Ahad, 29 November 2009

Keterbukaan PAS, Sudikah Menerima Aku?


Aku dijemput untuk menjadi golongan pemikir di dalam PAS? Hahaha..tiada masalah, cuma bolehkah PAS menerima seorang anak muda berambut panjang, suka pakai baju hitam, berseluar pendek, mendengar muzik bingit, sukakan hiburan barat, tidak suka pada polis moral/agama, SUKA KONSERT dan mendokong ideologi liberal ? Hahaha..selanjutnya baca di sini (klik)

Betul, aku tiada masalah langsung jika dijemput, cuma PAS?

Rabu, 25 November 2009

Golongan Kiri Yang Masih Lagi Tepu Pemikirannya




Boleh dikatakan, dengan melihat segala kucar-kacir dan “sesuatu yang tidak kena” dengan negara ini sekarang, dahulu dan mungkin pada masa hadapan, sebagai manusia yang menyanjungi Pramoedya Ananta Toer, Shanon Ahmad, Pak Sako dan beberapa nama seangkatan dengannya dalam mahupun luar negara, aku memilih untuk menjadi kiri. Memilih untuk melawan arus. Memilih untuk tidak sebulu dan sering mempersoalkan “dgn apa yang sudah dilambakkan, dihidangkankan dan dicorakkan oleh kepimpinan yang MASIH meneruskan legasi kolonial, iaitu pihak yang sudah memerintah negara ini melebihi lima puluh tahun. Untuk menjadi kiri juga , aku tidak berpatisan. Dengan tidak berpatisan aku lebih senang melontarkan pandangan dan kritikan bebas pada sang pemerintah mahupun pihak kiri. Menjadi tidak sebulu dengan mereka yang aku sebutkan tadi juga tidak bermakna aku boleh sebulu dan bersetuju seratus peratus dengan apa yang pihak kiri lakukan sekarang. Ada beberapa perkara dari pihak kiri yang tidak aku gemari terutamanya BUDAYA MEMBENCI ANAK MUDA – perkara yang sama dilakukan oleh sang pemerintah. Jika kamu warganegara yang sensitif dan peka, kamu tahu parti kiri mana yang aku maksudkan. Hahaha! Aku menyokong apa yang baik untuk kemanusiaan. Itu saja. Pada gaya dan rentak politik mahupun sistem yang telah ada sekarang, yakni sistem yang telah disediakan oleh sang pemerintah, aku melihat lebih banyak keburukan dari kebaikan untuk kemanusiaan.

