
Aku ke PWTC siang tadi. Pergi ke pesta buku. Banyak orang sangat. Rimas. Adakah mereka yang datang ke pesta buku tersebut betul-betul membaca? Peratus rakyat negara ini membaca sudah meningkat...kah? Jika betul tahniah, jika tak betul..takziah. Bosan sedikit pesta buku tadi. Banyak sangat buku-buku agama, buku-buku tambahan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dan terlalu banyak novel-novel pop.
Maaf, aku kurang gemar novel pop dan tak pernah baca langsung. Paling "pussy" aku pernah baca pun Badai Semalam karya Khadijah Hashim, itupun kerana bahan bacaan wajib untuk kelas psikologi watak untuk subjek wajib pengkhususan aku. Bukan bermakna aku benci novel pop, tidak..cuma bukan citarasa aku.
Ada satu gerai saja yang betul-betul menarik perhatian aku. Gerai dari syarikat gerak budaya. Gerai dari syarikat berkenaan menjual buku-buku tokoh politik, buku-buku ilmiah tentang gerakan parti kiri Malaysia dan Indonesia dan buku-buku tentang ISA dan buku-buku berunsur "ke kiri". Sangat menarik. Antara buku yang menarik yang aku sempat belek-belek ialah buku tentang Tan Malaka. Kenal? Tak perlu kenal pun tak mengapa kerana dia tokoh komunis dari seberang. Lebih baik kenal tokoh komunis tempatan dahulu kan?
Setelah belek punya belek aku beli dua naskah buku saja. Duit tidak mencukupi. Aku beli buku bertajuk "Che Untuk Pemula" dan buku "Saya ingin lihat semua ini berakhir- Esei dan wawancara dengan Pramoedya Ananta Toer". Kedua-duanya dari seberang. Bukan tidak mahu beli buku tempatan, tapi duit tidak mencukupi. Buku Penipuan & Internet: hegemoni media daulah pecah dan buku Memoir Abdullah CD di luar bajet aku.
Nanti bila aku habis baca kedua-dua naskah buku tersebut aku akan ulas di sini.
0 comments:
Catat Ulasan