Rabu, 25 November 2009

Golongan Kiri Yang Masih Lagi Tepu Pemikirannya




Boleh dikatakan, dengan melihat segala kucar-kacir dan “sesuatu yang tidak kena” dengan negara ini sekarang, dahulu dan mungkin pada masa hadapan, sebagai manusia yang menyanjungi Pramoedya Ananta Toer, Shanon Ahmad, Pak Sako dan beberapa nama seangkatan dengannya dalam mahupun luar negara, aku memilih untuk menjadi kiri. Memilih untuk melawan arus. Memilih untuk tidak sebulu dan sering mempersoalkan “dgn apa yang sudah dilambakkan, dihidangkankan dan dicorakkan oleh kepimpinan yang MASIH meneruskan legasi kolonial, iaitu pihak yang sudah memerintah negara ini melebihi lima puluh tahun. Untuk menjadi kiri juga , aku tidak berpatisan. Dengan tidak berpatisan aku lebih senang melontarkan pandangan dan kritikan bebas pada sang pemerintah mahupun pihak kiri. Menjadi tidak sebulu dengan mereka yang aku sebutkan tadi juga tidak bermakna aku boleh sebulu dan bersetuju seratus peratus dengan apa yang pihak kiri lakukan sekarang. Ada beberapa perkara dari pihak kiri yang tidak aku gemari terutamanya BUDAYA MEMBENCI ANAK MUDA – perkara yang sama dilakukan oleh sang pemerintah. Jika kamu warganegara yang sensitif dan peka, kamu tahu parti kiri mana yang aku maksudkan. Hahaha! Aku menyokong apa yang baik untuk kemanusiaan. Itu saja. Pada gaya dan rentak politik mahupun sistem yang telah ada sekarang, yakni sistem yang telah disediakan oleh sang pemerintah, aku melihat lebih banyak keburukan dari kebaikan untuk kemanusiaan.

Begini, seperti yang aku sebutkan tadi, tidak semua apa yang pihak kiri lakukan aku menyukainya. Untuk hal ini, biar aku terangkan dengan lebih terperinci dan spesifik. Aku selalu membaca blog-blog kiri, malah gemar juga membaca komen-komen dari pembaca dalam satu-satu posting. Apa yang menjadi kejelekan aku ialah, walaupun si pihak kiri itu membenci apa yang sang pemerintah lakukan, cara mereka meluahkan pendapat dalam komen blog kadangkalanya bersifat fasis. Lebih menyedihkan, yang memberi komen-komen begini BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA AGAMA ISLAM. Pernah aku baca satu komen dari seorang yang KONON-KONONNYA SANGAT ISLAMIK di satu laman blog Islamik dimana komennya sangat tidak menampakkan dia seorang manusia yang boleh berfikiran rasional. Bukan sahaja tidak rasional, malah kadangkala aku rasa fikiran mereka langsung tidak waras! Sebagai contoh mereka suka menghina kaum dan juga agama lain. Contohnya, jika terdapat posting yang menceritakan kekejaman zionis pada negara-negara Islam, maka membuak-buaklah kebencian mereka terhadap kaum yahudi. Dan rasa kebencian mereka yang amat sangat itu diluahkan dalam ruangan komen tersebut. Perkataan-perkataan seperti yahudi laknatullah, yahudi muhalazzah, yahudi babi, yahudi pukimak, yahudi kaum terkutuk, yahudi masuk neraka dan sebagainya selalu digunakan. Apa masalah mereka dengan orang yahudi ini? Memang betul yang melakukan kekejaman itu orang yahudi. Tapi yahudi yang melakukan perbuatan kejam dan terkutuk yahudi yang bagaimana? Sudah tentunya yahudi yang menganut fahaman Zionis. Pernahkah mereka-mereka yang membenci sangat kaum yahudi ini sedar bahawa zionisma itu bukan fahaman eksklusif untuk kaum yahudi saja? Fahaman zionis yang jahat itu boleh dianuti dan diamalkan oleh mana-mana kaum pun.Tahukah mereka bahawa terdapat juga yahudi-yahudi baik? Adakah mereka bersalah jika menjadi seorang yahudi yang baik dan tidak mendokong atau menganuti fahaman zionis? Bersalahkah mereka jika dilahirkan sebagai yahudi? Bagaimana pula perkara yang sama juga berlaku pada mereka-mereka yang mengutuk orang-orang yahudi ini? Apa perasaan kamu jika kamu dilahirkan sebagai seorang yahudi dan tidak mennsganuti fahaman zionis, tetapi ada pihak yang tetap menyalahkan kaum kamu sebagai kaum yang jahat, sedangkan tidak semua kaum kamu berfahaman zionis. Kerana ada dari kaum kamu yang berbuat jahat, maka kamu juga turut dilabel jahat. Sudah tentu kamu rasa perkara tersebut tidak adil bukan? Harus diingat, kita semua manusia di dunia ini tidak pernah tahu kita dilahirklan sebagai manusia untuk menganuti agama apa. Ini semua kerja Sang Pencipta. Jika Sang Pencipta mahu kamu lahir sebagai yahudi, maka yahudilah kamu, jika Sang Pencipta mahu kamu lahir sebagai Hindu, maka beragama Hindulah kamu. Adakah seseorang yang menjadi seorang manusia yang berbuat kebaikan pada dunia tetap JUGA SALAH kerana dia bukan seorang yang beragama Islam? Siapa kamu untuk menentukan salah atau tidak seseorang yang tidak beragama Islam itu? Kebaikan dan kemanusiaan bagi aku tidak pernah memilih kaum apa. Berbuat baik pada manusia bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Pemahaman bahawa AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM ADALAH SALAH DAN MEREKA SEMESTINYA MASUK NERAKA itu yang harus dihapuskan.

