Isnin, 28 September 2009

Pembersihan Golongan Yang Tidak Diperlukan Dalam Masyarakat

Seorang rakan pernah bersurah pada aku bagaimana satu konspirasi jahat untuk mengurangkan jumlah penduduk bumi. Mendengar surahannya tentang perkara itu aku mencari tulisan tentang perkara tersebut menggunakan satu binatang yag sangat berguna. Binatang ini namanya www.google.com. Barang siapa pada masa sekarang tidak kenal binatang bernama google ini aku syorkan pindah ke Planet Zargus atau tampar muka sendiri sebanyak lima belas kali sehari. Dan ianya memang betul dan tepat, konspirasi untuk mengurang jumlah penduduk bumi ini memang ada dan rancangannya dan ianya sudah lama dijalankan. Kita lihat bagaimana penyakit dan peperangan bermaharaja. Kita lihat bagaimana betapa banyaknya manusia mati akibat penyakit dan perang dan angka kematian manusia paling tinggi adalah pada negara yang tidak mendatangkan keuntungan pada kaum kapital. Imbas kembali betapa banyak warga Afrika mati akibat penyakit AIDS dan Ebola. Berapa ramai orang Arab mati akibat peperangan. Penyakit sana-sini, perang tak habis-habis. Lihat juga kematian akibat tuhan-tuhan baru manusia bernama kenderaan. Tuhan-tuhan baru ini banyak meragut nyawa. Kita di Malaysia khususnya ditanamkan pada minda setiap warga bahawa berkenderaan itu hebat dan lambang kestabilan seseorang. Lihat bagaimana bakal-bakal mertua memandang bakal menantu mereka - berkereta atau tidak? Jangan nafikan perkara ini, ini fakta yang sah! Jangan harap kamu dapat kahwin anak orang jika kamu tidak memiliki tuhan baru ini. Semua ini adalah salah satu rancangan untuk mengurangkan jumlah penduduk bumi. Biar..biar ramai yang mampus.

Tapi satu perkara yang menyedihkan aku tentang pembersihan penduduk bumi ini, yang mati bukan orang yang sepatutnya mati. Orang yang rasis dan fasis tidak mati, orang yang tidak reti pam tandas lepas berak kencing tidak mati, orang yang tidak pandai padamkan telefon bimbit dan membuat bising dalam pawagam atau pementasan teater tak mati, orang yang selalu buat kotor tak mati, orang yang selalu main game bising dalam cyber cafe tak mati, orang yang selalu menyalahkan anak muda tak mati, perogol tak mati, penyamun tak mati, kaki pow tak mati, orang yang tak reti beratur naik bas, lrt,mesin atm tak mati, bapak ayam dan tokan dadah tak mati, ah long tak mati, kongsi gelap tak mati, yang pukul anak bini tak mati, yang rogol darah daging sendiri tak mati, yang makan rasuah tak mati, yang tak hormat agama dan kepercayaan orang lain tak mati dan banyak lagi golongan yang tidak diperlukan dalam bumi ini tak mati.

Yang banyak mati orang tak bersalah dan orang yang baik-baik.

Memang apa yang dikatakan ini mungkin nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan pada kamu. Kamu mungkin juga ingat aku seorang yang penuh dengan kebencian. Terpulang, itu hak kamu. Tapi fikir sejenak, golongan yang aku sebutkan tadi ada tak disekeliling kamu? Aku berhadapan dengan golongan ini hampir setiap hari, dan aku tefikir satu perkara. Manusia-manusi jenis ini makin banyak. Ketika entri ini ditulis pun aku sedang berhadapan dengan beruk-beruk yang bermain game komputer yang suka menjerit-jerit, bahkan mereka suka buat kotor dalam cyber cafe kerana mereka berfikiran setiap pagi seorang mak cik cleaner membersihkan sampah-sampah mereka. Bayangkan ada nasi atas keyboard, kahak ada pada headphone, lepas kencing tak reti pam di tandas cyber cafe dan banyak lagi perlakuan yang tak sepatutnya dilakukan bagi seorang manusia. Bukankah ini satu petanda kita ada masrakat yang sakit dan tenat? Aku yakin, sebagai manusia yang bertamadun dan modenis, kamu pernah berhadapan denga golongan ini di LRT, di pawagam, di kolej, di tempat kerja dan sebagainya.

Kenapa golongan ini tak dikurangkan oleh kaum kapital? Hehehe..

Kepada mereka yang tidak percaya pada konsiprasi mengurang jumlah penduduk bumi, sila tanya binatang bernama google. Jangan malas membaca. Jangan percaya bulat-bulat apa yang sudah dihidangkan. Sekali-sekala paksa otak berfikiran ilmiah dan kritis. Jangan asyik menonton akademi fantasia dan baca majalah gosip saja. Pencerahan minda sangat diperlukan sekarang - terutama untuk anak muda.

Ahad, 27 September 2009

Polis Moral

tukartiub tulis ini..

KUASA MODAL - AJENDA NEW WORLD ORDER

KERAJAAN TIDAK GALAK TANAM TEMBAKAU SELEPAS AFTA BERKUAT KUASA - melayau

Penanam tembakau terutama di jajahan Bachok dan Pasir Puteh tidak seharusnya terus bergantung terhadap hasil tanaman tembakau selepas Perjanjian Perdagagan Bebas ASEAN (AFTA) dikuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Mustapa Mohamed berkata, kerajaan tidak akan menggalakkan mereka mengusahakannya selepas itu sebaliknya sedang berusaha untuk memperkenalkan tanaman alternatif lain.

“Ini disebabkan kos pengeluaran untuk menghasilkannya terlalu tinggi berbanding negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Pasir Puteh, di sini, hari ini.

nota:
inilah sebahagian dari strateji new world order.
ini adalah sebahagian dari rancangan kaum imperialis
untuk membahagi-bahagi dunia ini. ada negara hanya dibenarkan
mengeluar kacang soya. ada dibenarkan mengeluar beras.
ada yang hanya mengeluarkan gandum.

ini bukan perdagagan bebas. negara negara dunia ketiga
satu hari akan di kawal. akan sampai masa nya kita tidak
dibenarkan menanam apa yang kita suka. semua di kawal.

tak masuk akal ? mustahil ini terjadi?

tunggu – monsanto sedang merancang untuk mempaten semua
dna benih-benih dalam dunia ini. adakah disedari bahawa
tongkat ali sudah dipaten?

monsanto akan megeluarkan benih untuk tanaman yang tidak
ada benih. semua benih hanya akan didapati dengan membeli dari
monsanto. baja, benih dan racun semua datang dari monsanto. ini
adalah hasil sistem kapitalisma.

akan sampai masa air hujan akan swastakan. sekarang air
telah mula di swasta. tujuan akhir ialah menswastakan air hujan.
perigi tidak dibenarkan di gali.

gila? tak percaya? tak mungkin. mustahil !

sila tanya rakyat palestin tetang perigi. sila tanya lebai google.
sila tanya warga ecuador di guayaquil bagaimana air hujan
dimiliki oleh syarikat amerika.


p/s : jangan sibuk menentang konsert. itu agenda sampingan yang
meletihkan badan. musuh utama imperialisma. lawan kaum pemodal bukan
agenda khalwat atau berebut balak di ulu kelantan kah kah kah.

paraok tulis ini...

Buat apa tentang benda-benda yang remeh temeh? Buat apa susah-susahkan badan mahu jadi polis moral? Ada banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan oleh kamu wahai PAS daripad sibuk menjadi polis moral dan suka haram-mengaharamkan. Wahai polis-polis moral PAS, pergi baca di wikipedia atau buku-buku tentang New World Order, baca tentang Illuminati dan Freemason, sila tonton dokumnetari-dokumentari berfaedah seperti Zeitgeist, Sicko dan The Illuminati All Conspiracy No Theory, tolong kaji perkara-perkara yang lebih berfaedah untuk kebaikan manusia. Tolong lihat sekeliling kamu kemusnahan dan pembodohan minda yang sedang berlaku. Lihat bagaimana manusia dobodoh-bodohkan dan ditikus makmalkan! Kembangkan minda kamu, lihat dunia luas-luas. Bila sudah buat semua ini, fikir kembali, berbaloikah menentang konsert daripada menentang bahaya kaum pemodal? Jangan jadi melayu tepu yang hanya suka mendengar tapi malas membaca. Jangan jadi melayu yang malas mengakaji dan mengiyakan sahaja apa yang sudah dihdangkan di depan mata. Menjadi melayu begini sudah tidak relevan langsung. Jangan ulangi dan meratapi lagi kebodohan dan kesilapan orang-orang terdahulu . Jangan selesa jadi bodoh, kerah dan paksa minda untuk berfikir lebih luas.

Sabtu, 26 September 2009

Kakak Chaka Di Malaysia


Kakak groove sudah mari... Chaka Khan!!! Siapa bermurah hati beri aku duit tiket paling murah?

Jumaat, 25 September 2009

Kebodohan Pihak Kiri


Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan. Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini. "Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan? "Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi. Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey. Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan. Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta. Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia. Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications. Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl. Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan. "Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak. "Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya. mStar

Inilah dia contoh kebodohan pembangkang. Kebodohan kerana pemikiran masih tepu untuk menjadi Arab. Sikit-sikit haram, sikit-sikit bantah benda yang remeh. Jangan hairan kenapa PAS TIDAK AKAN diulangi lagi TIDAK AKAN memerintah Malaysia. Jika berfikiran begini, apa beza kamu dengan ulamak UMNO yang suka berfatwa-fatwi?

Sebagi seorang anak muda yang modenis dan liberal, aku membantah dan mengutuk tindakan PAS ini.

- Secara peribadinya, walaubagaimanapun aku tidak suka PAS memerintah negara ini. Sila baca dalam buku tulisan Dr Farish Noor - Di Balik Malaysia Dari Majapahit Ke Putrajaya mengenai sikap Taliban dan
sikap suka kafir-mengkafirkan orang lain dalam PAS. Contoh terbaik sikap Taliban dalam PAS ialah suka HARAM MENGHARAMKAN!!! Ingat ini negara Arabkah?

Sila baca juga posting aku yang lepas tentang konsert yang bertajuk Kuiz Mukabuku Dan Kerenah Undang-Undang Moral (klik)

Blueerkk!

Khamis, 24 September 2009

Kuiz Mukabuku Dewa Hindu

Epool Razak


Name that Hindu God
Epool beat 100% of his friends!
22,540 people have taken it so far.

Question 1

She was the daughter of the sage Bhrigu and took refuge in the ocean of milk when the gods were sent into exile. She was reborn during the Churning of the Ocean. As soon as the gods saw this God, they all fell in love with her beauty. Shiva claimed her as his wife, but since he had already taken the Moon, her hand was given to Vishnu, whom she, herself preferred.
  • 1. Sita
  • 2. Govinda
  • 3. Lakshmi (Correct Answer)
  • 4. Facitious
  • 5. Arjuna


Question 2

I am the 7th incarnation of Vishnu. Not too shabby, eh?
  • 1. Shiva
  • 2. Rama
  • 3. Band on the Run
  • 4. Venus and Mars
  • 5. Ram (Correct Answer)

Question 3

She is the goddess of dissolution and destruction. She is known for destroying ignorance, and she helps those who strive for knowledge of God. Her name means "The Black One" and the city of Calcutta is named in her honor. She is fearsome in appearance. She has wild eyes, a protruding tongue, and she wields a bloody sword. She also holds the severed head of a demon, and she wears a belt of severed heads.
  • 1. Trepta
  • 2. Kali (Correct Answer)
  • 3. Horus
  • 4. Astarte
  • 5. Amit

Question 4

He is a deity worshiped across many traditions in Hinduism in a variety of perspectives. While many Vaishnava groups recognize him as an avatar of Vishnu, other traditions within his religion consider him to be svayam bhagavan, or the supreme being.
  • 1. Parvati
  • 2. Apollo
  • 3. Michael Jackson
  • 4. Lakshmi
  • 5. Krishna (Correct Answer)

Question 5

This incarnation of this God has all the elements of Brahma Tattva (Elements of the Brahma) in His body. He defeated the demon Madasura and rides a mouse. Once there was a valiant demon, Madasura who was the son of Maharishi Chyawan. One day, he took his father’s permission to visit the Guru (Mentor) of the demons, Shukracharya. He prostrated in front of Shukracharya and asked him to make him his disciple.
  • 1. Gandhi
  • 2. Ganesh (Correct Answer)
  • 3. Tlingit
  • 4. Babar
  • 5. Horton

Question 6

He is for those who want to develop a amazing stamina, the power of selfless love, great physical strength and the power to heal wounds promptly. He is the embodiment of strength, stamina, wit, loyalty and unwavering devotion. He is also fearless and never hesitating.
  • 1. Hanuman Gayatri (Correct Answer)
  • 2. Kalki
  • 3. Arjuna
  • 4. Chichi Gavartri
  • 5. Mumbai

Question 7

He knew the art of making dead people alive. He brought the demons who got killed by the deities during the battles back to life.
  • 1. Lazarus
  • 2. Chaka Khan
  • 3. Osiris
  • 4. Shakira Voluptuisa
  • 5. Shukracharya (Correct Answer)

Question 8

He is the Supreme God in Vaishnavite tradition of Hinduism. Smarta followers of Adi Shankara, among others, venerate him as one of the five primary forms of God, and his supreme status is declared in the Hindu sacred texts like Yajurveda, the Rigveda and the Bhagavad Gita.
  • 1. Rama
  • 2. Vishnu (Correct Answer)
  • 3. Amaterasu
  • 4. Kipankara Buddha
  • 5. Ganesha

Question 9

She is a Hindu goddess. She is also regarded as a representation of Shakti, albeit the gentle aspect of that goddess because she is a mother goddess. She is considered as the supreme Divine Mother and all other goddesses are referred to as her incarnations or manifestations.
  • 1. Palio
  • 2. Divali
  • 3. Kalki
  • 4. Shesha (Your Answer)
  • 5. Parvati (Correct Answer)

Question 10

He is the Hindu god (deva) of creation and one of the Trimurti, the others being Vishnu and Shiva. He is not to be confused with the Supreme Cosmic Spirit in Hindu Vedanta philosophy. His consort is Saraswati, the goddess of learning. He is often identified with Prajapati, a Vedic deity.
  • 1. Lao-tzu
  • 2. Brahma (Correct Answer)
  • 3. Buddha
  • 4. Bob Marley
  • 5. Haile Selassie
Handal tak aku?


Khamis, 17 September 2009

Saya Anak Bangsa Malaysia


Pada hari rabu lepas pada 16 September 2009 bersamaan Hari Malaysia(bukan 1957 ya!), aku dan seorang rakan telah bertandang ke pelancaran Anak Bangsa Malaysia di Bukit Damansara. Banyak juga yang hadir. Aktivis hak asasi, blogger, wartawan, penyajak dan artis. Yang aku tak nampak ialah mat-mat kaki gig dan mat-mat hardcore/grindcore/punk/crusty dan segala mat-mat lagi yang duk sibuk bercakap pasal revolution itu dan ini masa gig. Dimana kamu semua wei?

Acara dimulakan dengan penyampaian manifesto Anak Bangsa Malaysia oleh saudara Haris dan sesi soal jawab selepas itu. Kemudian selepas azan Maghrib, kami semua Anak Bangsa Malaysia bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.

Satu sahaja ayang aku kurang berkenan dengan pelancaran Saya Anak Bangsa Malaysia kerana mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Semua ucapan di dalam bahasa Inggeris. Aku kurang faham kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Melayu, begitu juga dengan blog rasmi mereka. Mungkin apa yang aku katakan ini adalah masalah kecil pada sesetengah pihak, tapi tidak pada aku. Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah perkara mustahak untuk menarik minat golongan orang kebanyakkan. Kebanyakkan yang hadir dalam pelancaran Anak Bangsa Malaysia semalam terdiri dari golongan kelas pertengahan dan ke atas dan mungkin menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah budaya kebiasaan mereka. Tapi itu tidak pada golongan rakyat kebanyakkan seperti mat rempit, petani, penoreh getah, pekebun, nelayan dan sebagainya. Golongan inilah yang lebih penting memainkan peranan dalam perubahan seperti yang dimahukan oleh Anak Bangsa Malaysia. Mereka ialah penggerak utama manakala golongan kelas pertengahan dan ke atas ini hanyalah pencetus kerana hanya golongan pertengahanlah yang boleh membuat perubahan dahulu berbanding orang kebanyakkan dari segi kewangan, intelek dan ilmiah. Golongan pertengahan mampu mengajar dan mendidik kepada perubahan manakala golongan kebanyakkan adalah penggerak perubahan atau revolusi sebenar.

Sila baca posting aku yang lepas mengenai masalah bahasa ini di sini(klik)

Apa pun, syabas aku ucapkan pada Anak Bangsa Malaysia. Kamu antara salah satu badan yang aku hormat dalam mengubah minda rakyat Malaysia supaya bersatu!

Tahniah Anak Bangsa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman rasmi mereka di sini(klik).




Piagam Saya Anak Bangsa Malaysia MUKADIMAH:

Menyedari tanah air tercinta kita, Malaysia, merupakan:

  • Sebuah negara yang bebas dan berdaulat dalam sebuah komuniti global;
  • Sebuah tatanegara yang dibina berasaskan prinsip Raja Berperlembagaan serta sistem Demokrasi Berparlimen;
  • Sebuah masyarakat berbilang etnik, kepercayaan serta pelbagai budaya yang terbentuk berdasarkan keahlian yang dipersetujui dan diterima bersama;
  • Sebuah negara yang dibina, dipupuk dan dibentuk oleh pelbagai usaha, penat lelah serta sumbangan tidak ternilai yang diberikan oleh setiap lapisan masyarakat, terdahulu dan kini;
  • Sebuah negara di mana rakyatnya terikat oleh sejarah serta warisan yang dikongsi, dan juga matlamat serta hala tuju yang sama;
  • Tanah yang direstui dengan sumber alam semulajadi serta sumber insan yang kaya.

Dan menerima sepenuhnya prinsip sejagat yang tidak boleh diubah, yakni kita semua merupakan satu bangsa manusia dan dilahirkan setaraf;


DEKLARASI

Kami, Anak Bangsa Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa kami pertama-tamanya adalah warganegara Malaysia dan Malaysia merupakan tanah tumpahnya darah kami. Kami mempunyai aspirasi untuk menjadi suara hati nurani negara kita dan oleh itu berikrar untuk:

1) Memupuk semangat ‘Bersekutu Bertambah Mutu’seperti yang dinyatakan dalam Pengisytiharan Kemerdekaan serta Hari Malaysia;

2) Menghormati serta mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber perundangan tertinggi Persekutuan.

3) Mempertahankan kebebasan asasi serta kesamarataan hak bagi setiap warganegara seperti yang digariskan dalam perlembagaan;

4) Menghormati setiap warganegara tanpa mengira perbezaan etnik, kepercayaan, warna kulit, kelas serta jantina;

5) Menentang segala bentuk prejudis, diskriminasi, penindasan, penganiayaan serta ketidakadilan;

6) Menghargai warisan kita yang dicorak oleh pelbagai budaya serta merayakan kekayaan kepelbagaian kita; dan

7) Menghormati serta melindungi alam semulajadi dan alam binaan kita;

  1. KOMITMEN

Kami, Anak Bangsa Malaysia, dengan ini bersedia berusaha bagi:

1) Melahirkan sebuah Pemikiran Bertunjangkan Kebangsaan yang mengutamakan berfikir serta bertindak sebagai, pertama-tamanya warganegara Malaysia;

2) Menarik Minda serta Hati dan Naluri masyarakat kita untuk bangkit melangkaui batasan sosial serta daya pemecahbelahan oleh etnik, kepercayaan, warna kulit, kelas, dan jantina;

3) Menggalakkan Nilai-Nilai kemanusian sejagat, yakni, keterbukaan, kesamarataan dan keadilan untuk semua;

4) Memajukan prinsip-prinsip ‘Tadbir Urus Yang Baik’, iaitu, pengawasan pengamanahan, integriti, akautabiliti serta ketelusan;

5) Mendidik masyarakat kita untuk menjadi Warganegara Global yang bertanggungjawab serta prihatin dan menyumbang ke arah keamanan, kesejahteraan serta pembangunan mampan.

Kami komited bagi merealisasikan semangat serta isi dan dasar Anak Bangsa Malaysia – “Satu Bangsa, Satu Negara”.

Kami bertekad untuk membawa dan menyampaikan mesej ini kepada MASYARAKAT MALAYSIA.

Lorong Haji Taib Lorong Segala Macam


Sudah hampir lima tahun aku menjadi pengunjung setia Chow Kit Lorong Haji Taib. Aku ke situ bukan untuk mencari syabu, bukan untuk mencari "perempuan jadian", bukan mahu cari ganja dan bukan suka-suka ke situ. Dengan hanya satu tujuan, aku mencari pakaian terpakai atau lebih dikenali pakaian bundle. Hampir 80 peratus pakaian aku ialah pakaian bundle. Tahun ini ,pakain raya aku seperti tahun-tahun sudah, tetap pakaian bundle. Individu yang berpakaian pakaian terpakai di hari raya adalah individu alternatif bagi aku .

Siapa tak pernah datang ke Chow Kit amatlah rugi besar. Chow Kit adalah kawasan yang tidak mengada-ngada menjadi kawasan ekslusif. Chow Kit adalah tempat untuk orang-orang kebanyakkan. Di situ tempat untuk kaum buruh, kaum tani, mat rempit, mat rock busuk seperti aku, untuk anak-anak muda yang tidak mampu berbelanja lebih untuk membeli pakaian buatan luar negara, tempat untuk mereka-mereka yang tidak mampu membeli pakaian di butik-butik tersohor, untuk mereka-mereka yang mahu menjadi manusia alternatif dan untuk mereka-mereka yang ingin melihat kehidupan beragam jenis. Di Chow Kit semua elemen ini ada.

Dari penjual ubat tenaga batin, dari penjual zakar dan nonok palsu hingglah kaki judi. Lorong Haji Taib adalah tempat gelap, tempat kesan penderitaan masyarakat yang semakin tenat mencari nafkah dan membuang nafkah. Datanglah ke Chow Kit sekali-sekala. Lihat kehidupan masyarakat kebanyakkan. Pak menteri, dato' berhormat, sultan-sultan, tan sri-tan sri, datin-datin, anak-anak orang kaya, silalah berkunjung ke sana. Lihatlah masyarakat anda di situ. Tidak rugi apa pun ke sana sekali-sekala mencari pengalaman bergaul atau melihat orang-orang kebanyakkan. Jangan asyik saja membeli belah di tempat-tempat mahal dan esklusif. Sekali-sekala berilah duit pada peniaga-peniaga di sana. Kayakan mereka yang belum kaya, buat apa kayakan mereka yang sudah tentunya kaya.

Jika mahu datang ke Chow Kit disarankan datang dengan kawan, kalau boleh lebih dari tiga orang. Banyak penyangak, penyeluk saku, kaki pow, bapak ayam dan pengedar dadah. Tapi jangan takut,jangan bimbang, jangan khuatir. Mereka-mereka ini semua tidak akan mengganggu kamu jika kamu tidak layan mereka. Jalan mesti yakin. Jalan mesti pandang kakan-kiri. Jalanlah dengan penuh berani seperti seekor ayam jantan yang bengis, tapi jangan cari pasal tak tentu hala. Jangan jalan takut-takut di Chow Kit. Jika jalan takut-takut, banyak jerung-jerung lapar akan menjadikan kamu santapan mereka. Jaga-jaga dengan poket belakang dan tas tangan. Jangan tunjuk kamu kaya dan banyak duit di Chow Kit. Apabila bapak ayam menegur dan menawarkan khidmat seks "ayam-ayam" segar tempatan mahupun dari tanah besar China, tolak dengan baik-baik dan terus pergi melainkan kamu bertandang ke situ dengan niat mahu melampiaskan nafsu dengan "ayam-ayam" tersebut. Macam-macam jenis "ayam" ada. Jika ada tokan dadah datang, jangan layan tokan tersebut, melainkan memang kamu cari dadah. Jika "perempuan jadian" datang menawarkan khidmat seks, jangan cepat terpengaruh, melainkan kamu memang mahu bersenggama dengan "perempuan jadian". Perempuan jadian di Chow Kit ada macam-macam. Yang berupa seperti Amy Search ada, yang berupa seperti Steven Taylor(klik) ada, yang perasan dia hot macam Jessica Alba(klik) atau se cun Giselle Bündchen(klik) pun tak kurang. Tapi kebanyakkannya banyak yang tidak cun. Semua "perempuan jadian" ini mencari nafkah di Chow Kit. Aku selalu ke sana seorang diri, tidak pernah terjadi hal-hal yang tidak elok. Jika sudah dapat apa yg dihajati di Chow Kit, beredar segera. Peniaga Chow Kit tidak samseng seperti ah beng-ah beng di Jalan Petaling. Boleh runding harga, sudah runding jika tetap tak mahu beli pun tidak mengapa. Peniaga di situ tidak gedebe seperti peniaga Jalan Petaling. Dari kasut, baju, jeans, jaket, tali pinggang semuanya ada. Murah..memang cukup murah. Jika bawa tiga puluh ringgit pun masih boleh dapat banyak barang, kalau di The Curve bawa tiga puluh ringgit dapat beli tiga helai seluar dalam lelaki atau sehelai coli sahaja.

Bertandanglah ke Chow Kit sekali-sekala. Lihat kesan pembangaunan, kesan penindasan, kesan negara membangun, kesan kurang-kasih sayang, kesan masyrakat yang sakit, kesan manusia yang tidak ada kemanusiaan dan pelabagai rempah ratus kehidupan manusia. Di Chow Kit, semua ini cukup!

Tolong Jangan Masuk Campur

Apa pendapat kamu? Betul kat Hisham, dua ekor ni bergaduh jangan masuk campur, tapi tolong perhati. Kahkahkah.

Rabu, 16 September 2009

Berita Paling Gembira Untuk Bulan Ini

Syukur, suami wanita tabah ini telah dibebaskan. Ini kegembiraan bagi Suhaib, kegembiaraan yang amat sangat. Ini berita paling gembira untuk aku dalam bulan ini! Ini berita paling mengharukan dalam Ramadhan tahun ini! Untuk berita lanjut sila lawati blog wanita tabah ini di sini (klik).

Ahad, 13 September 2009

Kopek Maha Besar Sebesar Buah Tembikai

WARGA DUNGUN CIPTA REKOD BARU MASAK BUBUR LAMBOK – berita hairan

DUNGUN 12 Sept. - Dalam mencari keberkatan Ramadan, kira-kira 2,000 penduduk daerah ini bergotong-royong memasak sebanyak 270 periuk untuk diagihkan kepada fakir miskin, pelajar dan golongan kurang berkemampuan.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negeri dan Integrasi Nasional Daerah dan 76 Kelab Rukun Tetangga (KRT) di Dungun itu juga berjaya mencipta rekod baru memasak bubur lambuk terbanyak dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

KAH KAH KAH…

woit… ADA LAGI PENYAKIT MAMAK KUTTY INI… kah kah kah…

kah kah kah… DULU BENDERA TERPANJANG…. KETUPAT TERBESAR.. RENDANG TERBANYAK.DEBAT TERLAMA 3 HARI TIGA MALAM…kah kah kah..

woit….HENTIKAN LAH KERJA KERJA BODOH INI…. kah kah kah…

woit…HENTIKAN LAH KERJA KERJA BANGANG INI…kah kah kah…

woit... NAK BERSEDEKAH.... BERSEDEKAH LAH... NAKL BUAT REKOD UNTUK APA?.. kah kah kah

kah kah kah…CIPTALAH REKOD BARU… CIPTA LAH STADIUM TERCEPAT RUNTUH DALAM DUNIA…kah kah kah…

kah kah kah… CIPTALAH REKOD…. JAMBATAN TERCEPAT RETAK DALAM DUNIA… kah kah kah

kah kah kah…. CIPTALAH REKOD… TANGAN TERPANTAS MERABA PUNGGUNG…. kah kah kah..

woit…. BARU ADA KELAS…. BARU GENSI…. kah kah kah..

nota:
rekod lidah terpendek dan ada orang punya sori kah kah kah






Bila membaca berita ini aku tergelak sakan. Lalu teringatlah aku pada projek-projek maha gadang di Malaysia. KLCC, KLIA, PUTRAJAYA, Litar Sepang, hantar "pelancong" kebulan dan segala tok nenek projek mega lagi. Aku suka namakan penyakit ini sebagai penyalit "tak boleh tengok orang lain besar". "Orang berzakar besar, maka aku pun menjadi paranoid dan merasakan zakar aku kecil, maka wajiblah aku mebesarkan zakar juga. Si polan tu berkopek besar dan maha bulat, maka wajib jugalah aku yang berkopek kecil ini membesarkan kopek juga, kalau boleh sebesar Tembikai gamaknya, biar orang lain terbeliak mata melihat kopekku yang amat besar ini".

