Kamu pernah menonton filem Tamil? Memang, bagi peminat filem-filem barat atau Hollywood akan ketawa bila terdengar saja filem Tamil. Kadangkala aku tak tahu apa yang mereka gelakkan mengenai filem Tamil(jangan gelak dan ketawa itu berbau perkauman sudahlah!) Kalau kamu peminat filem jangan pilih bulu sangat mahu toton filem apa. Filem Tamil pun ada kelebihannnya sendiri dan kelebihan itu pembikin filem Malaysia tak ada pun. Apa yang pembikin filem Malaysia tidak ada? Ya, sudah tentunya KEBEBASAN BERKARYA.
Di India, walaupun miskin dan mundur, mereka mempunyai kelebihan yang tidak kita ada iaitu kebebasan berkarya. Lihat saja kebanyakkan filem-filem mereka. Dengan terang-terangan mereka menghina dan mengeji politikus, polis dan orang-orang kaya yang menindas dan makan rasuah. Kita lupakan seketika betapa tidak logiknya aksi-aksi "berlebihan" watak utama filem-filem Tamil.
Pukul batu dengan tangan-batu pecah, naik kuda,-kuda boleh diseret lalu bawah keretapi, hero seorang lawan seratus samseng-hero tetap menang, naik jeep-jeep boleh terbang, musuh tembak peluru pada si hero-si hero boleh tembak balik peluru itu terbelah dua, si hero boleh loncat seribu kaki ke udara apabila terdengar kekasihnya diculik penjahat dan berbagai-bagai lagi aksi "terlampau" dalam filem Tamil.
Kita kupas isi filem mereka sebentar. Apa yang ada dalam kebanyakkan filem Tamil. Dalam kebanyakkan filem Tamil yang ada ialah cerita rakyat. Cerita tentang penindasan yang dilakukan orang kaya terhadap orang miskin dan bagaimana rakyat bangkit melawan si pemerintah kejam yang dimulakan oleh watak seorang hero yang ingin membela nasib rakyatnya. Memang dasar ceritanya yang tipikal ialah tentang percintaan dua anak muda, tapi percintaan mereka ialah percintaan perjuangan dan cinta yang penuh darah. Filem Tamil walaupun dihidangkan watak yang cantik-cantk dan segak-segak belaka termasuk juga "tarian tak cukup tanah", ianya bukanlah satu filem escapism yang kosong. Filem escapism Tamil berisi. Mereka berani menentang secara terang-terangan pemimpim kejam dalam filem mereka kerana ianya adalah realiti sebenar tentang negara India!
Sebagai contoh kamu lihat filem Sivaji The Boss yang dilakonkan oleh pelakon lagenda India bernama Rajinikanth! Watak Sivaji ialah watak yang mewakili harapan orang-orang miskin di India. Jangan hairan kenapa kebanyakkan rakyat India melihat aksi-aksi tidak logik dalam filem mereka sebagai sesuatu yang cool dan bukannya sebagai bahan lawak seperti kita melihat aksi-aksi tidak logik dalam filem Tamil. Filem mereka adalah harapan mereka pada perubahan sistem yang tidak adil pada negara mereka. Mungkin ada yang bertanya, walaupun banyak filem Tamil begitu, kenapa masih tiada perubahan pun pada negara India. Aku berpendapat walaupun ada perubahan atau tidak, sekurang-kurangnya pengarah-pengarah filem rakyat seperti pengarah filem Sivaji The Boss telah menjalankan tanggungjawan sosial pada rakyatnya dan sekurang-kurangnya, India mempunyai satu kelebihan berbanding Malaysia -
KEBEBASAN BERKARYA!
Nota -
Tahukah kamu Sivaji adalah nama sebenar Rajinikanth?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan