Jumaat, 27 Mac 2009

Mandi Darah

At The Behest Of Their Death - Bloodbath



Metal merupakan muzik yang paling aku gemari sejak sekolah menengah. Siapa yang tak layan metal waktu sekolah menengah bagi aku adalah sangat tidak cool. Tidak cool langsung! Bagi pelajar lelaki sekolah menengah jika tidak mempunyai cita-cita menyimpan rambut panjang, tidak mempunyai cita-cita untuk menubuhkan sebuah band metal, tidak mempunyai cita-cita untuk pakai baju band metal adalah tidak normal bagi aku. Ini kenyataan. Aku tak tipu. Kamu akan dianggap pussy jika tak layan metal waktu sekolah menegah walupun kamu sebenarnya dengar Backstreet Boy atau KRU di rumah secara senyap-senyap. Hahaha.

Tapi selera muzik akan berubah. Seperti m nasir yang sudah berubah teruk sekarang. Seperti Metallica yang dah tak Metallica. Begitu juga aku. Selera muzik berubah perlahan-lahan. Aku sekarang jarang layan lagu-lagu metal. Tapi masih ada pengecualian pada band-band tertentu seperti Opeth, Dream Theater, Rhaposody Of Fire dan beberapa band yang teknikal yang lainnya. Dirumah sekarang aku dengar lagu ikut mood. Dengar lagu ikut emosi. Dengar lagu yang aku nak dengar sahaja. Tak kira lagu tu susah nak dimainkan ke, tak kira lagu tu simple nak mampos ke atau tak kira lagu tu groove atau tidak. Aku layan ikut suka hati aku. Tiada spesifikasi.

Dan sekarang aku lebih banyak layan lagu-lagu jazz kurang hajar seperti ini. Selera muzik aku lebih kepada bop sekarang. Tapi tak la aku layan sepanjang masa. Gila weh hari-hari layan bop. Hahaha.

Akan tetapi pada satu hari aku diperkenalkan oleh seorang kawan aku pada band Bloodbath. Band Bloodbath ini vokalis nya dari band Opeth. Seperti biasa aku tidak ada lagi kejutan jika kawan-kawan aku memperkenalkan band-band metal yang aku tak pernah dengar. Aku tak exited langsung. Bukan berlagak, tapi selera muzik aku sudah berubah. Aku boleh katakan aku agak muak dengan muzik metal.

Tapi band Bloodbath ni lain macam beb! Band ini mengingatkan aku pada Morbid Angel album Domination. Aku sebenarnya bukan fan sangat pada Morbid Angel. Dan sebenarnya aku tidak pernah minat pada satu-satu band ini secara mendalam. Setakat satu band aku ada satu atau dua album sahaja. Morbid Angel pun aku hanya dengar album Domination dan aku sangtlah suka pada album tersebut dan semua lagu-laguya aku gemar.

Bloodbath bagi aku mengulang kembali zaman album Domination. Aku tak jumpa lagi band yang mengulang kembali zaman Domintion setakat pengetahuan aku yang sikit sangat pasal metal ni.

Jadi disini aku post satu lagu yang aku suka daripada Bloodbath. Silalah dengar dan beri komen ye, terutama mat-mat metal yang"true". Mungkin ada lagi band yang buat konsep "sekolah lama" death metal ni yang aku tak tahu.

Selamat berhibur ;)

Bloodbath - At The Behest Of Their Death

The advent of Christ shall matter not to us
Abortus bastards, our nemesis be gone
Yearning to entice the cowardice in our enemy
So hasten the plague when all the rats shall come

Kings from the east
Wise but three
Plotting for the prophecy of the unborn savior
Of the bottomless decent
Liars in wait
To reap what was sown as the virginborn
At the behest of their death

Enraged in hate
Wreaking havoc
In the name of sheol
Defeating whatever may stand in our way

Our diabolical anthem so foul in their ears
Gospel of dissonance
Pernicious cacophony
Bewildered apostles beseeching for repent
Desert fathers agonized in throes of leprosy

Chanting the name of the accuser
Unrevealed is the face of a dog
Nocturnal is the lapse of the earth
Empire of the cross defeated before birth

Kings from the east
Wise but three
Plotting for the prophecy of the unborn savior
Of the bottomless decent
Liars in wait
To reap what was sown as the virginborn
At the behest of their death

Curse the son
Condemn the empire
Hierarchy of scum
Evangelists dragged through the pits of ordeal

Salvation repelled
Unbless the purity
Infuriate the mad
In the influx of calvary spewed upon souls

Deities raped by the wind of perdition
Mutiny to dynasty
So splendidly elite
An ode to atrocities echoes to the sun
Transcend absolution
A grandeur complete

0 comments: