














Seorang rakan telah bertanya apa maksud Paraok pada aku dalam blognya. Baiklah, ini jawapan aku. Paraok sebenarnya satu perkataan bahasa pasar. Tak tahu maksud bahasa pasar pergi tanya Dewan Bahasa Dan Petaka, jangan tanya aku. Kali pertama aku dengar perkataan ni masa aku lepak di sebuah studio muzik di Taman Tun. Ada seorang kawan di situ beritahu aku perkataan Paraok ni ditujukan untuk pendatang-pendatang Indonesia. Secara spesifiknya, pendatang-pendatang Indonesia yang berbaju hitam dengan gambar-gambar meriah atau dengan font-font yang ganas, seluar jeans potongan bell bottom dan kasut Converse warna merah jenis high cut dan berambut panjang kerinting halus akan dilabel Paraok. Secara mudah, perkataan Paraok ni untuk mat-mat Indonesia yang berpakaian sedemikian semasa pergi ke bandar, akan dilabel Paraok.
Itu maksud Paraok yang aku faham semasa aku lepak di studio muzik berkenaan. Di tempat aku belajar pula, perkataan Paraok juga digunakan oleh kawan-kawan aku dari jabatan muzik. Bagi kawan-kawan dari jabatan muzik pula, penggunaan perkataan Paraok lebih meluas, tidak terhad kepada mat-mat Indonesia sahaja. Bagi mereka semua, perkataan Paraok boleh digunakan untuk bermacam-macam. Perkataan Paraok digunakan untuk sesuatu yang buruk, busuk, selekeh, tak senonoh, tidak bermoral, jahat, nakal, gila-gila dan sebagainya. Sebagai contoh aku berikan contoh-contoh ayat.
1 - "Kau tengok budak-budak dari jabatan penulisan tu, semuanya baik-baik dan sopan, bukan macam budak-budak lelaki jabatan muzik, selekeh,rambut panjang, rambut tak sikat, bau busuk. Dua orang je budak jabatan penulisan yang paraok, epool dengan ar cong, yang lain semuanya baik-baik je"
2 - "Peh! Jambang kau paraok la epool, ini macam baru stail!"
3 - "Budak-budak rempit tu semua bongok la, duduk atas motor dok mengorat awek baru baik kerja kilang, gila paraok!"
4 -"Aku tak naklah duduk kat kawasan tu lagi, paraok la tempat tu. Banyak sangat mat rempit,curi motor, pecah rumah! Aku nak pindahlah!"
Ini adalah sebahagian contoh penggunaan parkataan Paraok. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ayat, malas aku nak tulis disini.
Bagi aku perkataan Paraok ni luas penggunaannya. Seperti yang aku tulis tadi, perkataan Paraok digunakan untuk mengambarkan sesuatu yang selekeh,busuk,tak bermoral,gila-gila,buruk,hodoh dan bermacam-macam lagi. Kebanyakannya digunakan untuk sesuatu yang berunsur negatif, melawan arus, melawan norma masyarakat dan sebagainya, tapi tak semestiya begitu. Perkataan Paraok ini juga digunakan untuk sesuatu yang cool kadang-kadangnya. Sebagai contoh, aku beri ayat ini.
1 - "Kau tengok awek chun melechun tu, selamba je lepak dengan budak-budak rock, takdenya nak cover cun, rileks je paraok. Cool gila awek tu. Awek-awek lain semuanya nak lepak dengan budak-budak lelaki hensem, wangi, kaya, rambut ultraman. Gila rare nak jumpa awek macam ni!"
Sekarang faham tak maksud perkataan Paraok? Ini semua definisi dan pemahaman aku saja tentang perkataan Paraok, jika di tempat lain penggunaan perkataan Paraok ni bermaksud lain, itu aku tak tahu.
Berikut, aku berikan contoh gambar-gambar untuk memahami perkataan Paraok.
4 comments:
hehe..yeah..saya sokong~...
hehehe..paraok intelek..kahkahkah
Jelas...
Sejelas-jelasnya...
hahahahaha!
Memang Paraok la!
;-p
hahah ar cong...
ejaan sebenar paraok
adalah pak rauk..
Catat Ulasan