Ini sifat yang sering berlaku dan akan berlaku lagi di Malaysia. Betul, membesarkan segala benda kita yang kecil dan mahu melawan orang lain yang besar adalah persaingan dan tindakan yang mahu dilakukan agar kita tidak nampak seperti ketinggalan. Dalam proses supaya kita tidak nampak seperti ketinggalan itu, kita banyak lupa pada perkara yang sudah lama kita tinggalkan, dimana perkara yang ditinggalkan itu lebih utama lagi. Kita sibuk mahu yang tertinggi, terbesar, tercanggih, terkini, terlaju dan segala ter-ter lagi.

Dalam mengejar semua ter-ter ini, kita jadi yang terlembab, terbodoh, terkelakar, ter paling tidak liberal, ter paling cepat melenting, terpaling cepat melatah, terpaling cepat terkejut dan paling ter tidak mempunyai kemanusiaan.

Adakah kita mempunyai universiti termasyur dari segi sistem pelajarannya? Adakah kita mempunyai pelajar terintelek dan terbesar mempunya pemikiran kritis dan kreatif? Adakah sastera kita terbela dan termasyur? Adakah kita rakyat yang ter paling banyak membaca dan berkarya yang hebat-hebat? Sistem pengangkutan kita ter paling efisyenkah? Sistem pendidikan kita ter paling baguskah? Sistem zakat kita ter agih paling adil dan saksamakah? Orang-orang daif dan fakir kita terbelakah? Sistem perundangan kita ter adilkah dan ter mempunyai kemanusiaankah? Rakyat kita paling ter bebaskah untuk menyatakan pendapat? Kita ada sifat moral dan sivik paling tersopankah seperti Jepun? Negara kita paling terbersihkah dari upacara wajib "hulur bawah meja"? Betulkah kita negara ter paling harmoni dan bersih dari sifat prejudis sesama agama dan bangsa? Kereta kita paling ter berkualiti tinggikah?

Cuba pandang sekeliling kamu. Perhatikan semua perkara ini. Tidak mengapa zakar kita kecil, kopek kita kecik dan tidak montok. Tak salah mahu zakar besar dan berkopek sebesar dan sebulat buah Tembikai seperti orang lain. Tapi pastikan perkara-perkara asas seperti yang aku sebutkan tadi di jaga, dibelai, didik dan dilaksanakan dengan jayanya dahulu. Kemudian mahu besarkan segala yang kita mahu, buatlah sebesar-besarnya. Perkara asas lebih utama kan?

- Sumber berita satira diatas dimabil tanpa izin dari tukartiub.blogspot.com

Sabtu, 12 September 2009

Boikot


Aku tak berani, maaf. Yang merosakkan minda ialah individu itu sendiri, bukannya televisyen, radio, muzik, sukan dan sebagainya. Minda kamu akan rosak teruk dengan jahanmnya jika menonton Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, Gadis Melayu dan bersepah lagi rancangan realiti dari Malaysia. Tapi minda kamu akan bertambah cerdas semolek-moleknya jika kamu tonton National Geographic, Animal Planet, History Channel, TV IQ, Asian Food Channel dan rancangan telivisyen yang berfaedah serta berkualiti seumpanya.

Citarasa muzik kamu begitu teruk dan tidak berkembang jika kamu asyik melayan lagu-lagu dari sampah-sampah Akademi fantasia dan asyik saja mendengar lagu-lagu melankolik yang sedih mendayu-dayu meratap pilu kebanyakkan artis-artis Malaysia yang disiarkan di radio. Citarasa muzik kamu tinggi dan berkembang jika kamu menikmati genre Jazz, Metal, Ska, Rock, Keroncong dan banyak lagi sub-genre yang lain-lainnya. Jika mahu dengar lagu sedih pastikan ianya betul-betul berkualiti seperti lagu Letter To Elise dendangan kumpulan The Cure.

Ada orang akan termuntah-muntah kahak hijau bila mendengar suara-suara sumbang dari sampah-sampah Akedemi Fantasia jika sampah-sampah ini menyanyi secara langsung. Ada orang melihat rancangan Sehati berdansa seperti melihat badut-badut bodoh sedang menari dan mengaggap badak air sedang mengawan lebih hebat gerakannya dari melihat tarian penari-penari Sehati Berdansa. Ada orang tidak langsung menonton berita Malaysia di televisyen sebaliknya lebih mempercayai berita-berita Malaysia dari blog dan laman web tertentu. Ada orang buat bungkus belacan atau lap berak kucing akhbar-akhbar perdana Malaysia tanda membenci akhbar-akhbar tersebut, tetapi lebih mempercayai berita-berita dari bloggers.

Telivisyen dan media-media lain boleh digunakan untuk mengembangkan minda dan boleh juga digunakan untuk merosakkan minda.

Kamu orang yang mana?

Tapi terpulanglah pada masing-masing, mahu jadi bodoh dan tidak berkembang atau sebaliknya. Ada orang selesa jadi bodoh dan tidak berkembang sampai dia mati. Namun aku tetap hormat jika individu tersebut boikot televisyen. Itu adalah hak untuk memilih, begitu juga aku hormat orang yang tidak mahu mindanya berkembang dan tidak terbuka - selagi individu tersebut tidak menyusahkan orang lain. Jika mahu jadi tepu dan bodoh, hormati orang lain juga. Jangan pasang mp3 lagu-lagu leleh dan sedih dari telefon bimbit kamu kuat-kuat sampai mengganggu orang lain seperti dalam keretapi, dalam bas, dalam pawagam dan bilik kuliah! Jika kamu pasang mp3 lagu jazz, metal, keroncong kuat-kuat pun aku tetap tidak suka! Jika kamu mempunyai pemikiran tertutup mengenai bangsa lain, pastikan kamu jangan menghasut orang lain yang mempunyai pemikiran terbuka dan liberal. Seperti contoh, jangan menghasut aku dengan ayat "Kita orang Melayu kena tolong orang Melayu, jangan percaya Cina dan India" dan sebagainya pada aku.

