpa bayak bicara dia terus beredar. Kemudian aku perhatikan budak lelaki tersebut. Timbul rasa sedih yang amat sangat dalam hati aku. Budak semuda itu bekerja dengan menjual cd-cd agama kesana-kemari di tengah-tengah manusia yang sudah pastinya tidak akan membeli cd-cd agamanya. Timbul persoalan dalam diri aku.

Siapa budak ini?

Dengan siapa dia bekerja?

Duit hasil penjualan cd agama itu akan diserahkan pada siapa?

Siapa yang buat cd agama tersebut?

Siapa ibu-bapanya?

Dimana dia tinggal?

Adakah dia anak yatim?

Tidak bersekolahkah dia?

Apakah hari-hari begitu kerjanya?

Tidak penatklah dia?

Bagaimana masa depannya?

Bagaimana pelajarannya?

Sampai bila dia akan berkerja ?

Ketika soalan-solan itu semua sedang berserabut di dalam kepala, aku masih sedang memerhatikan budak tersebut. Aku sangat kasihan akan budak lelaki itu. Bagaimana dalam usia semuda itu dia sangat "kental" bekerja untuk meneruskan hidupnya, sedangkan aku sangat beruntung sedang minum teh o ais limau sambil menyedut rokok murah.

Sedangkan aku sangat beruntung ketika aku sebayanya, aku tidak perlu menjual barang-barang yang sudah pastinya orang ramai tidak akan beli. Hanya memikirkan apa yang harus aku mainkan keesokan harinya atau sedang berkira-kira samada untuk menonton rancangan kartun kegemaran atau bermain di luar bersama-sama rakan sebaya lain. Balik dari main - makan, menonton televisyen dan tidur.

Wah! Aku rasakan "kekentalan" budak itu sangat besar berbandng dengan aku yang cukup manja sewaktu kecil.

Aku rasa ketika umur aku yang sekarang ini, belum tentu aku sanggup bekerja seperti dia. Betapa manjanya kekentalan aku berbanding dengan budak lelaki dengan beg usangnya itu menjual cd-cd agama. Betapa kecilnya dan halusnya dan rapuhnya kekentalan aku sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan budak itu. Barangkali aku sebenarnya tiada kekentalan langsung.

Ketika sedang menulis ini aku masih tertanya-tanya. Ketika sedang menulis ini aku masih berasa simpati pada budak kecil tersebut.


0 comments: