Selasa, 23 Jun 2009

Merai dan Menikmati Gambar-Gambar Ngeri

Petang tadi berborak santai di kedai yang diberi nama "lereng" oleh pelajar-pelajar Aswara. Bual punya bual, sembang punya sembang, gebang punya gebang dengan beberapa orang rakan, sampailah pada satu topik yang sudah lama menghantui aku, iaitu topik "merayakan dan meraikan gambar-gambar gore/gambar-gambar ngeri". Mungkin ada yang tidak faham tentang topik ini. Siapa tak faham maksud perkataan ngeri boleh tanya mana-mana guru bahasa melayu. Jika guru itu tak tahu maksud perkataan ngeri, suruh dia duduk di Mongolia.

Kebiasaanya mereka yang suka meraikan gambar-gambar ngeri ini ialah mat-mat grindcore ataupun mat-mat metal. Dari pengalaman aku, mat grindcore paling banyak suka meraikan gambar-gambar ngeri. Ada juga individu yang tak dengar muzik grindcore pun suka juga "menikmati" gambar-gambar ngeri. Gambar kemalangan, gambar orang berkecai, gambar otak bersepah, gambar orang cedera, gambar mayat yang mengaibkan dan apa saja gambar yang menjijikkan dan memualkan menjadi seperti satu "kenikmatan" untuk golongan ini. Lagi ngeri gambar tersebut, maka lagi sukalah mereka menikmatinya.

Aku terfikir satu perkara, khasnya untuk golongan yang suka "melayan" gambar-gambar begini, dimanakah KEMANUSIAAN mereka? Apa yang dapat dinilai dari gambar-gambar tersebut? Adakah gambar-gambar ngeri itu satu seni bagi mereka? Jika golongan ini menganggap gambar-gambar ngeri sebagai satu seni, ini bermakna kita ada masyarakat yang "sakit". Kita ada masyarakat yang BUTA KEMANUSIAAN. Cuba bayangkan, jika gambar-gambar ngeri yang mereka raikan itu gambar dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri. Apakah perasaan mereka pada waktu itu jika ada orang lain pula yang sama seperti mereka menikmati gambar tersebut?

Bagi aku golongan ini tidak menghormati sesama manusia dan tidak menghormati pada keluarga si mati yang gambarnya diraikan oleh "golongan sakit" ini. Sebagai contoh, kamu lihat saja gambar-gambar yang terdapat dalam kulit album band-band grindcore, khususnya band grindcore yang bergenre "goregrind/pornogrind".

Aku pernah maki seorang rakan kerana dia menunjukkan gambar-gambar ngeri pada aku. Dan dia pula mengejek aku kerana aku seorang yang "tidak kental" kerana aku seorang vokalis band grindcore tidak boleh menikmati dan takut pada gambar-gambar ngeri. Lepas itu aku beritahu apa sebabnya aku tidak suka pada gambar-gambar ngeri seperti yang aku tulis diatas. Selepas itu dia tidak berani lagi tunjukkan pada aku gambar-gambar ngeri. Yang peliknya, sampai sekarang dia masih meraikan dan menikmati gambar-gambar ngeri konon-kononnya mahu kelihatan cool dan true bagi seorang yang meminati muzik grindcore. Kasihan pada dia, dia "sedang sakit dan buta kemanusiaan" bagi aku.

4 comments:

Diari Kampung Tengah berkata...

tengok kucing mati aku dah ngeri... inikan manusia mati berkecai...

RainRose berkata...

~ salam...

Mungkin mereka tidak ada hati nurani yang punya belas kasihan pada manusia lain. Kepala otak mereka dah diracuni oleh virus-virus yang tidak mungkin akan ada penawarnya barangkali.

PARAOK berkata...

an,
aku paling ngeri boleh tengok pon lembu kena sembelih ;)

rainrose,
terima kasih kerana singgah blog ni

afna berkata...

pol..
kalau rajin attch 'sidang gila'
aku nak baca...
afna81@yahoo.com