Ini adalah contoh individu bodoh dan tidak berkembang yang menyusahkan orang lain. Ada contoh lain lagi?

Rabu, 9 September 2009

Aku Suka Makan Haiwan


Aku sokong apa yang perempuan ini buat, agak seksi dan erotik juga cara penyampaiannya. Ini salah satu hak kebebasan untuk meluahkan mesej melalui pelbagai cara. Laman web ini pun sama juga, aku sokong apa yang mereka perjuangkan. Walaupun secara jujurnya aku memang pencinta makanan berasaskan haiwan, lebih-lebih lagi daging Kambing. Daging Kambing memang terbaik, ada seorang rakan beritahu daging Babi pun sedap, tapi tak tahulah sebab tak pernah rasa.

Tapi walaubagaimanapun, memperjuangkan hak-hak haiwan seperti mereka bagi aku tidak berapa relevan dengan negara yang bernama Malaysia ini. Memang perjuangan mereka bagus, itu tidak aku nafikan. Akan tetapi perjuangan untuk mempertahanan hak-hak haiwan adalah perjuangan bagi negara yang sudah SELESAI perjuangan hak-hak manusianya. Di Malaysia ini kamu rasa perjuangan hak-hak asasi manusi sudah selesaikah?

Bagaimana dengan para tahana ISA? Bagaimana mereka yang ditangkap kerana menentang akta zalim ISA? Lihat semula demonstrasi aman yang berlaku pada 1 Ogos lepas? Bagaimana dengan rumah-rumah setinggan yang dirobohkan? Bagaimana dengan hak-hak anak muda yang ditangkap kerana kononnya disyaki berkhalwat kerana duduk serumah tanpa ikatan perkahwinan. Ingat lagi kisah seorang perempuan yang ditangkap di kelab malam kemudian terpaksa kencing dalam trak polis kerana tidak dibenarkan buang air kecil oleh "polis moral" yang sedang bertugas? Sudahlah perempuan itu terpaksa kencing dalam trak, kemudian gambarnya sedang buang air kecil diambil pula oleh polis-polis agama ini? Bagaimana hak-hak mereka pula? Bagaimana dengan perobohan rumah setinggan di Kampung Berembang?

Kita di Malaysia masih banyak lagi perjuangan hak-hak asasi manusia yang masih tidak terlaksna dengan jayanya, apakah kita masih sibuk lagi dengan hak-hak asasi haiwan? Untuk memperjuangkan hak-hak asasi haiwan adalaah perkara "kemudian dahulu". Yang lebih utama adalah hak-ahak asasi manusia yang masih lagi dipermain-mainkan dan tidak dipedulikan oleh para politikus/pemimpin. Hak-hak asasi manusia ini dinafikan sepenuhnya oleh mereka tak kira pemimpin kiri atau kanan. Ingat lagi pengharaman Wayang Kulit di Kelantan? Hak penggiat-penggiat Wayang Kulit dinafikan terus sedangkan budaya itu kita sendiri tahu semakin pupus. Yang paling kelakar pula, pemimpin kita sendiri sibuk menyuruh generasi baru supaya mencintai kebudayaan tempatan! Ingat lagi mereka yag ditangkap kerna menyertai demonstrasi aman menentang ISA? Kamu ingat lagi isu filem Mualaf karya Yasmin Ahmad? Dimana hak kita sebagai manusia apabila kehidupan peribadi di daam rumah sendiri pun masih dipantau oleh polis moral? Tugas-tugas untuk menafikan hak asasi manusia ini kemudiannya dilakukan polis-polis moral yang konon-kononnya mempunyai rasa tanggungjawab pada masyarakat untuk menentukan baik-buruknya apa yang perlu dikakukan orang ramai. Di mana hak-hak mereka untuk berhibur, bersuara, untuk berkasih, untuk melakukan seks, untuk berkasih sayang sesama manusia, untuk memberikan pendapat, untuk berkarya dan sebagainya? Bagimana nasib mereka yang diaibkan seperti Kartika? Apa pula nasib anak-anak Kampung Berembang dan nasib anak-anak setinggan yang rumahnya dirobohkan?

Dalam hal ini, bagi aku kedua-kedua pemimpin kanan atau kiri sama sahaja. Selagi sikap sikap "aku perlu menjaga moral kamu, aku perlu pantau apa yang kamu buat dalam rumah, rumah kamu buruk dan mencermarkan pemandangan kota urban dan rumah kamu perlu dihapuskan kerana tidak menjana pendapatan pada kota dan apabila sesetengah pemimpin merasakan bahawa agama dan bangsa aku lebih bagus dari agama dan bangsa kamu", tak perlu kita sibuk-sibuk lagi tentang memperjuangkan hak-hak haiwan. Hak-hak asasi manusia pun masih tidak terbela di negara yang bernama Malaysia ini.

Apapun, syabas pada perempuan yang pakai baju sayur di hadapan Pavilion tersebut. Seksi beb!
Oh, ya mereka yang tidak makan haiwan ini mempunyai alasannya tersendiri. Makan haiwan kejamlah, menyakiti haiwanlah dan sebagainya. Jika makan sayur, tidak kasihankah pada sayur? Tidak sakitkah sayur itu jika dipetik dan dimakan? Dimana pula hak-hak sayur untuk terus hidup dan tidak dimakan? Hehe..jangan marah.

Isnin, 7 September 2009

Membaca Amalan Mulia


Mari membaca sejarah yang tidak ada dalam buku teks sekolah-sekolah, baik sekolah Arab, sekolah Tamil, sekolah pondok, sekolah persendirian, sekolah Cina, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Kecuali beberapa sejarah yang popular dalam laman tersebut, sejarah rakyat yang lain semuanya tidak ada kan? (klik)

Selamat membaca ;)

Gambar dicuri tanpa izin dari lama ini. Sila lawat, sangat cool.

