Jumaat, 29 Mei 2009

Definisi Paraok



















Seorang rakan telah bertanya apa maksud Paraok pada aku dalam blognya. Baiklah, ini jawapan aku. Paraok sebenarnya satu perkataan bahasa pasar. Tak tahu maksud bahasa pasar pergi tanya Dewan Bahasa Dan Petaka, jangan tanya aku. Kali pertama aku dengar perkataan ni masa aku lepak di sebuah studio muzik di Taman Tun. Ada seorang kawan di situ beritahu aku perkataan Paraok ni ditujukan untuk pendatang-pendatang Indonesia. Secara spesifiknya, pendatang-pendatang Indonesia yang berbaju hitam dengan gambar-gambar meriah atau dengan font-font yang ganas, seluar jeans potongan bell bottom dan kasut Converse warna merah jenis high cut dan berambut panjang kerinting halus akan dilabel Paraok. Secara mudah, perkataan Paraok ni untuk mat-mat Indonesia yang berpakaian sedemikian semasa pergi ke bandar, akan dilabel Paraok.

Itu maksud Paraok yang aku faham semasa aku lepak di studio muzik berkenaan. Di tempat aku belajar pula, perkataan Paraok juga digunakan oleh kawan-kawan aku dari jabatan muzik. Bagi kawan-kawan dari jabatan muzik pula, penggunaan perkataan Paraok lebih meluas, tidak terhad kepada mat-mat Indonesia sahaja. Bagi mereka semua, perkataan Paraok boleh digunakan untuk bermacam-macam. Perkataan Paraok digunakan untuk sesuatu yang buruk, busuk, selekeh, tak senonoh, tidak bermoral, jahat, nakal, gila-gila dan sebagainya. Sebagai contoh aku berikan contoh-contoh ayat.

1 - "Kau tengok budak-budak dari jabatan penulisan tu, semuanya baik-baik dan sopan, bukan macam budak-budak lelaki jabatan muzik, selekeh,rambut panjang, rambut tak sikat, bau busuk. Dua orang je budak jabatan penulisan yang paraok, epool dengan ar cong, yang lain semuanya baik-baik je"

2 - "Peh! Jambang kau paraok la epool, ini macam baru stail!"

3 - "Budak-budak rempit tu semua bongok la, duduk atas motor dok mengorat awek baru baik kerja kilang, gila paraok!"

4 -"Aku tak naklah duduk kat kawasan tu lagi, paraok la tempat tu. Banyak sangat mat rempit,curi motor, pecah rumah! Aku nak pindahlah!"

Ini adalah sebahagian contoh penggunaan parkataan Paraok. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ayat, malas aku nak tulis disini.

Bagi aku perkataan Paraok ni luas penggunaannya. Seperti yang aku tulis tadi, perkataan Paraok digunakan untuk mengambarkan sesuatu yang selekeh,busuk,tak bermoral,gila-gila,buruk,hodoh dan bermacam-macam lagi. Kebanyakannya digunakan untuk sesuatu yang berunsur negatif, melawan arus, melawan norma masyarakat dan sebagainya, tapi tak semestiya begitu. Perkataan Paraok ini juga digunakan untuk sesuatu yang cool kadang-kadangnya. Sebagai contoh, aku beri ayat ini.

1 - "Kau tengok awek chun melechun tu, selamba je lepak dengan budak-budak rock, takdenya nak cover cun, rileks je paraok. Cool gila awek tu. Awek-awek lain semuanya nak lepak dengan budak-budak lelaki hensem, wangi, kaya, rambut ultraman. Gila rare nak jumpa awek macam ni!"

Sekarang faham tak maksud perkataan Paraok? Ini semua definisi dan pemahaman aku saja tentang perkataan Paraok, jika di tempat lain penggunaan perkataan Paraok ni bermaksud lain, itu aku tak tahu.

Berikut, aku berikan contoh gambar-gambar untuk memahami perkataan Paraok.

Khamis, 28 Mei 2009

Aku Tak Ambil Peduli Pasal Lirik?

Kelmarin, ketika mahu minum di kedai yang diberi nama "lereng" oleh pelajar-pelajar Aswara, aku duduk sekali dengan seorang rakan. Dia graduan Aswara jurusan teater. Tanpa banyak cakap terus disoalnya aku, kau nak dengar lagu? Aku mengiyakan, lalu dia beri aku headphone, aku pun dengarlah lagu tersebut. Lagu M, Nasir, aku lupa tajuknya. Kemudian aku kata pada dia, aku tahu lagu tu. Dia tanya adakah aku suka lagu tersebut. Aku cakap aku boleh layan lagu tu, tapi lagu-lagu jenis begitu bukan citarasa akulah, aku kata padanya. Dia sangka aku suka lagu-lagu jenis begitu, aku kata padanya, bila aku dengar muzik, perkara pertama aku dengar ialah melodi dan arrangement, lirik belakang kira. Dia tak sangka aku tak ambil peduli pasal lirik memandangkan aku ambil jurusan penulisan.

Memang aku jenis tak ambil peduli mengenai lirik bila aku dengar lagu. Macam aku kata tadi, melodi dan arrangement menjadi perhatian aku dulu bila aku dengar muzik. Aku kata padanya, kebanyakkan orang akan ambil peduli pasal lirik bila dia dengar lagu tu lebih sepuluh kali. Ini apa yang dikata oleh Arwah Zubir Ali. Memang betul pun, dan aku tergolong dalam orang jenis tak ambil peduli mengenai lirik. Aku minat muzik dahulu daripada bidang penulisan. Aku lebih banyak dengar muzik daripada membaca. Macam-macam aku dengar tak kira genre apa-pun, janji lagu tersebut aku suka. Tak kisahlah muzik apa pun. Dari metal, jazz,hip-hop atau keroncong, kalau bagus bagi aku, aku akan dengar lagu tu banyak kali.

Masa aku ambil kelas lirik tahun dua dahulu dengan arwah Zubir Ali, beliau banyak beri kami semua contoh-contoh lirik yag bagus. Bila aku dengar lagu-lagu yang dikatakan mempunyai lirik yang bagus oleh arwah masa dalam kelas, aku perasan satu benda. Semua lagu yang diperdengarkan pada aku, aku langsung tak suka, walaupun liriknya dikatakan bagus. Sebab utama yang membuatkan aku tak suka dengan lagu-lagu tersebut kerana melodi dan arrangement lagu tu tak memenuhi citarasa aku. Sangat biasa dan kebanyakkan melodi lagu-lagu tersebut tak bagus langsung. Terlalu sentimental dan mellow, mendayu-dayu dan meratap. Itu semua bukan citarasa aku langsung. Bukan aku tak dengar lagu sedih. Aku dengar lagu sedih, tapi bergantung pada melodinya. Seperti contoh aku suka lagu Letter To Elise dari kumpulan The Cure, lagu Lara Hati dari Katon Bagaskara dan juga lagu lagu Somestimes dari kumpulan Candlebox. Oleh kerana lagu-lagu tersebut mempunyai melodi dan arragement yang bagus, barulah aku ambil peduli mengenai liriknya.

Untuk contoh lain, aku suka juga dengan lagi Disciple daru kumpulan Slayer. Walaupun liriknya berunsur nihilis dan anti ketuhanan, aku tetap suka lagu tersebut kerana arrangement dan melodinya. Aku dapat rasa akan kekecewaan dan kemarahan Tom Araya pada agama(vokalis dan bassis kumplan Slayer) dalam lagu tersebut. Begitu juga dengan lagu Beyond The North Waves dari kumpulan Immortal, aku dapat merasakan susana zaman Viking dimana sekumpulan Viking yang sedang berlayar ke sebuah tempat untuk menjajah. Jika lirik sesebuah lagu tersebut dapat membuatkan aku terbayang dan merasai sesuatu dengan hebat, bagi aku lirik itu sangat berjaya dan kena dengan lagunya walupun lirik tersebut berunsur negatif dan jahat. Ini bagi akulah. Kedua-dua contoh lagu tersebut aku ambil peduli kerana aku sangat suka setelah mendengar lagu tersebut banyak kali.