Begini, seperti yang aku sebutkan tadi, tidak semua apa yang pihak kiri lakukan aku menyukainya. Untuk hal ini, biar aku terangkan dengan lebih terperinci dan spesifik. Aku selalu membaca blog-blog kiri, malah gemar juga membaca komen-komen dari pembaca dalam satu-satu posting. Apa yang menjadi kejelekan aku ialah, walaupun si pihak kiri itu membenci apa yang sang pemerintah lakukan, cara mereka meluahkan pendapat dalam komen blog kadangkalanya bersifat fasis. Lebih menyedihkan, yang memberi komen-komen begini BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA AGAMA ISLAM. Pernah aku baca satu komen dari seorang yang KONON-KONONNYA SANGAT ISLAMIK di satu laman blog Islamik dimana komennya sangat tidak menampakkan dia seorang manusia yang boleh berfikiran rasional. Bukan sahaja tidak rasional, malah kadangkala aku rasa fikiran mereka langsung tidak waras! Sebagai contoh mereka suka menghina kaum dan juga agama lain. Contohnya, jika terdapat posting yang menceritakan kekejaman zionis pada negara-negara Islam, maka membuak-buaklah kebencian mereka terhadap kaum yahudi. Dan rasa kebencian mereka yang amat sangat itu diluahkan dalam ruangan komen tersebut. Perkataan-perkataan seperti yahudi laknatullah, yahudi muhalazzah, yahudi babi, yahudi pukimak, yahudi kaum terkutuk, yahudi masuk neraka dan sebagainya selalu digunakan. Apa masalah mereka dengan orang yahudi ini? Memang betul yang melakukan kekejaman itu orang yahudi. Tapi yahudi yang melakukan perbuatan kejam dan terkutuk yahudi yang bagaimana? Sudah tentunya yahudi yang menganut fahaman Zionis. Pernahkah mereka-mereka yang membenci sangat kaum yahudi ini sedar bahawa zionisma itu bukan fahaman eksklusif untuk kaum yahudi saja? Fahaman zionis yang jahat itu boleh dianuti dan diamalkan oleh mana-mana kaum pun.Tahukah mereka bahawa terdapat juga yahudi-yahudi baik? Adakah mereka bersalah jika menjadi seorang yahudi yang baik dan tidak mendokong atau menganuti fahaman zionis? Bersalahkah mereka jika dilahirkan sebagai yahudi? Bagaimana pula perkara yang sama juga berlaku pada mereka-mereka yang mengutuk orang-orang yahudi ini? Apa perasaan kamu jika kamu dilahirkan sebagai seorang yahudi dan tidak mennsganuti fahaman zionis, tetapi ada pihak yang tetap menyalahkan kaum kamu sebagai kaum yang jahat, sedangkan tidak semua kaum kamu berfahaman zionis. Kerana ada dari kaum kamu yang berbuat jahat, maka kamu juga turut dilabel jahat. Sudah tentu kamu rasa perkara tersebut tidak adil bukan? Harus diingat, kita semua manusia di dunia ini tidak pernah tahu kita dilahirklan sebagai manusia untuk menganuti agama apa. Ini semua kerja Sang Pencipta. Jika Sang Pencipta mahu kamu lahir sebagai yahudi, maka yahudilah kamu, jika Sang Pencipta mahu kamu lahir sebagai Hindu, maka beragama Hindulah kamu. Adakah seseorang yang menjadi seorang manusia yang berbuat kebaikan pada dunia tetap JUGA SALAH kerana dia bukan seorang yang beragama Islam? Siapa kamu untuk menentukan salah atau tidak seseorang yang tidak beragama Islam itu? Kebaikan dan kemanusiaan bagi aku tidak pernah memilih kaum apa. Berbuat baik pada manusia bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Pemahaman bahawa AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM ADALAH SALAH DAN MEREKA SEMESTINYA MASUK NERAKA itu yang harus dihapuskan.

Setiap agama dalam dunia ini semuanya mengajar penganutnya menuju kearah kebaikan sejagat. Dan apabila yang memberi komen-komen di dalam blog dari golongan kiri berbentuk fasis seperti yang aku katakan tadi, maka apa perbezaan kamu dengan pihak yang kamu benci sangat tu? Ini adalah sebahagian contoh kecil saja apa yang aku selalu perhatikan yang sering berlaku pada golongan kiri. Sifat perkauman dan sifat fasis itu masih melekat dan sukar dikikis dari mereka. Jika ada kesalahan yang dilakukan dari pihak pemerintah, maka orang yang dikritik itu dikritik dari dasar warna kulitnya dan agamanya. Bukannya dikritik dari apa kesalahan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika seorang wakil dari parti MCA atau MIC atau apa-apa saja parti atau persatuan yang menyokong sang pemerintah melakukan kesalahan, maka perkataan-perkataan seperti Cina @#$!, Ke(^&$, kafir laknatullah dan perkataan-perkataan tidak elok akan keluar dari mulut-mulut pihak kiri ini, termasuk juga dalam tulisan blog. (Maaf, aku tidak sanggup menulis perkataan-perkataan itu dalam bentuk yang sebenar, itu sebabnya aku letakkan huruf-huruf yang tidak nyata di situ) Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan menampakkan betapa cetek dan kolotnya gaya pemikiran mereka. Jika beginilah caranya pihak kiri mengkritik di dalam blog, forum, artikel dan pelbagai lagi medium lain, nampaknya mereka ini masih lagi DIRACUN DENGAN ACUAN SANG PEMERINTAH. Dan sistem acuan pemerintah ini sudah sebati dengan mereka walaupun mereka dari golongan kiri. Bagi aku perkara ini sangat mendukacitakan, malah perubahan yang dinanti-nantikan sangat oleh golongan kiri ini amat sukar dilakukan jika sifat-sifat ini masih melekat pada mereka. Jangan harap ada perubahan pada negara ini seperti yang diharapkan oleh kamu wahai golongan kiri selagi sifat rasis dan fasis itu masih tidak dicantas.