Ahad, 6 September 2009

Penyakit Yang Maha Dasyat Sekali

CONTOH PENYAKIT KKS


Ini dinamakan penyakit KKS. KKS bermaksud kurang kasih sayang. Harus diingat, kasih sayang bukan hak esklusif kepada kekasih, ibubapa dan orang-orang tersayang sahaja. Ianya wajib diberikan juga pada haiwan, tumbuhan, gitar, batu lesung, papan kekunci dan pakaian dalam. Kasih sayang boleh diberikan pada apa dan sesiapa saja, ianya tiada had, tiada sempadan, tiada garis pemisah tetapi ada halangan. Halangan-halangan memupuk sifat berkasih sayang ini biasanya dilakukan oleh oleh individu-individu, kelompok, gerombolan dan sesebuah parti yang terkena atau "suka dijangkiti penyakit KKS". Sebagai contoh terbaik, kamu boleh melihat perangai mat-mat KKS di dalam wayang kecil di atas.


Kamu ada penyakit KKS juga? Jika ada sila berubat segera. Ubatnya mudah sahaja, berkawanlah dengan sesiapa tanpa mengira bangsa, ras, keturunan, darjat dan agama. Jika terjumpa haiwan dalam kesusahan, maka bantulah haiwan itu, jika ada barang-barang yang disayang, sayanglah barang itu bersungguh-sungguh, jika nampak bunga atau tumbuhan yang dirosak atau digondolkan, walaupun kita tak dapat menghalang atau menolong tumbuhan itu, berdoalah dengan cara masing-masing agar tumbuhan itu tidak sakit. Ini hanya beberapa contoh.Banyak lagi tindakan yang boleh dibuat mengikut intelek dan kesukaan kamu - kalau kamu tidak ada penyakit KKS lah kan?

Oh Ya.. Barang sesiapa yang terkena atau sudah dijangkiti penyakit atau "suka dan rela dijangkiti penyakit KKS" ini akan mudah tekena penyakit lain juga. Penyakit-penyakit yang saling berkaitan dengan penyakit KKS ialah penyakit RASIS . Penyakit RASIS ini banyak cabang dan mazhabnya. Mazhab penyakit RASIS yang paling terkenal di Malaysia adalah mazhab sibuk bercakap berapi-api mengenai ketuanan bangsa.

Individu yang memberi nama penyakit KKS inilah ialah seorang tua hippie bernama Hishammudin Rais. Siapa tak kenal orang tua ini boleh tanya Ayahanda Google. Siapa tak tahu apa itu Google boleh tumbuk diri sendiri sambil terkentut-kentut.

Perhatian -
Bukan semua orang berambut panjang berkelakuan tidak senonoh macam beruk seperti mamat KKS dalam wayang kecil di atas ya!!!

Rabu, 2 September 2009

Kuiz Mukabuku dan Kerenah Undang-Undang Moral


1. Slayer
2. Iron Maiden
3. Liquid Tension Experiment
4. Daft Punk
5. JUSTICE

Kuiz "mukabuku" lagi. Menunggu artis-artis ini untuk datang ke Malaysia seperti menunggu Malaysia mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, untuk melihat artis-artis yang hebat begini beraksi di negara ini seperti menanti sistem pendidikan dan perubatan percuma di Malaysia, untuk melihat anak-anak muda Malaysia meraikan artis pujaan mereka seperti artsi-artis hebat diatas seperti mengharap Malaysia menjadi sebuah negara republik. Hmm..Di negara jiran kita Indonesia, mereka sudah tidak hairan dengan kehadiran nama-nama besar sebegini di negara mereka, bahkan penduduk Islam di negara mereka lebih banyak berbanding kita. Tiada fatwa-fatwi dan "kerenah undang-undang moral" pun tentang larangan untuk rakyatnya melihat dan menyaksikan secara live nama-nama hebat dalam bidang muzik ini beraksi di negara mereka.

Hairan lagi menghairankan , selebrit-selebriti Bollywood yang buat concert sambil menari goyang kopek dan bontot dibenarkan pula beraksi di Malaysia, malah majalah-majalah tayang kopek dihalalkan pula disini, majalah satira Gedung Kartun (klik) pula dilarang. Oh Malaysia...

Nota -
Ini tidak bermakna aku tidak suka kopek. Siapa tak tahu maksud kopek boleh tanya orang-orang tua, kalau orang tua yang ditanya itu liberal dia akan jawab dengan tenang dan selamba, kalau orag tua itu konservatif dia akan jawab dengan malu-malu.

Pemuda PAS bantah konsert Micahel Learns To Rock (klik).

Alahai..taklah rock mana pun Michael Learns To Rock tu. Tengok muka sekor-sekor mat jambu, dengar lagu hancur! Tak rock langsung! Mat bunga dan mat batik boleh la layan. Lebih baik dengar Boyz II Men dan Kc And Jojo lagi sedap.


What dead rock star are you?

What dead rock star are you?
Plane crash? Bullet in the back? Choke on your own vomit? Natural causes? O.D.?
Jim Morrison
You are brilliant and extroverted, but dark and disturbed.
You enjoy fire, snakes and the occult. Stay away fom Paris unless
you want to end up next to edgar allan poe.
And try to keep it in your pants, ok?

Ini adalah kuiz yang diambil di "mukabuku" aku dan..
keputusannya aku ialah Jim Morrison! Kenal siapa Jim Morisson?
Kalau tak kenal sila tanya Lebai Google bin Haji Yahoo.

Nota -
Lebai Google paling cool sekali berbanding Haji Yahoo.
Mozilla Firefox lebih cool dari Internet Explorer dan Tok Guru Nik Aziz
lebih cool dari Haji Adi Awang.