Kesimpulannya di sini untuk aku, sesebuah lagu yang mempunyai lirik yang bagus, tak semestinya sesuai dengan melodi dan arrangement yang dicipta oleh komposer. Untuk mendidik orang seperti aku yang tidak ambil peduli mengenai lirik, komposer atau sesebuah kumpulan haruslah mencipta sebuah lagu yang mempunyai melodi dan arrangement yang bagus sesuai dengan lirik yang dicipta. Hehehe.

Sebagai contoh aku suka lagu Wild world dari Cat Steven(Yusuf Islam). Liriknya bagus, melodinya sedap dan melekat di kepala aku dan kepala hampir semua orang dalam dunia ni sampai bila-bila. Sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni, sila dengar melalui video yang aku letak di bawah.
Cat Stevens-Wild World


Now that I've lost everything to you
You say you wanna start something new
And it's breakin' my heart you're leavin'
Baby, I'm grievin'
But if you wanna leave, take good care
I hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

[Chorus:]
Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you a sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

[Chorus]

Baby, I love you
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware



Rabu, 27 Mei 2009

Terima Kasih



Terima kasih para pensyarah

Terima kasih pada kawan-kawan sefakulti dan bukan sefakulti

Terima kasih pada idea

Terim kasih pada mata yang dipaksa keras untuk berjaga

Terima kasih pada filem One Flews Over The Cuckoo's Nest

Terima kasih pada komputer buruk zaman batu

Terima kasih pada hasil tembakau berkotak-kotak

Terima kasih pada air berkafein berbungkus-bungkus

Terima kasih pada otak dan fikrah

Terim kasih pada papan kekunci

Terima kasih pada jari-jari

Terima kasih pada "cakera keras luar"

Terima kasih pada pen pemandu

Terima kasih pada speaker

Terima kasih pada lagu-lagu jazz

terim kasih pada lagu-lagu metal

Terima kasih pada kipas buruk

Terima kasih pada tilam buruk

Terima kasih pada mesin pencetak

Terima kasih pada kertas berkajang-kajang

Terima kasih pada tuan kedai yang buat buku kulit keras

Terima kasih pada kupu-kupu dan serangga yang selalu masuk bilik

Terima kasih semua...

kerana sudi menemani hingga terhasilnya sebuah tulisan untuk dapat segulung kertas yang diberi nama Diploma

-Terhasil coretan setelah menghantar skrip drama pentas yang diberi tajuk "Sidang Gila" untuk projek tahun akhir jabatan penulisan.

Dan terima kasih juga pada band Slayer kerana lagu Disciple dari band anda sangat berkesan untuk menghilangkan mengantuk di mata ketika berhempas-pulas menghasilkan "Sidang Gila"

Jumaat, 22 Mei 2009

Karya Hebat




Pramoedya boleh menulis satu novel dalam dua minggu. Beliau juga boleh menulis ketika dalam penjara. Dipukul, dipaksa kerja berat dan sebagainya. Berbanding kondisi aku dengan beliau, kondisi aku berganda-ganda lebih selesa berbanding beliau. Di bilik ada komputer, ada kerusi, rokok berkotak-kotak, air berkafein bertin-tin. Kalau bosan atau sudah tepu menaip, boleh saja baring-baring sebentar atau dengar lagu jazz kurang ajar dari komputer. Kalau letih sangat boleh lelapkan mata seketika atas tilam bujang yang sudah buruk dan nipis. Boleh saja menulis tanpa apa-apa tekanan.