Khamis, 19 November 2009

Gambar-Gambar Tirai Besi

Gambar-gambar menarik tirai besi . Sila masuk laman ini.

Khamis, 12 November 2009

Lelaki Berambut Panjang Dan Undang-Undang Pandir


Merayakan kemudaanku dengan melibas-libas rambut diiringi muzik bingit di sebuah pesta muzik keras di ibu kota. Aku berbaju coklat tersebut.


Untuk meraikan kemudaan aku sebagai sebagai anak muda, salah satu dari cara aku meraikannya ialah dengan berambut panjang dan berimej sebagai mat rock (walaupun aku meminati juga genre muzik yang lain). Lelaki berambut panjang adalah lelaki yang cool bagi aku. Aku istilahkannya sebagai lelaki yang berambut panjang adalah cool kerana tidak senang untuk menyimpan rambut panjang ini, terutamanya semasa proses menyimpan dari rambut pendek hingga panjang. Macam-macam hal! Rimas, panas, rambut masuk mata, kelemumur, rambut bercabang dan masalah rambut berbiji adalah lumrah wajib dan pengalaman yang terpaksa dilalui pada sesiapa saja yang menyimpan rambut panjang. Aku juga pernah terdengar mitos bahwa Nabi Muhammad juga seorang leaki yang berambut panjang. Kebenarannya aku tidak tahu dan kalau mitos tersebut sahih - ianya menambahkan lagi "peribadi cool" nabi terakhir ini. Aku juga pernah mendengar kawan aku bercerita bagaimana rambut panjang boleh menyelamatkan nyawa seseorang askar ketika berperang. Logiknya ialah apabila rambut panjang diikat kebelakang ketika berperang, ianya akan mengurangkan kesan tetakan jika seseorang askar itu ditetak di bahagian tengkuk. Teori ini juga boleh dipertikaikan sahih atau tidak. Kamu boleh tanya mufti google. Selain menyelamatkan nyawa, imej berambut panjang juga boleh digunakan untukmenggerunkan psikologi musuh atau lawan. Kenyataan ini aku boleh terima pakai. Bayangkan berpuluh-puluh ribu atau beratus ribu lelaki yang berambut panjang ditambah pula dengan janggut yang tebal memegang senjata dengan muka yang bengis bersiap sedia untuk bertempur. Kalau kamu di pihak musuh, nescaya kamu gerun juga kan? Ini adalah salah satu taktik menawan psikologi pihak musuh supaya ditakut-takutkan lebih awal agar moral atau semangat tempur mereka menurun sebelum berperang. Hebat kan askar lelaki berambut panjang? Kalau tidak percaya sila lihat filem-filem yang mempunyai watak askar Viking dan Anglo Saxon(sekadar beberapa contoh). Lihat betapa bengisnya dan garangnya imej mereka!

Untuk aku yang berambut kerinting, proses menyimpan rambut menunggu untuk mejadi panjang lebih lama dari orang yang berambut lurus. Seingat aku, aku hanya boleh mengikat rambut setelah lapan atau sembilan bulan menyimpan. Payah kan? Sekarang aku boleh berbangga kerana rambut aku sudah panjang dan lebih membanggakan ada orang pernah kata rambut aku mirip Marty Freidman dan Dimebag Darrell. Hahaha..! Bagi sesiapa yang tidak mengenali dua malaon rock ini sila tanya mufti google - hanya beliau yang mengetahui.

