Seorang rakan pernah bersurah pada aku bagaimana satu konspirasi jahat untuk mengurangkan jumlah penduduk bumi. Mendengar surahannya tentang perkara itu aku mencari tulisan tentang perkara tersebut menggunakan satu binatang yag sangat berguna. Binatang ini namanya www.google.com. Barang siapa pada masa sekarang tidak kenal binatang bernama google ini aku syorkan pindah ke Planet Zargus atau tampar muka sendiri sebanyak lima belas kali sehari. Dan ianya memang betul dan tepat, konspirasi untuk mengurang jumlah penduduk bumi ini memang ada dan rancangannya dan ianya sudah lama dijalankan. Kita lihat bagaimana penyakit dan peperangan bermaharaja. Kita lihat bagaimana betapa banyaknya manusia mati akibat penyakit dan perang dan angka kematian manusia paling tinggi adalah pada negara yang tidak mendatangkan keuntungan pada kaum kapital. Imbas kembali betapa banyak warga Afrika mati akibat penyakit AIDS dan Ebola. Berapa ramai orang Arab mati akibat peperangan. Penyakit sana-sini, perang tak habis-habis. Lihat juga kematian akibat tuhan-tuhan baru manusia bernama kenderaan. Tuhan-tuhan baru ini banyak meragut nyawa. Kita di Malaysia khususnya ditanamkan pada minda setiap warga bahawa berkenderaan itu hebat dan lambang kestabilan seseorang. Lihat bagaimana bakal-bakal mertua memandang bakal menantu mereka - berkereta atau tidak? Jangan nafikan perkara ini, ini fakta yang sah! Jangan harap kamu dapat kahwin anak orang jika kamu tidak memiliki tuhan baru ini. Semua ini adalah salah satu rancangan untuk mengurangkan jumlah penduduk bumi. Biar..biar ramai yang mampus.
Tapi satu perkara yang menyedihkan aku tentang pembersihan penduduk bumi ini, yang mati bukan orang yang sepatutnya mati. Orang yang rasis dan fasis tidak mati, orang yang tidak reti pam tandas lepas berak kencing tidak mati, orang yang tidak pandai padamkan telefon bimbit dan membuat bising dalam pawagam atau pementasan teater tak mati, orang yang selalu buat kotor tak mati, orang yang selalu main game bising dalam cyber cafe tak mati, orang yang selalu menyalahkan anak muda tak mati, perogol tak mati, penyamun tak mati, kaki pow tak mati, orang yang tak reti beratur naik bas, lrt,mesin atm tak mati, bapak ayam dan tokan dadah tak mati, ah long tak mati, kongsi gelap tak mati, yang pukul anak bini tak mati, yang rogol darah daging sendiri tak mati, yang makan rasuah tak mati, yang tak hormat agama dan kepercayaan orang lain tak mati dan banyak lagi golongan yang tidak diperlukan dalam bumi ini tak mati.
Yang banyak mati orang tak bersalah dan orang yang baik-baik.
Memang apa yang dikatakan ini mungkin nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan pada kamu. Kamu mungkin juga ingat aku seorang yang penuh dengan kebencian. Terpulang, itu hak kamu. Tapi fikir sejenak, golongan yang aku sebutkan tadi ada tak disekeliling kamu? Aku berhadapan dengan golongan ini hampir setiap hari, dan aku tefikir satu perkara. Manusia-manusi jenis ini makin banyak. Ketika entri ini ditulis pun aku sedang berhadapan dengan beruk-beruk yang bermain game komputer yang suka menjerit-jerit, bahkan mereka suka buat kotor dalam cyber cafe kerana mereka berfikiran setiap pagi seorang mak cik cleaner membersihkan sampah-sampah mereka. Bayangkan ada nasi atas keyboard, kahak ada pada headphone, lepas kencing tak reti pam di tandas cyber cafe dan banyak lagi perlakuan yang tak sepatutnya dilakukan bagi seorang manusia. Bukankah ini satu petanda kita ada masrakat yang sakit dan tenat? Aku yakin, sebagai manusia yang bertamadun dan modenis, kamu pernah berhadapan denga golongan ini di LRT, di pawagam, di kolej, di tempat kerja dan sebagainya.
Kenapa golongan ini tak dikurangkan oleh kaum kapital? Hehehe..
Kepada mereka yang tidak percaya pada konsiprasi mengurang jumlah penduduk bumi, sila tanya binatang bernama google. Jangan malas membaca. Jangan percaya bulat-bulat apa yang sudah dihidangkan. Sekali-sekala paksa otak berfikiran ilmiah dan kritis. Jangan asyik menonton akademi fantasia dan baca majalah gosip saja. Pencerahan minda sangat diperlukan sekarang - terutama untuk anak muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 comments:
sokong!
terima kasih ah sein..sama-sama kita mencerahkan minda..kamu ada blog tak?
baru jumpa blog ni...macam kenal saja! slamat raya epul.
wah..ada pengunjung baru..hehehe..selamat hari raya sari ;)
Pada pendapat aku golongan tu tak diganggu oleh golongan kapitalis kerna mereka tak mendatangkan bahaya kepada golongan kapitalis. bahkan mereka yg beria-ia menyokong kapitalis. dan lagi best mereka tak tau pun mereka menyokong dan hidup dalam kapitalis. Kebarangkalian besar mereka tak tau pun apa itu kapitalis.
Golongan2 yang ada peratusan untuk melawan kapitalis yang akan di jadikan sasaran mati dulu. Mati akal atau pun mati jasad. Paling sedih bagi aku mati akal la, hidup tapi tak tau apa ada keliling, tak nak tahu hidup dalam apa. Hipun 'muat pakai' je, ada terima, pakai semua. tak pernah bertanya mana datang mana pergi.
epool...
selamat beraya...
sabtu nih kita ke rumah shy...
jom sekali?
kita sambung makan makan dan makan...hehehe
terer heh tulis artikel panjang2..
Betul la kata ko epol. Aku pun leh naik hantu ngan manusia tak ada 'hotak' tapi umur panjang je.
Macam mat pit tu, keluar masuk pusat serenti tapi tak mati-mati.
Salam aidilfitri :)
Moh ramai2 pegi rumah Kak Shai!
paddy,
betul tu, paling sedih sekali bila ada orang miskin yang menyokong kapitalis. pembodohan fikrah ini dyambah lagi dgn sistem pendidikan kita yg tidak melatih pelajar kita berfikiran kritis. aku bukan anti kaptalis sgt, cuma malaysia sekarang menuju ke arah sistem ekonomi kapitalis yg sgt tak seimbang, umpakan sivik dan pemikiran rakyat malaysia baru setinggi batu nisan, tapi pembangunan kita sudah setinggi pokok petai..tak seimbang langsung..ditambah pula dgn agenda bodoh pemimpin sekarang ..aku lebih sukakan lebih byk sistem ekonomi sosialis diterapkan di malaysia seperti perubatan dan sistem bank..sosialis sgt pun bosan macam Cuba dan Venezuela..tapi mereka ada sistem perubatan TERBAIK!!!!
afna,
ko call aku nanti..siang kan?
hahah..tah la afna..entri ni boleh dipanggil artikel atau tidak..aku cuma beri pandangan kritis je
jiha,
salam aidilfitri juga ;)
masalah dadah...tajuk yg menarik juga utk difikirkan
Catat Ulasan