Kadang-kadang terfikir juga, adakah sesuatu kedaan yang tidak selesa atau seseorang itu terdesak atau menderita, maka dia boleh hasilkan karya hebat? Lihat saja contoh lain. Stevie Wonder dan Ray Charles buta. Tapi muziknya lagenda sepanjang zaman.

Aku rasa itu semua kebetulan. Tak kiralah seseorang itu menderita atau tidak, jika berbakat dan rajin berusaha, dia boleh hasilkan karya hebat. Sama seperti Pram, jika beliau tidak disumbat dalam penjara pun dia akan hasilkan karya-karya hebat. Sama juga dengan Ray atau Stevie Wonder, jika tidak buta pun, mereka tetap boleh menghasilkan karya hebat.

Pendapat kamu apa?

-Catatan ini ditulis selepas penat menghasilkan karya untuk projek akhir aku. Itupun jika boleh dipanggil karyalah.

Rabu, 13 Mei 2009

Lelaki Berambut Panjang Dan Berjanggut Menangis Atas Awan

Yah! Akhirnya hujan!
Hujan lebat penuh rahmat
Hujan lebat dipanggil kodok
Hujan lebat melimpah ruah
Hujan lebat bikin badan dingin

Teringat aku masa kecil-kecil dahulu. Bila hari hujan, aku ingat tuhan sedang menangis. Ini adalah kesan daripada menonton kartun klasik. Ada satu babak dalam kartun tu sedang menunjukkan seorang watak berambut panjang dan berjanggut sedang menangis atas awan. Bila dia menangis, air matanya melimpah-ruah ke bawah dan akibatnya bumi sedang hujan. Masa budak-budak kita tidak takut untuk berfikir tentang kebenaran wujudnya pencipta. Kita berfikir ikut suka hati. Tiada sekatan atau had. Kita berimiginasi tanpa batasan.. kan?

Oh ye, imej "Lelaki Berambut Panjang Dan Berjanggut Atas Awan" ni aku terlihat juga dalam dokumentari Zeitgeist. Kali ini imej Lelaki Berambut Panjang Dan Berjanggut Atas Awan ni bukan sedang menangis, tapi sedang baling The Ten Commandments pada manusia di bumi. Hehehe.

Jika mahu mencabar minda kamu, sila tonton dokumentari Zeitgeist. Tentang kapitalisme dan kesannya pada manusia.Tentang bagaimana agama dan ahli agama digunakan oleh para kapitalis .Tentang sebab-musabab utama terjadinya perang. Pecah kepala beb aku tengok dokumentari ni! Sampai sekarang ada ada beberapa bab yang aku masih samar-samar dan kurang faham dalam dokumentari tu. Ada peluang tonton, tontonlah dokumetari ini, sangat berbaloi untuk pengetahuan kita.

Selasa, 12 Mei 2009

Pencabolan Kamera Bukan Milik Sendiri









Aktiviti kanak-kanak jahat.

1 - Melompat-lompat

2 - Menyembelih haiwan dan memasaknya di atas bara

3 - Pemakaian topeng gas curi-curi di sebuah kedai grindcore yang terkenal di ibu kota

4 - Mengambil kesempatan bergambar di studio sebuah kolej terkemuka yang dipenuhi
bimbo-bimbo yang chun-melechun

5 - Meminjam kipas rakan untuk memasak haiwan

Ahad, 10 Mei 2009

Kisah Air Sirap Yang Berperisa Asap Akibat Dimasak Dalam Periuk Kawah

m


Semalam baru balik dari cyber cafe. Pukul 7 pagi. Mak bapak mana tak meyampah tengok anak lelaki mereka merayap pada waktu malam, balik rumah pukul 7 pagi. Itu normal untuk anak muda bagi aku. Berada di rumah pada malam minggu adalah belia, tidak cool langsung dan dianggap skema/nerd/geek. Masuk saja rumah bapak mula menegur. "Kau tak pergi tak kenduri kahwin Pijan?". Aku jawab "tengoklah nanti". Ayat "tengoklah nanti" bermaksud bahawa "aku tidak akan pergi ke majlis perkahwinan tersebut". Memang betul, bangun pukul 4 petang bermakna aku tak pergi ke majlis perkahwian Pijan. Pijan adalah seorang kawan masa aku kecil sampai sekolah rendah sebelum aku berpindah ke kawasan lain pada penghujung 2001.

Aku tidak pernah berminat untuk pergi ke majlis perkahwinan melayu sejak dari sekolah rendah lagi. Aku juga sudah banyak kali tidak menghadirkan diri di majlis perkahwinan sepupu-sepupu aku. Pergi ke majlis perkahwinan melayu bagi aku cukup jengkel dan memualkan sungguh. Maaf jika ayat aku ini kasar. Ini pandangan aku yang ikhlas tanpa berpura-pura. Majlis perkahwinan melayu bagi aku sangat tidak cool kerana terlalu meraikan "aura melayu". Ok, biar aku terangkan apa itu "aura melayu" di majlis perkahwinan orang melayu bagi aku.

1 - Ada bunga telur

2 - Ada upacara menekan tilam di bilik pengantin

3 - Ada upcara melihat-lihat bilik pengantin sambil mengumpat tentang tilam pengantin yang terlalu kurang sesuai kononya sambil menarik-narik berenda yang berada di sekeliling tilam.

3 - Ada upacara bersanding

4 - Terlalu banyak mat rempit,pemuda barisan nasional,pekida, belia umno yang menjadi "penanggah"

5 - Terlalu banyak makcik-makcik yang berbaju kurung berwarna meriah dan terlalu funk

6 - Banyak pakcik-pakcik yang suka bergebang pada belia-belia mat rempit,pemuda barisan nasional,pekida, belia umno tentang kisah mereka sewaktu muda yang konon-kononnya hebat sangat

7 - Ada upacara silat pulut di hadapan pengantin

8 - Ada upacara berbalas pantun sewaktu pengantin lelaki hendak masuk rumah pengantin perempuan pada waktu tengahari yang sangat panas terik (kesian pengantin lelaki kerana terpaksa berpanas terik, sudahlah baju pengantin tu tebal)

9 - Make up pengantin perempuan terlalu tebal sehingga muka mereka kelihatan seperti kucing hutan/badot/peran mak yong

10 - Lagu-lagu yang disiarkan sewaktu majlis perkahwinan kebanyakannnya tidak memenuhi citarasa aku. (lagu-lagu citrasa aku biasanya memang tidak memenuhi kehendak orang ramai pun, seperti contoh aku suka dengar jazz dan metal, kau suka dengar jazz? metal?)

11 - Majlis perkahwinan melayu biasanya dibuat pada waktu siang yang sangat terik dan panas. (Aku suka pergi apa-apa event pada waktu malam kebiasaannya)

12 - Banyak sangat makcik-makcik yang suka menayang barang kemas mereka yang terlalu banyak(entah apa tujuan mereka memakai barang kemas yang terlalu banyak tu aku kurang pasti)

13 - Ada upacara mengadap pengantin bersanding berjam-jam (Ini aku lagi tak faham apa jadahnya mengadap dua manusia yang duduk di atas pentas kecil selama berjam-jam!)

14 -Ada upacara menunggu pengantin bersalin pakaian dengan niat berlainan tema konon-kononnya. Contoh selepas memakai baju melayu, pakai tukxedo dan sebagainya.(ini pun aku tak faham apa tujuannya)

15 -Ada upacara menepung tawar dan meletakkan daun pandan yang sudah dihiris pada telapak tangan kedua-dua pengantin. (selepas itu daun pandan yang sudah diletakkan pada tangan pengantin akan dibuang oleh pengapit dan selepas iti akan ada lagi daun pandan yang akan diletakkan pada tangan pengantin dan akan dibuang dan begitulah seterusnya...WTF?!!!)

