
"Ha, kau tengok tu Sood, budak lelaki tu bawa balik perempuanlah, jom kita serbu rumah dia nak?" kata lelaki bersongkok tersebut pada rakannya yang asyik sungguh berpeluk tubuh laksana pendekar Melayu yang sudah pencen.
Semalam ketika berlabon dan bersurah kosong di kedai minum bersama rakan-rakan yang liberal dan
open minded, seorang dari mereka telah mengeluh tentang seorang jirannya yang ingin sungguh jadi polis moral dan polis agama. Jirannya yang tidak berapa nak ada kerandut itu sibuk bertanya kepada jirannya yang lain tentang aktiviti rakan aku di dalam rumahnya. Halnya terjadi kerana rakan aku itu selalu membawa teman wanitanya masuk rumah bujangnya. Maka jirannya yang ingin sungguh menjadi polis agama dan polis moral ini tidak dapat menahan gelodak nafsu menyibuk dan hasad dengkinya untuk mengorek lebih lanjut aktiviti rakan aku dan teman wanitanya yang cun sungguh itu di dalam rumah bujangnya.
Sikap dengki dan tidak boleh melihat orang lain bahagia ini sangat sebati dalam darah daging orang Melayu. Jangan kamu menafikannya, perkara ini sah dan soheh sesoheh-sohehnya (sila sebut dalam slanga Arab, hahaha). Jika tidak, masakan kita dengar ada
tuju-tuju, hantu raya, dan segala tok nenek
polong dan tah apa
jembalang segala keturunan di hantar pada seseorang yang dicemburui di dalam masyarakat Melayu.
Aktiviti di dalam rumah bagi aku adalah sangat peribadi. Apa yang dilakukan di dalam rumah adalah hak sepenuhnya tuan rumah. Mahu telanjangkah, mahu berpesta buihkah, mahu tonggang terbalikkah, mahu buat ritualkah, mahu baca buku komuniskah, mahu conteng dindingkah dan sebagainya adalah hak mutlak tuan rumah. Barang sesiapa yang yang tidak menghuni rumah tersebut tiada hak langsung untuk ambil peduli tentang apa yang mahu dilakukan oleh tuan rumah. Tuan rumah adalah tuhan di dalam rumahnya.
Sikap suka menjaga tepi kain orang lain tidak sepatutnya timbul. Sikap ambil peduli yang patut dan wajib ada pada sesama jiran tidak diamalkan pula. Jiran sepatutnya ambil peduli bahawa jirannya sudah makan atau tidak, rumahnya berkunci atau tidak, kasut jirannya dicurikah, kain baju yang jiran jemur hilang atau terbang ditiup anginkah, kucing jiran tidak diberi makankah dan sebagainya. Ini sebahagian contoh-contoh baik sikap ambil peduli yang perlu ada pada sesama jiran, bukan sikap ambil peduli dan menyibuk kehidupan peribadi jiran anda.
Bayangkan jika semua orang di Malaysia ini menjadi jiran yang suka ambil tahu atau lebih tepat sekali menyibuk tentang kehidupan peribadi jirannya. Semua orang di Malaysia menjadi jiran yang mahu sungguh menjadi polis moral dan polis agama. Jawapnnya kita langsung tiada ruang peribadi! Bayangkan aku ketuk rumah kamu ketika kamu sedang bersenggama bersama teman wanita atau isteri sah kamu (sila sebut sah dalam slanga Arab..haha). Alasan aku mengetuk rumah kamu ialah untuk memastikan bahawa ketika kamu sedang bersenggama kamu tidak melakukan perbuatan liwat pada pasangan kamu. Bayangkan ini terjadi! Sudah tentu kamu ingin menampar muka aku denga selipar jamban kan? Sudah tentu kamu benci aku seumur hidup kamu dan kalau boleh kamu kamu ingin cekik aku sampai mampus.
Aku berpenglaman lepak di rumah bujang rakan aku. Di dalam rumah tersebut tinggal lelaki dan perempuan. Sepanjang aku lepak di rumah tersebut tidak pernah terjadi hal yang bukan-bukan pun. Tidak ada kes rogol, cabul, mengintai dan sebagainya. Semuanya di dalam rumah itu samada lelaki atau perempuan adalah rakan. Mereka sudah cukup matang untuk menentukan mana baik-buruk. Setiap orang di dalam rumah tersebut tahu menjaga ruang peribadi masing-masing. Jadi, aku sampai sekarang tidak percaya jika kita tinggal serumah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim akan terjadi hal yang bukan-bukan. Mengawal nafsu adalah perkara yang utama sekali dalam hal ini. Nafsu dikawal oleh diri sendiri, bukan polis moral atau polis agama.
Jika kamu perasan, yang suka menyibuk tentang hal peribadi orang lain dan rajin sangat menjadi polis agama dan moral ini ialah golongan yang sudah tua tak kira lelaki atau perampuan. Kebanyakkan kes-kes menyibuk ini juga terjadi di kawasan flat murah, kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan dipenuhi Mat Rempit. Geng-geng polis moral ini pula tipikalnya dianggotai oleh geng-geng pekida,umno, dan tah apa persatuan lagi yang asasnya berpaksikan sikap
"aku lebih baik dari kamu, aku lebih Islam dari kamu dan aku lebih Melayu dari kamu." Setiap makluk di dunia ini perlukan ruang dan kehidupan peribadi tanpa diganggu- guat oleh sesiapa termasuk ibu-bapa sekalipun. Kita lihat sikap kucing jantan. Setiap kucing jantan akan bergocoh dengan kucing jantan lain sekiranya ada kucing jantan lain yang memasuki dan menyibuk di kawasan yang sudah ditanda dengan baunya. (Sila rujuk ayahanda
google jika tidak mempercayai fakta ini). Tapi, kita sebagai manusia yang diberi akal sempurna mahu melakukan perkara yang sama seperti kucing jantan yang sudah semestinya akal mereka sangat terhad adalah sangat tidak patut sama sekali. Takkan rakan aku itu mahu bergocoh dengan jirannya yang tidak ada kerandut tersebut. Jika perkara ini berlaku, ini bukan perangai manusia tetapi perangai haiwan.
Oleh itu aku nasihatkan pada sesiapa saja yang membaca entri supaya menghormati ruang dan hidup peribadi seseorang. Pada polis-polis moral dan agama di luar sana, percayalah, kamu juga tentu tidak suka aku memecah masuk rumah kamu pada satu hari bersama rakan-rakan aku untuk memastikan kamu ada atau tidak menyimpan DVD porno..kan? Sudah tentu kamu berang jika aku dan kawan-kawan aku menyibuk begitu..
-Maaf jika tulisan ini terlalu ekstrem bagi kamu.
Gambar ehsan ayahanda
google images.