Baiklah, kita tinggalkan sekejap cerita cool lelaki berambut panjang. Pada aku, setiap anggota yang melekat, yang tergantung, yang berayun-ayun, yang terpacak, yang menegang, yang kembang atau apa-apa saja di badan kita adalah hak kita yang telah diberi penjam oleh Sang Pencipta.Hanya Sang pencipata sahaja yang boleh menafikan dan melarang itu-ini terhadapa setiap anggota di badan kita. Ini bermakna kita boleh lakukan apa saja yang kita suka terhadap anggota badan kita tak kiralah tangan, telinga, perut, punai, kopek, bontot dan keseluruhannya. Individu, jabatan, ngo, kerajaan, atau apa saja di dunia ini tidak berhak langsung atas anggota badan kita. Mereka-mereka ini tidak ada hak pun untuk menafikan, mengawal, menahan atau apa-apa saja tindakan yang TIDAK BOLEH ke atas anggota badan kita. Untuk hal ini, aku bercerita tentang rambut panjang. Sampai sekarang aku tidak faham kenapa lelaki tidak dibenarkan berambut panjang di sekolah, universiti, pejabat, jabatan kerajaan dan sebagainya. Apa kena-mengena rambut dengan etika kerja? Apa kena-mengena rambut dengan pelajaran? Apa sangkut-paut semua ini? Adakah jika seseorang lelaki berambut panjang maka pelajarannya di universsiti menjadikan fikrahnya bebal sebebal profesor Universiti Sintok atau sepandir orang yang mengatakan bahawa Bik Mama adalah seorang model terunggul pada abad ini? Adakah seseorang pelajar lelaki tidak boleh mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan semesternya jika rambutnya panjang?Jika seorang lelaki berambut panjang bekerja di dalam jabatan kerajaan adakah tempat kerjanya akan terbakar atau runtuh-rantah? Lelaki berambut panjang akan menjejaskan sesebuah jabatan kerajaaankah? Sebagai pembaca yang mempunyai pemikiran cerah (harapnya begitulah), barang siapa yang boleh membuktikan beberapa contoh yang aku berikan tadi benar-benar boleh berlaku jika seorang lelaki itu berambut panjang, maka aku bersumpah akan membotakkan kepala seperti Kerry King seumur hidup aku dan aku akan membuka sebuah kedai khas untuk membotakkan kepala secara percuma! Lihat saja susuk-susuk lelaki cool yang ada dalam dunia ini. Ada diantara mereka berambut panjang. Lihat Bob Marley, lihat A. Samad Said, Mumia Abu Jamal, Zach De la Rocha dan Yngwie Malmsteen (sekadar beberapa nama). Cuba kaji, adakah kecermelangan mereka-mereka ini di dalam bidang masing-masing ada bersangkut-paut dengan kepanjangan rambut mereka? Adakah mereka menjadi hebat, menjadi lagenda atau menjadi virtusoso disebabkan mereka berambut panjang? Fikirkanlah wahai kamu-kamu yang mencipta undang-undang pandir bahawa lelaki berambut panjang itu tidak dibenarkan dan dinafikan hak mereka untuk menuntut ilmu, bekerja dan sebagainya. Kamu-kamu yang mencipta undang-undang bebal ini juga tentu tidak mahu jika aku menyuruh kamu jangan pakai baju batik dengan alasan warna baju batik yang meriah dan tak tentu hala coraknya yang kamu pakai itu menyakitkan mata aku, maka kamu tidak dibenarkan memakai baju batik jika kamu ingin belajar atau bekerja di sini! Sakit hati tak?

- Ketka entri ini ditulis muzik yang mengiringi ialah lagu Testify dendangan kumpulan Rage Against The Machine (sila klik). Penyanyi kumpulan ini juga berambut panjang ;)

Selasa, 10 November 2009

Kamu Peka?