Oklah, setakat itu saja yang aku sanggup tulis, sebenarnya banyak lagi benda yang aku kurang minat pada majlis perkahwinan orang melayu.

Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi majlis pekahwinan orang melayu yang tidak mempunyai "ciri-ciri wajib" seperti yang aku tulis diatas.

Aku teringin benar melihat majlis perkahwinan orang melayu yang dibuat di dewan, tanpa makcik/pakcik yang berpakaian meriah, dibuat pada waktu malam, tiada upcara bersanding, tiada penanggah dan ada live band yang memainkan muzik jazz.

Ada ke orang melayu yang buat majlis perkahwinan begini ? Jika ada pun aku rasa akulah orang pertama yang akan buat. Kahkahkah...

Ok, berbalik pada cerita kawan aku yang bernam Pijan tu, aku sangat terperanjat kerana isterinya berkerja di tempat aku belajar menurut bapak aku. Pada mulanya aku tak percaya, selepas melihat kembali kad jemputan kahwin, memang betul. Isterinya bekerja di tempat aku belajar sekarang.

Ini bermakna isteri kawan aku yang bernama Pijan ni tahulah kisah pelajar-pelajar Aswara yang berambut panjang akan membuat muka secomel yang mungkin di hadapan kakak-kakak penjaga kaunter kerana minta dilepaskan supaya tidak memotonng rambut untuk pendaftaran.

Ini juga bermakna isteri kawan aku ni juga tahu kisah "seorang pelajar penulisan" yang setiap semester tidak mahu memotong rambut panjangnya ketika mahu mendaftar semester baru.. agaknyalah.

Kahkahkah..

Sabit Tukol

Dicuri tanpa izin dari blog ini. Untuk mengetahui kisah lanjut boleh baca buku ini. Siapa pelajar Aswara, di perpustakaan ada buku ini jika rajin menyelongkar.

Sabtu, 9 Mei 2009

Anak Hanjing dan Kuceng


Di belakang rumah aku ada seekor anak anjing. Mengikut andaian aku anak anjing berwarna coklat itu tidak bertuan, seekor anak anjing liar. Anak anjing ini juga selalu bersendirian. Tidak ada geng, tidak ada gerombolan dan selalu menyelongkar tong sampah yang terletak di hadapan apartment aku.

Ada satu hal yang menarik tentang anak anjing ini. Anak anjing ini selalu menyelongklar tong sampah dengan beberapa ekor kucing. Agak hairan disini kerana kebiasaannya anjing dan kucing tidak boleh bertemu. Jika bertemu maka akan bercakaranlah mereka dan selalunya kucing akan kalah teruk sehingga luka parah. Tetapi kejadian sedemikian tidaklah pula berlaku pada kedua haiwan berlainan spesis ini. Malah, anak anjing ini boleh pula makan sekali dengan kucing-kucing berkenaan. Pernah satu hari, ketika aku keluar rumah, aku ternampak anak anjing ini bermain kejar-kejar dengan seekor kucing.

Bagi aku kejadian ini membuktikan bahawa haiwan yang berlainan spesis tidak akan bergaduh bila mereka mula bergaul dari kecil. Buktinya, anak anjing ini tidak tidak tahu sifat normal seekor anjing apabila bertemu dengan kucing kerana dia tidak dipengaruhi oleh anjing-anjing liar yang lain yang sudah tentunya akan bercakaran bila bertemu dengan kucing. Lebih-lebih lagi, anak anjing ini tidak ada geng atau gerombolan. Dia "bersih" dari sifat negatif seekor anjing normal.

