tukartiub tulis ini..
KUASA MODAL - AJENDA NEW WORLD ORDER
KERAJAAN TIDAK GALAK TANAM TEMBAKAU SELEPAS AFTA BERKUAT KUASA - melayauPenanam tembakau terutama di jajahan Bachok dan Pasir Puteh tidak seharusnya terus bergantung terhadap hasil tanaman tembakau selepas Perjanjian Perdagagan Bebas ASEAN (AFTA) dikuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Mustapa Mohamed berkata, kerajaan tidak akan menggalakkan mereka mengusahakannya selepas itu sebaliknya sedang berusaha untuk memperkenalkan tanaman alternatif lain.
“Ini disebabkan kos pengeluaran untuk menghasilkannya terlalu tinggi berbanding negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Pasir Puteh, di sini, hari ini.
nota:
inilah sebahagian dari strateji new world order.
ini adalah sebahagian dari rancangan kaum imperialis
untuk membahagi-bahagi dunia ini. ada negara hanya dibenarkan
mengeluar kacang soya. ada dibenarkan mengeluar beras.
ada yang hanya mengeluarkan gandum.
ini bukan perdagagan bebas. negara negara dunia ketiga
satu hari akan di kawal. akan sampai masa nya kita tidak
dibenarkan menanam apa yang kita suka. semua di kawal.
tak masuk akal ? mustahil ini terjadi?
tunggu – monsanto sedang merancang untuk mempaten semua
dna benih-benih dalam dunia ini. adakah disedari bahawa
tongkat ali sudah dipaten?
monsanto akan megeluarkan benih untuk tanaman yang tidak
ada benih. semua benih hanya akan didapati dengan membeli dari
monsanto. baja, benih dan racun semua datang dari monsanto. ini
adalah hasil sistem kapitalisma.
akan sampai masa air hujan akan swastakan. sekarang air
telah mula di swasta. tujuan akhir ialah menswastakan air hujan.
perigi tidak dibenarkan di gali.
gila? tak percaya? tak mungkin. mustahil !
sila tanya rakyat palestin tetang perigi. sila tanya lebai google.
sila tanya warga ecuador di guayaquil bagaimana air hujan
dimiliki oleh syarikat amerika.
p/s : jangan sibuk menentang konsert. itu agenda sampingan yang
meletihkan badan. musuh utama imperialisma. lawan kaum pemodal bukan
agenda khalwat atau berebut balak di ulu kelantan kah kah kah.
paraok tulis ini...
Buat apa tentang benda-benda yang remeh temeh? Buat apa susah-susahkan badan mahu jadi polis moral? Ada banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan oleh kamu wahai PAS daripad sibuk menjadi polis moral dan suka haram-mengaharamkan. Wahai polis-polis moral PAS, pergi baca di wikipedia atau buku-buku tentang New World Order, baca tentang Illuminati dan Freemason, sila tonton dokumnetari-dokumentari berfaedah seperti Zeitgeist, Sicko dan The Illuminati All Conspiracy No Theory, tolong kaji perkara-perkara yang lebih berfaedah untuk kebaikan manusia. Tolong lihat sekeliling kamu kemusnahan dan pembodohan minda yang sedang berlaku. Lihat bagaimana manusia dobodoh-bodohkan dan ditikus makmalkan! Kembangkan minda kamu, lihat dunia luas-luas. Bila sudah buat semua ini, fikir kembali, berbaloikah menentang konsert daripada menentang bahaya kaum pemodal? Jangan jadi melayu tepu yang hanya suka mendengar tapi malas membaca. Jangan jadi melayu yang malas mengakaji dan mengiyakan sahaja apa yang sudah dihdangkan di depan mata. Menjadi melayu begini sudah tidak relevan langsung. Jangan ulangi dan meratapi lagi kebodohan dan kesilapan orang-orang terdahulu . Jangan selesa jadi bodoh, kerah dan paksa minda untuk berfikir lebih luas.
0 comments:
Catat Ulasan