Khamis, 30 Julai 2009

Sudah Dua Tahun Lebih



Sudah dua tahun lebih. Masih ada lagi yang "bergaduh, berdiskusi, mengutuk, menempelak, memaki, memuji, meludah" dan sebagainya sehingga Disember 2008.

Wau!


"Walaupun banyak orang mentertawakan kumpulan ini kerana aksi dan gambar-gambar mereka yang melucukan, aku tetap suka kumpulan Immortal!"

Rabu, 29 Julai 2009

Sicko - Sebuah Dokumentari Kemanusiaan.




Aku menangis pada bahagian ini. Ini adalah bahagian paling menyayat hati bagi aku. Aku tak dapat tahan air mata. Untuk sesiapa yang ada kemanusiaan, silalah cari, beli, download, pinjam atau buatlah apa saja untuk melihat dokumentari ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik.

Adakah Malaysia sedang menuju ke arah sistem perubatan sama seperti Amerika Syarikat? Jika ya, ini adalah berita paling neraka bagi aku.

Di sini aku sediakan link untuk maklumat tambahan.

Sila klik.

Sila klik.

Ini Berita Baik Untuk Anak Muda!!!!


Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan


Host: Gerakbudaya
Date: Saturday, August 8, 2009
Time: 9:00am – 11:00 pm
Location: Gerakbudaya Street: 11, Lorong 11/4E 46200 City/Town: Petaling Jaya, Malaysia
Phone: 0193893804 / 03- 795 78342
——————————————————————–
‘Buku Indo & Kiri untuk ‘perjuangan’ & sembang santai’
Aturcara program :
9 pagi - 11 malam : Jualan buku
8 malam - 11 malam : Sembang santai ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka’

Untuk siri yang pertama, kami memilih buku-buku yang kami import khas dari penerbit-penerbit buku tersohor Indonesia di dalam bidangnya seperti Yayasan Obor, Komunitas Bambu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Resist Book dan beberapa yang lain sebagai barang dagangan yang akan dijual dengan harga istimewa, juga buku-buku bernuansa kiri.

Selain daripada itu, kami juga akan memberikan diskaun istimewa untuk buku-buku baru yang tidak akan diperoleh pada waktu-waktu biasa melainkan pada hari acara ini berlangsung.

Meneruskan tradisi, judul-judul buku tertentu akan diberi secara percuma untuk tetamu yang hadir.

Acara Sembang Santai:
Tajuk: Tiada kiri, jangan harap Malaya Merdeka’
Masa : 8 malam – 11 malam

Sudah menjadi kelaziman sang pemerintah berkuasa di mana-mana untuk menulis sejarah mengikut versi mereka dan meminimalkan atau menidakkan sama sekali sumbangan pihak yang lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan buku teks rasmi sekolah yang secara terancang menghitamkan segala yang berkaitan dengan gerakan kiri, apatah lagi komunis.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, kami dengan rasa hormatnya menjemput anda semua untuk hadir berdikusi tentang sumbangan gerakan kiri di dalam proses mendapat kemerdekaan negara bersama dua panelis yang kita jemput khas iaitu;

1) Saudara Hishamuddin Rais – NGI &, pengarang buku “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya”, “Keganasan, Penipuan & Internet” & bekas aktivis mahasiswa tahun 70 an

2) Saudara Lee Ban Chen – kolumnis di Malaysiakini & bekas aktivis kesatuan sekerja & parti buruh tahun 60 an

Sila hadir beramai-ramai, hidangan nasi lemak yang enak juga akan disediakan khas untuk tetamu yang datang. Terima kasih.

Tentang Rumah Terbuka Gerakbudaya

Rumah Terbuka Gerakbudaya merupakan satu hari di mana kami akan mengadakan jualan istimewa dengan pemberian diskaun pada harga buku-buku yang kami terbit dan edarkan. Kami merancang untuk mengadakan siri rumah terbuka tiga (3) kali setahun dan diakhiri dengan acara yang bersifat tahunan iaitu Jualan Akhir Tahun.

Kami akan memilih tema-tema khas mengikut subjek buku yang kami tawarkan untuk setiap rumah terbuka yang dianjurkan, seperti contoh buku politik, buku Indonesia, buku Islam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kami juga akan menganjurkan sembang santai untuk berwacana hal-hal tertentu yang menjadi bahagian dari Gerakbudaya.

Segala pertanyaan sila emel ke sird@streamyx.com atau hubungi Zulhabri di 019-389 3804 atau 03- 795 78342


Untuk keterangan lanjut, sila lawat blog ini.

Jumaat, 24 Julai 2009

Rambot


Baru dapat surat rasmi dari tempat aku belajar.

Status - "Lulus dan tamat pengajian"

Mahu ambil keputusan projek akhir hari Isnin depan. Mahu ambil keputusan projek akhir dengan rambut panjang. Tak perlu buat lagi buat muka comel dan merayu di depan kakak pejabat yang jaga kaunter pendaftaran. Tak perlu lagi ikat rambut sependek yang mungkin supaya konon-kononnya kakak pejabat tersebut tidak tahu yang aku berambut panjang. Tak perlu cari tukang gunting segera di kalangan kawan-kawan untuk memendekkan sedikit rambut supaya lepas sesi pendaftaran. Kakak cleaner tak perlu lagi bersihkan lantai yang dipenuhi rambut aku di tandas. Tak perlu lagi pakai jel tebal-tebal untuk menipu mata kakak pejabat.

Boleh saja datang di kaunter pendaftaran dengan rambut yang tidak diikat dan terus kata pada kakak pejabat - "Saya mahu ambil keputusan PeTA"

Pasti junior-junior yang berambut panjang yang tidak lepas sesi pendaftaran akan iri hati masa hari pendaftaran tersebut kan? Ini adalah perkara normal. Aku juga mengalami perasaan iri hati pada senior-senior yang sudah tamat pengajian yang berambut panjang semasa aku masih belajar dahulu.

Satu perkara yang aku masih tidak faham tentang aku menuntut. Adakah rambut mempengaruhi keputusan peperiksaan atau boleh menjejaskan pelajaran seorang pelajar? Lagipun, aku belajar seni. Bukan belajar bidang memasak atau belajar akaun atau apa-apa saja bidang yang perlu "cantik-cantik".

Muzik Mudah

Siapa kata aku tak layan muzik yang mudah? Siapa kata aku tak layan muzik yang Bimbo suka? Ini buktinya.

Kadang-kadang, muzik yang bagus tak semesstinya perlu teknikal gila babi, tak perlu solo gitar yang selaju cahaya, tak perlu mengetuk drum sehebat Mike Portnoy, tak perlu bassline dashat macam Jaco Pastorius. Melodi melekat dan catchy sudah memadai.


Kadang-kadang la....

Jumaat, 17 Julai 2009

Tak kuasa nyah!

Sejak semingu dua ni, aku rasa aku manusia ego dan bongkak.Entah kenapa jadi begitu pun tidaklah diketahui puncanya sebab dan musababnya. Hampir semua pendapat yang didengar dan dibaca dari kawan-kawan atau blog, aku akan terasa "jengkel", kecuali pendapat-pendapat bernas dan semestinya pendapat itu dari manusia-manusia yang "lebih ke arah kiri,minimalis dan orang yang rajin berfikir", bukan dari orang yang malas membaca serta menerima dan telan apa saja yang sudah ditetapkan dalam hidup mereka.

Dan "kejengkelan" itu aku simpan saja diam-diam.

Kadang-kadang aku fikir, baik jadi "bodoh". Lebih senang. Lahir, sekolah, kerja,kahwin, bersetubuh,dapat anak, besarkan anak, tua dan mati. Mudah kan hidup begitu? Tak perlu "fikir-fikir", tak perlu "kiri-kiri", tak perlu ism itu dan ism ini, tak perlu dengar muzik-muzik yang bagus, tak perlu buku atau bahan bacaan alternatif dan tak perlu menulis atau berkarya.

Jadilah Mat Baju Batik, jadilah penonton setia Akademi Fantasia, jadilah pembaca tegar tabloid Harian Metro, jadilah Mat-mat Pekida, jadilah penyokong ketuanan Melayu dan benci pada bangsa lain, jadilah manusia yang telan saja apa yang disuap dan menerima apa saja yang dilambakkan depan mata.

