Selasa, 23 Jun 2009

Merai dan Menikmati Gambar-Gambar Ngeri

Petang tadi berborak santai di kedai yang diberi nama "lereng" oleh pelajar-pelajar Aswara. Bual punya bual, sembang punya sembang, gebang punya gebang dengan beberapa orang rakan, sampailah pada satu topik yang sudah lama menghantui aku, iaitu topik "merayakan dan meraikan gambar-gambar gore/gambar-gambar ngeri". Mungkin ada yang tidak faham tentang topik ini. Siapa tak faham maksud perkataan ngeri boleh tanya mana-mana guru bahasa melayu. Jika guru itu tak tahu maksud perkataan ngeri, suruh dia duduk di Mongolia.

Kebiasaanya mereka yang suka meraikan gambar-gambar ngeri ini ialah mat-mat grindcore ataupun mat-mat metal. Dari pengalaman aku, mat grindcore paling banyak suka meraikan gambar-gambar ngeri. Ada juga individu yang tak dengar muzik grindcore pun suka juga "menikmati" gambar-gambar ngeri. Gambar kemalangan, gambar orang berkecai, gambar otak bersepah, gambar orang cedera, gambar mayat yang mengaibkan dan apa saja gambar yang menjijikkan dan memualkan menjadi seperti satu "kenikmatan" untuk golongan ini. Lagi ngeri gambar tersebut, maka lagi sukalah mereka menikmatinya.

Aku terfikir satu perkara, khasnya untuk golongan yang suka "melayan" gambar-gambar begini, dimanakah KEMANUSIAAN mereka? Apa yang dapat dinilai dari gambar-gambar tersebut? Adakah gambar-gambar ngeri itu satu seni bagi mereka? Jika golongan ini menganggap gambar-gambar ngeri sebagai satu seni, ini bermakna kita ada masyarakat yang "sakit". Kita ada masyarakat yang BUTA KEMANUSIAAN. Cuba bayangkan, jika gambar-gambar ngeri yang mereka raikan itu gambar dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri. Apakah perasaan mereka pada waktu itu jika ada orang lain pula yang sama seperti mereka menikmati gambar tersebut?

Bagi aku golongan ini tidak menghormati sesama manusia dan tidak menghormati pada keluarga si mati yang gambarnya diraikan oleh "golongan sakit" ini. Sebagai contoh, kamu lihat saja gambar-gambar yang terdapat dalam kulit album band-band grindcore, khususnya band grindcore yang bergenre "goregrind/pornogrind".

Aku pernah maki seorang rakan kerana dia menunjukkan gambar-gambar ngeri pada aku. Dan dia pula mengejek aku kerana aku seorang yang "tidak kental" kerana aku seorang vokalis band grindcore tidak boleh menikmati dan takut pada gambar-gambar ngeri. Lepas itu aku beritahu apa sebabnya aku tidak suka pada gambar-gambar ngeri seperti yang aku tulis diatas. Selepas itu dia tidak berani lagi tunjukkan pada aku gambar-gambar ngeri. Yang peliknya, sampai sekarang dia masih meraikan dan menikmati gambar-gambar ngeri konon-kononnya mahu kelihatan cool dan true bagi seorang yang meminati muzik grindcore. Kasihan pada dia, dia "sedang sakit dan buta kemanusiaan" bagi aku.

Yang Sepatutnya dan Tidak Sepatutnya

Yang Sepatutnya
Yang Tidak Sepatutnya

Untuk gambar Yang Tidak Sepatutnya, cuba cari rupa siapa paling hampir dengan Isa? Hehehe...Ada seorang rakan telah memberitahu aku bahawa Isa munkin seorang lelaki berkulit hitam. Dia juga beritahu aku rupa Isa yang digambarkan sekarang iaitu berambut panjang, berjambang dan berkulit putih ialah gambaran watak Zeus. Aku tidak kisah apapun rupa Isa, yang penting dia seorang Nabi untuk Kristian dan Islam.



Sekian


Rabu, 17 Jun 2009

Viva PeTa

Mungkin agak lambat entri ini ditulis. Ianya tentang tentang viva pada minggu lepas. Viva adalah salah satu "upacara" paling ditakuti oleh setiap pelajar di Aswara, lebih-lebih lagi untuk pelajar jabatan penulisan. Upacara yang paling ditakuti ini, mahu tidak mahu harus juga ditempuh oleh pelajar penulisan, termasuk aku. Gementar tak habis-habis pada waktu itu. Keluar masuk tandas beberapa kali. Aku tidak buat persiapan pembentangan berjela-jela. Cukup ringkas dan pantas pembentangan aku, mahu bentang apa lagi, semuanya ada dalam laporan. Pembentangan aku pun hanya copy and paste dari laporan. Tak sangka, hasil naskah aku yang berjudul "Sidang Gila" tidak mengecewakan para penilai. Pada mula sangat risau tentang dialog "yang merepek-repek" dan ejaan yang banyak salah. Lega kerana soal itu tak disentuh oleh mereka. Viva aku berjalan dengan pantas tanpa banyak sesi soal-jawab. Selesai viva, satu kepuasan tak terhingga bagi seorang pelajar penulisan!