Jadi apa kata kaitkan kisah anak anjing di rumah aku ni dengan masalah perkauman. Kesimpulan aku senang saja. Jika kita sejak dari kecil tidak diajar dengan "sifat tidak percayakan kaum lain" masalah perkauman tidak akan berlaku. "Sifat tidak percayakan kaum lain" ini biasanya timbul dari ibubapa yang mempunyai pemikiran "rasis" dan tidak mempunyai pemikiran terbuka. Untuk menyalahkan ibu-bapa saja bagi aku tidak adil juga. Pemikiran mereka jadi begitu kerana dipengaruhi oleh sifat rasis sesetengah pemimpin atau parti. Mereka telah di "brainwash" selama bertahun-tahun dengan sifat rasis, maka tidak hairanlah sifat itu juga diturunkan pada anak-anak mereka dan akan berterusan sampai menjadi "busuk".

Jika sifat senang bergaul dengan bangsa lain ini dipupuk dari kecil maka, tidak akan adalah lagi

- individu-individu atau sesebuah parti menyalak-nyalak bercakap mengenai ketuanan bangsa mereka dan tidak akan adalah lagi penentangan untuk pelajar bukan bumiputera untuk belajar di UiTm.

Ini hanya sekadar beberapa contoh.

Untuk anak-anak muda dan genarasi kini, mari kita sama-sama buang "sifat tidak percayakan kaum lain" . Biarkan generasi lama menyalak-nyalak pasal ketuanan bangsa .



Aku bukan polis fesyen. Terlalu berfesyen juga bukan. Lebih senang dengan baju t, seluar jeans/short pant dan sneakers sahaja. Beraksesori sekali sekala bila rasa perlu. Walau pun tidak begelar dan tidak mahu jadi polis fesyen, ada perkara tentang fesyen yang aku tak setuju.

Crocs!!!
Seperti memakai topeng jason di kaki. Crocs dengan apa-apa jenis fesyen langsung tidak sesuai. Tambah-tambah lagi crocs yang mempunyai warn-warna meriah. Euwww...

Sekian terima kasih.

Er.. dan juga lelaki yang memakai baju tanpa lengan.

Cros dan baju tanpa lengan..lagi jahanam.

- Maaf, hanya pendapat peribadi, jika tak setuju sila kentut banyak kali sambil berdehem ;P

Khamis, 7 Mei 2009

Gula-gula

Aku ada barang ni, aku cool

Aku ada barang itu, aku cool

Aku tengok rancangan tu, aku terkini

Aku ikuti perkembangan cerita cerai berai si polan dan si polan maka akulah intelektual

Kau ada gadget ni? kalau tak de kau tak cool

Kau dah beli kasut jenama tu? Kau tak de ke kasut tu? langsung tak cool

Kau pakai barang cap ayam apa ni? Tak de kelas la kau.

Ini semua gula-gula. Nak tau gula-gula apa?

Sila baca -ini- untuk ilmu pengetahuan. Ilmu yang cikgu-cikgu di sekolah tak reti-reti nak terangkan sebab kebanyakkan mereka semua kangkong.

Rabu, 6 Mei 2009


Apahal Malaysia ni? Sambut ulang tahun pun kena tahan? Lepas ni semua kedai kek dan sambutan hari lahir akan diharamkan. Kemudian lebai-lebai atau mufti-mufti kangkong akan mengeluarkan fatwa-fatwi bukan-bukan. Profesor Madya dari Universiti Atas Kedai motor pula akan melalak-lalak memberi pendapat "bernas" mereka.

- Berhibur dengan ini semasa menulis.

Semot Gemok



Kadang-kadang aku rasa, aku ni macam seekor semut gemuk yang perlukan gula yang berlebihan setiap kali lepak di kedai. Tak kiralah kedai mamak ke, kedai separa mamak ke, kedai melayu ke atau kedai siam. Kecuali kedai Cina, mereka ni tak faham-fahamkah perkataan "kurang manis". Kadang-kadang segaja aku ulang dua kali perkataan "kurang manis" ketika memesan minuman. Sampai-sampai saja minuman, teguk pertama mata aku macam nak terkeluar. Manis lagi!