Setakat ini aku belum jadi manusia seperti itu.


Eee! Tak kuasa mak nak pakai baju batik!

Selasa, 14 Julai 2009

Eskimo Kiss



Lagu ini sudah berada dalam simpanan koleksi lagu aku selama empat tahun. Setelah empat tahun baru aku tahu siapa artis dan tajuk lagunya kerana lagu ini di burn dalam bentuk format WMA dan tidak dijudulkan siapa artis dan tajuk lagunya. CD tersebut diberi oleh seorang sahabat aku dari jabatan muzik ketika aku baru mula belajar dengar muzik jazz.

Aku dapat tahu tajuk dan artis lagu ini ketika menonton filem Let's Go To Prison. Siapa pernah tonton filem tersebut? Ingat tak scene "eskimo kiss"? Dalam scene tersebut lagu ni ada. ;)

Isnin, 13 Julai 2009

Gig


Siang tadi(dua hari lepas) kali pertama menjejakkan kaki ke Noisy Studio di Ampang. Dua haribulan lapan nanti band aku akan beraksi di situ juga. Seperti biasa dan kebiasaannya, gig akan mula lambat. Kenapa perkara ni menjadi kebiasaan di Malaysia? Di negara lain aku tak tahulah bagaimana keadaannya, mungkin gig di luar negara mula tepat pada waktunya atau sama saja di sini.

Aku mengaku, aku tak selalu pergi gig. Boleh bilang dengan jari berapa kali aku datang gig. Tapi setiap kali kalau aku datang gig, gig tetap juga mula lambat.

Apa punca utama perkara ini terjadi? Sila pilih jawapan yang telah disediakan :-

A - Band datang lambat.

B - Pihak penganjur tidak "paksa" band datang awal untuk soundcheck.

C - Pihak penganjur tidak menyediakan peta untuk band-band yang tidak tahu dimana tempat
gig.

D - Band yang akan beraksi memang ada masalah disiplin mahu datang awal.

E - Crowd tidak datang awal kerana budaya gig mula tidak tepat pada waktunya sudah menjadi
kebiasaan dan seperti "wajib" dilakukan.

D - Semua jawapan diatas.

Dan paling kelakar bagi aku, kebanyakkan band-band yang suka sangat datang lambat ni selalu bercakap mengenai perubahan, revolusi, fuck the system, fuck itu dan fuck ini.

Hmm..

Isnin, 6 Julai 2009

Manusia dari Beruk

"Comelkah saya ini? Alamak! Nampak punai pula!"


Banyak hari di rumah kawan.
Mahu lari huru-hara tempat tinggal sebenar. Ya, tempat tinggal aku memang huru-hara. Dipenuhi manusia yang mempunyai fikrah dan perilaku seperti lotong dan ungka. Hal ini menyebabkan aku terfikir satu perkara. Adakah aku perlu bayar sedikit harga yang mahal untuk mendapat keselesaan,keselamatan dan juga ketenangan sesebuah tempat tinggal? Tempat tinggal aku sekarang ni bukanlah mahal tetapi tak juga murah harga dan sewanya. Sedang-sedang elok saja. Manakala di rumah kawan aku, harga rumah disitu dan sewanya memang mahal. Dan..semestinya aku lebih selesa di situ berbanding tempat tinggal aku.

Nampaknya aku "kena bayar lebih" untuk lari daripada manusia berperilaku dan mempunyai fikrah lotong dan ungka.

Dan

Ini semestinya tidak adil untuk aku dan orang-orang yang seperti aku, bukankah manusia sepatutnya tidak mempunyai perangai lotong dan ungka tidak kira dimana saja mereka tinggal.

Tinggal dirumah mewahkah
atau
tinggal di rumah murahkah,
manusia patut berperangai manusia!

Kadang-kadang aku memang percaya manusia dari beruk,
lihat saja perangai kebanyakkan manusia di tempat tinggal aku

Sila datang sini kalau tidak percaya teori manusia dari beruk!!!