Menulis naskah "Sidang Gila" memang buat aku jadi gila. Naskah yang ditulis dalam dua minggu dalam keadaan tergesa-gesa dan terdesak.(Kelakuan ini jangan dicontohi!)

Dalam upacara viva pada minggu lepas juga ada beberapa perkara yang merunsingkan aku. Ianya tentang panel. Aku runsing tentang penilaian mereka terhadap karya-karya yang diberi pada mereka. Adakah mereka betul-betul hadam dengan karya yang diberi. Lagi satu tentang kesesuaian panel yang dipilih. Aku ada masalah dengan salah seorang panel untuk lakon layar dan juga panel untuk novel. Panel novel yang dipilih bagi aku sangat tidak sesuai. Bukan mahu merendahkan tahap intelek mereka. Bagi aku panel untuk novel dari kalangan ortodoks dan tidak mempunyai pemikiran terbuka. Agak terkejut dengan kenyataan salah seorang panel novel "Saya melakukan pembacaan pantas dan hanya baca sekali karya-karya yang diberi pada saya" Disini keraguan aku timbul, adakah dia betul-betul hadam karya pelajar yang dibacanya? Lagi satu tentang kenyataan seorang lagi penilai novel yang berbunyi lebih kurang begini "Saya agak segan membaca adengan watak awak yang sedang cuba menggoda pasangannya kerana kedua-dua mereka lelaki" Bagi aku jika penilai itu sampai tahap segan ketika membaca adengan itu, ini bermakna ayat yang digunakan oleh si penulis sudah tentunya bagus. Lihat saja karya Shanon Ahmad yang betajuk "Shit". Aku berani jamin, sesiapa saja yang membacanya akan merasa loya! Begitu juga dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan dimana adengan Lahuma terpijak Duri nibung yang berbisa membuatkan aku sangat ngeri dengan ayat-ayat yang digunakan dan merasa sangat loya apabila kaki Lahuma mula bernanah dan menjadi tokak.

Menilai karya perlu berfikiran terbuka. Lihat saja karya Atheis tulisan Achdiat K Miharja. Walaupun novel itu bercerita tentang watak yang sudah hilang pegangan agamanya, ianya tetap menjadi novel yang sering disebut-sebut sehingga kini.

Untuk penilai lakon layar, aku tiada masalah kecuali dengn penilai luar sahaja yang bersikap "Ultra Malay" dan terlalu kangkong. Tak tahu maksud Ultra Malay pergi tanya orang Umno. Nak tahu maksud kangkong pi baca blog hisham rais.

Apapun, tahniah untuk semua pelajar penulisan kerana telah berjaya menghasilkan sebuah karya untuk penilain tahun akhir, terutamanya pada kawan-kawan tahun empat-

Anne@Mardiah,Afna, Zahid dan Ayu. Kamu semua budak penulisan tahun 4 yang cool!!!

Khamis, 11 Jun 2009

Homophobic


Bapok, pondan, mak nyah, arbok, sotong, lembik, faggot dan sebagainya. Ini semua gelaran untuk lelaki lembut. Lelaki yang berpewatakan perempuan. Sesetengahnya sudah ada kopek. Tak tahu maksud kopek pergi tanya Hishamudin Rais, dia lebih mengetahui. Ada yang lebih ekstrem akan membuat pembedahan membuang zakar dan rusuk kiri-kanan. Menyuntik hormon, itu memang kebiasaan mereka.

Adakah kamu semua seorang yang anti pondan? Homophobic? Terpulang pada masing-masing. Aku tak kisah. Itu antara mereka dengan tuhan. Aku tak layak menilai mereka, sebab, aku pun tak sempurna lagi tak senonoh. (Sila baca posting aku yang lepas mengenai perkataan Paraok). Selagi mereka baik dengan aku, aku tak kisah walaupun mereka pondan.

Golongan pondan biasanya akan marah dan selalu mengeluh bila masyarakat memandang jijik dan geli pada golongan mereka. Ini dinamakan homophobic. Memang kebanyakkan masyarakat tidak dapat menerima golongan pondan. Bukan pondan sahaja, malah golongan lesbian dan gay pun sama saja keadaanya. Golongan ini akan dikeji sepenuhnya oleh masyarakat yang konon-kononnya normal.