Kalau aku betul-betul semut pun tentu aku dah lama kena diabetis. Kalu aku semut dah tentu aku kena amputation kat kaki dan sebelum kaki aku tu di amputation, dah tentu semut-semut lain pun tak nak hirup air luka kaki aku kerana terlalu manis untuk mereka!

Tapi aku agak hairan sikit, kenapa orang Kelantan suka sangat manis-manis? Tak kiralah air atau makanan. Jangan, bahaya wooo...huk aloh!!!

Bulu-Bulu Subur



Rumput-rumput di pipi dan atas bibir semakin subur.Bercadang mahu tebas semua rumput-rumput liar tersebut minggu lepas, tapi dibatalkan saja niat suci itu. Dengan cuaca panas, memiliki rumput-rumput liar di pipi dan atas bibir bukan pilihan bijak langsung. Berminyak dan semak.

Aku masih bertahan mengembala rumput-rumput liar ini kerana satu filem. Bertahan mempunyai semak di muka kerana satu ikon.

Perasan mahu jadi seperti "beliau" kunun-kununnya(macam cakap madey-kunun).
Anak muda,wajib tonton.

- pemberitahuan

jika mahu aksi lasak, jika mahu awek-awek chun melechun, jika mahu cgi gila-gila, maaf..filem ini bukan begitu. kering hingga akhir. jangan harap sedikit pun initipati hollywood.

Selamat hari lahir Altantuya Shariibuu

Selamat hari jadi Altantuya Shariibuu

Jangan hantu kamu melayang-layang di putrajaya sudahlah...

Isnin, 4 Mei 2009

Muka Buku



Epool took the quiz What Does Your Birth Month Reveal About You? and the result is February
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. Sexy. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislike unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

Diambil dari "muka buku" aku. Eh..eh! Ada perkataan sexy kat situ. Kahkahkah..manusia febuari sexy ke? Tapi kebanyakkannya betul seperti apa yang ditulis untuk aku. Sexy..tu aku tak tau..

Jumaat, 1 Mei 2009

Kemana Mereka Harus Lari




bukit ditarah
untuk nafsu serakah bikin rumah
atas nama kemajuan
atas nama pembangunan

pohon harus ditakek
buat tokey balak kenyang sampai melepek
atas nama perniagaan
gebang si tokay punya duit berkoyan-koyan

siang nanti
dimana harus musang berdengkur?

dinihari
dimana siamang dan lotong harus tidur?

pentas kijang dan napuh menari...apa akan jadi?
penjuru mana tedung dan sawa harus lari?

lipan,gonggok dan jengking harus menyusup dimana?
di tepi perigi
atau
rumah MB?

dan punggok pun bersabda
habitat mana kami harus bersarang lagi?

burung pun tidak sudi bernyanyi lagi di pagi hari
gentar ngaum jentera besi

07.32 a.m.
1.5.09
cyber cafe
damansara


ditulis sambil mendengar ini

Pesta Lorong Bangsat




di lorong sepi, di lorong bangsat
lipas menari-nari
tikus berlari-lari
di balik hapak sampah

di longkang tengik
langau bertenggek
nyamuk bernyanyi
meraikan kotor lumut-lumut jijik serba hijau dan legam
busa-busa longkang pekat likat

terkodek-kodek ulat berengga
berpesta riang atas bangkai

cicak melekat sabar di dinding tertera lambang anarki entah siapa punya angkara
sambil menanti kelkatu bakal rezeki

lorong bangsat, lorong sepi
sudikah kau jejaki kaki ?

1.5.2009
5.13 a.m.
cyber cafe
damasara

Sekawan Gagak




sekawan gagak
memekak-mekak
ternampak bangkai hapak

sekawan gagak
memekik-memekik
berebut
bangkai reput

1.5.2009
cyber cafe
damasara

ditulis sambil mendengar ini