Setiap agama dalam dunia ini semuanya mengajar penganutnya menuju kearah kebaikan sejagat. Dan apabila yang memberi komen-komen di dalam blog dari golongan kiri berbentuk fasis seperti yang aku katakan tadi, maka apa perbezaan kamu dengan pihak yang kamu benci sangat tu? Ini adalah sebahagian contoh kecil saja apa yang aku selalu perhatikan yang sering berlaku pada golongan kiri. Sifat perkauman dan sifat fasis itu masih melekat dan sukar dikikis dari mereka. Jika ada kesalahan yang dilakukan dari pihak pemerintah, maka orang yang dikritik itu dikritik dari dasar warna kulitnya dan agamanya. Bukannya dikritik dari apa kesalahan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika seorang wakil dari parti MCA atau MIC atau apa-apa saja parti atau persatuan yang menyokong sang pemerintah melakukan kesalahan, maka perkataan-perkataan seperti Cina @#$!, Ke(^&$, kafir laknatullah dan perkataan-perkataan tidak elok akan keluar dari mulut-mulut pihak kiri ini, termasuk juga dalam tulisan blog. (Maaf, aku tidak sanggup menulis perkataan-perkataan itu dalam bentuk yang sebenar, itu sebabnya aku letakkan huruf-huruf yang tidak nyata di situ) Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan menampakkan betapa cetek dan kolotnya gaya pemikiran mereka. Jika beginilah caranya pihak kiri mengkritik di dalam blog, forum, artikel dan pelbagai lagi medium lain, nampaknya mereka ini masih lagi DIRACUN DENGAN ACUAN SANG PEMERINTAH. Dan sistem acuan pemerintah ini sudah sebati dengan mereka walaupun mereka dari golongan kiri. Bagi aku perkara ini sangat mendukacitakan, malah perubahan yang dinanti-nantikan sangat oleh golongan kiri ini amat sukar dilakukan jika sifat-sifat ini masih melekat pada mereka. Jangan harap ada perubahan pada negara ini seperti yang diharapkan oleh kamu wahai golongan kiri selagi sifat rasis dan fasis itu masih tidak dicantas.

4 comments:

IZZUDDIN berkata...

Aku nampak, golongan yg agak fascist ni sebenarnya kurang berfikir untuk sesuatu isu. Mereka sering mengeneralisasikan sesuatu hal. Pendek kata, ramai yang suka buat logik mudah.

Tak kurang juga yang nak jadi fundamentalis, tapi kurang membaca.

IZZUDDIN berkata...

Aku suka entry ni.. keep up blogging.

PARAOK berkata...

Izzudin,
adakah kau sudah membaca buku DI BALAIK MALAYSIA:DARI MAJAPAHIT KE PUTRAJAYA - tulisan Dr Farish A Noor?
dalam buku tersebut ada diceritaka 3 bab mengenai fasis ini.

terima kasih kerana singgah,kau pun sama, teruskan menulis dan membaca

IZZUDDIN berkata...

Aku belum baca.. hmm..menarik juga tu.. Thanks.