Berbalik pada persoalan homophobic tadi, perasan tak kadangkala sikap homophobic masyarakat pada golongan ini berpunca daripada sikap golongan pondan sendiri. Kenapa kebanyakkan golongan pondan ini bersikap seperti perempuan jalang dan adakah bila seseorang itu menjadi pondan, maka mereka perlu membawa perwatakan seorang perempuan jalang? Mereka ingin masyarakat menerima golongan mereka, tetapi adakah mereka sedar bahawa sikap sebegitu tidak langsung membantu mereka supaya masyarakat menerima golongan pondan? Perlukah seorang atau sekumpulan pondan bercakap dengan nada mengada-ngada dengan suara yang kuat di khalayak ramai untuk memberitahu mereka itu pondan. Aku tak salahkan mereka jika itu cara mereka meraikan kepondanan diri mereka. Persolanannya di sini adakah berbuat sikap sebegitu perlu untuk golongan pondan? Kenapa mereka tidak bersikap seperti perempuan yang betul-betul feminin?

Aku pernah terdengar golongan pondan ini berbual mengenai zakar pasangan mereka dan mereka berbual tentang zakar pasangan mereka itu dengan suara yang kuat. Aku tak kisah pun jika mereka berbual tentang cara mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka sekalipun dengan suara yang kuat, tapi bayangkan jika mereka berbual mengenai topik sebegitu di khalayak ramai. Aku rasa jika seorang perempuan pun akan dipandang "pelik" oleh masyarakat jika dia berbuat demikian, inikan pula pondan.

Tapi bukan semua pondan bersikap begitu. Aku pernah jumpa dan kenal beberapa orang pondan yang cool. Mereka tidak bercakap dengan nada mengada-ngada dan tidak tergedik-gedik. Aku juga gemar menonton rancangan realiti Project Runway. Sila perhatiakan beberapa orang lelaki lembut dalam rancangan tersebut. Adakah mereka mengada-ngada?


Kesimpulannya bagi aku, jika kamu seorang pondan dan mahu masyarakat tidak menjadi homophobic, jagalah kelakuan kamu. Tak semua orang berfikiran terbuka dan liberal.

-Ini hanya pendapat aku sahaja dan tidak semestinya kamu perlu bersetuju.

Level 42 - Love Games

Level 42 - Love Games



Bassis dia handal gila! Aku baru explore semalam band ni di youtube. Kali pertama aku dengar lagu ni di Siaran radio Jazz di Astro (Siaran 865). Satu lagi pilihan selain kumpulan Shakatak, Mezzoforte, Casiopea, Azymuth dan Jeff lorber Fusion. Selamat berhibur ;)

As I watch your face
I can see my life go by
You mean everyhing to me
Just cant take no more
Throw a smile my way
And the pain I feel inside
Turns to love for you
And Im yours

Do lovers ever need to hide
The things they really fell inside
I simply need you yo need me
Cant you see

Once I hoped to be
Your lover and your friend
It just cant go on
Your love games
Your love games

Do lovers ever need to hide
The things they really feel inside
If you wont show your heart to me
Set me free

Now the time has come
To show you how I feel
The love I gave to you
I cant give no more
Even now I see
The salt tears n your eyes
But it cant go on
Your love games

Khamis, 4 Jun 2009

Blowjob

Always There


Aku rasa aku dah jatuh cintalah. Pandai amoi Jepun ni improvise lagu Ronnie Laws. Penuh perasaan bila dia "blow" itu seksafon. Bagus amoi ni, boleh ganti Sadao Watanabe.

Song: Always There
Composer: Ronnie Laws

Musicians:

Mariko Endo - Saxophone
Hajime Wada - Guitar
Masami Arai - Keyboard
Ricky 'Cosmo' Francis - Bass
Tomohide Kinugasa - Drums

Rabu, 3 Jun 2009

Kopek Gundek Siam Yang Besar Boleh Terbang.

Hahahaha. Aku hampir-hampir terkencing-terberak kerana ketawa bila baca sastera tinggi orang tua ni. Siapa tak faham satira, takziah untuk anda.

Selasa, 2 Jun 2009

Camwhore
















































Menjadi sundal-sundal kamera ketika dalam perjalanan ke Port Dickson pada 31.05.2009. Kamera milik rakan (Sila Klik). Ada rakan beritahu gambar paling bawah sekali macam ini. Ada rakan beritahu juga sesetengah gambar aku macam ini dan ini. Ntahlah, tapi kalau betul pun bagus juga ;) Hahaha.