Rabu, 17 Jun 2009

Viva PeTa

Mungkin agak lambat entri ini ditulis. Ianya tentang tentang viva pada minggu lepas. Viva adalah salah satu "upacara" paling ditakuti oleh setiap pelajar di Aswara, lebih-lebih lagi untuk pelajar jabatan penulisan. Upacara yang paling ditakuti ini, mahu tidak mahu harus juga ditempuh oleh pelajar penulisan, termasuk aku. Gementar tak habis-habis pada waktu itu. Keluar masuk tandas beberapa kali. Aku tidak buat persiapan pembentangan berjela-jela. Cukup ringkas dan pantas pembentangan aku, mahu bentang apa lagi, semuanya ada dalam laporan. Pembentangan aku pun hanya copy and paste dari laporan. Tak sangka, hasil naskah aku yang berjudul "Sidang Gila" tidak mengecewakan para penilai. Pada mula sangat risau tentang dialog "yang merepek-repek" dan ejaan yang banyak salah. Lega kerana soal itu tak disentuh oleh mereka. Viva aku berjalan dengan pantas tanpa banyak sesi soal-jawab. Selesai viva, satu kepuasan tak terhingga bagi seorang pelajar penulisan!

Menulis naskah "Sidang Gila" memang buat aku jadi gila. Naskah yang ditulis dalam dua minggu dalam keadaan tergesa-gesa dan terdesak.(Kelakuan ini jangan dicontohi!)

Dalam upacara viva pada minggu lepas juga ada beberapa perkara yang merunsingkan aku. Ianya tentang panel. Aku runsing tentang penilaian mereka terhadap karya-karya yang diberi pada mereka. Adakah mereka betul-betul hadam dengan karya yang diberi. Lagi satu tentang kesesuaian panel yang dipilih. Aku ada masalah dengan salah seorang panel untuk lakon layar dan juga panel untuk novel. Panel novel yang dipilih bagi aku sangat tidak sesuai. Bukan mahu merendahkan tahap intelek mereka. Bagi aku panel untuk novel dari kalangan ortodoks dan tidak mempunyai pemikiran terbuka. Agak terkejut dengan kenyataan salah seorang panel novel "Saya melakukan pembacaan pantas dan hanya baca sekali karya-karya yang diberi pada saya" Disini keraguan aku timbul, adakah dia betul-betul hadam karya pelajar yang dibacanya? Lagi satu tentang kenyataan seorang lagi penilai novel yang berbunyi lebih kurang begini "Saya agak segan membaca adengan watak awak yang sedang cuba menggoda pasangannya kerana kedua-dua mereka lelaki" Bagi aku jika penilai itu sampai tahap segan ketika membaca adengan itu, ini bermakna ayat yang digunakan oleh si penulis sudah tentunya bagus. Lihat saja karya Shanon Ahmad yang betajuk "Shit". Aku berani jamin, sesiapa saja yang membacanya akan merasa loya! Begitu juga dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan dimana adengan Lahuma terpijak Duri nibung yang berbisa membuatkan aku sangat ngeri dengan ayat-ayat yang digunakan dan merasa sangat loya apabila kaki Lahuma mula bernanah dan menjadi tokak.

Menilai karya perlu berfikiran terbuka. Lihat saja karya Atheis tulisan Achdiat K Miharja. Walaupun novel itu bercerita tentang watak yang sudah hilang pegangan agamanya, ianya tetap menjadi novel yang sering disebut-sebut sehingga kini.

Untuk penilai lakon layar, aku tiada masalah kecuali dengn penilai luar sahaja yang bersikap "Ultra Malay" dan terlalu kangkong. Tak tahu maksud Ultra Malay pergi tanya orang Umno. Nak tahu maksud kangkong pi baca blog hisham rais.

Apapun, tahniah untuk semua pelajar penulisan kerana telah berjaya menghasilkan sebuah karya untuk penilain tahun akhir, terutamanya pada kawan-kawan tahun empat-

Anne@Mardiah,Afna, Zahid dan Ayu. Kamu semua budak penulisan tahun 4 yang cool!!!

3 comments:

afna berkata...

apa hal dengan hpone..masuk air ke?
ade ke pelajar tahun empat? hehehe

tp coollah..korang..
masa sidang pleno karya ko dgn Zahid disebut2..jd berbangga jugalah aku sbb kita dari batch 2506....

'sidang gila',nanti bila dipentaskan jgn lupa beritahu...

nnt kalau kenduri kawen hang jgn lupa ajak...hahhaha

kalau zahid kawen jika berkeduitan kita pi sama2...hehehe

salam...

Diari Kampung Tengah berkata...

TAHNIAH GRADUAN PENULISAN 2009!
btl ckp ko aku pun agak hairan sket ngan panel novel...
pembacaan terlalu pantas dengan ayat yang sukat difahami dan terpaksa merujuk kamus. Hairan ye?

afna zakaria berkata...

beberapa minit lepas panel berkata2aku rasa telinga aku tertutup secara automatik...

so aku tak peduli dengan omongan mereka..!