Berikut adalah lima perkara penting tentang maksud fasis sebagai satu ideologi dan perlakuan politik, ia mengandungi beberapa asas yang penting :

1 - Penggunaan kuasa, kekuatan dan kekejaman dengan sewenang-wenangnya untuk mencapai sesuatu matalamat politik;


2 - Penggunaan retorik yang defensif, sempit dan bersifat introvet yang sentiasa mengingatkan masyarakat tentang 'bahaya dan ancaman';


3 - Penerapan budaya takut, paranoia dan prejudis secara berleluasa yang melihat perbezaaan pendapat dan perbantahan sebagai ancaman kepada perpaduan;


4 - Pengenalpastian yang dibuat secara licik terhadap kumpulan-kumpulan 'lain' (dari segi agama, etnik, ras dan jantina) yang dianggap 'ancaman' luar dan gejala 'buruk' yang perlu dibanteras; dan


5 - Kecenderungan untuk menggalakkan dan mengamalkan perpaduan yang tidak berbelah bahagi berlandaskan dialektik menentang yang melihat orang lain daripada kaca mata yang negatif yang wajar ditentang, dilawan dan ditewskan.


- Di Balik Malaysia : Dari Majapahit Ke Putrajaya tulisan Farish A Noor M/S 109

Berikut adalah maksud fasis dari sumber lain. Sila klik.
Jika kamu(terutama anak muda) warganegara yang sensitif dan patriotik, kamu juga mesti dapat rasakan apa yang aku rasa sekarang. Pandang keliling kamu..perkara ini berlaku atau tidak di sini? Tak payah dok sibuk menuduh negara lain pun sama, lantaklah mereka jika mahu mengamalkannya, yang penting kelima-lima perkara di atas harus dihumban terus! Jeng..jeng..jeng..

Isnin, 2 November 2009

Penyanyi Karaoke Yang Bikin Kepala Gua Sakit


Semalam bersamaan 1 Novembar 2009 aku menghadirkan diri kenduri kahwin kawan aku. Kawan dari kecil lagi. Untuk pengetahuan kamu, aku memang kurang gemar pergi ke majlis perkahwinan orang Melayu. Boleh baca di sini (Klik) sebab-musababnya. Aku pergi pun kerana desakan orang tua aku dan memandangkan si pengantin adalah kawan aku dari kecil. Itu saja dorongan untuk aku menghadirkan diri - selain MAKAN!

Seperti tipikal mana-mana majlis kahwin Melayu, upacara karaoke mesti ada dan wajib sangat-sangat. Aku pun hairan kenapa dan apa relevannya karaoke di majlis perkahwinan orang Melayu. Dan lagu-lagu yang di nyanyikan pun seperti biasalah, lagu-lagu melayu melankolik ratapan pilu cinta tergolek oleh si jantan gagal. Maka mendayu-dayulah si tukang penyanyi karaoke mendendangkan lagu-lagu pilu tersebut. Apa yang lebih menyeramkan, semua suara mereka langsung tidak sedap. Pilihan lagu dan suara si penyanyi - kedua-duanya gabungan yang seram. Sama seramnya seperti mendengar BIK MAMA bersurah tentang orang Malaysia seharusnya berjoging untuk mengelakkan Obesiti. Bunyi kaca bergesel dengan besi lebih nikmat bagi aku dari mendengar suara mereka.

Baiklah, kita lupakan sekejap si "penyumbang lagu" tersebut seketika. Apa yang lebih menghairankan aku di majlis perkahwinan tadi ialah para tetamunya. Ketika si penyanyi karaoke sedang sibuk "menyumbangkan" lagu-lagu Melayu ratapan pilu, para tetamu kelihatan biasa sahaja. Seolah-oleh seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka tertanya-tanyalah aku sendiri - "Pekakkah mereka ini semua?" Atau aku seorang sahaja yang waras atau peka tentang gangguan bunyi sumbang oleh si penyanyi karaoke yang mempunyai keyakinan diri yang terlalu ekstrem? Aku dan kawan-kawan aku sahaja yang sangat terganggu dari segi fizikal dan mental apabila mendengar lagu-lagu karaoke yang didendangkan oleh penyanyi bersuara sumbang itu. Tidak senang betul aku ketika makan!

Bagi aku kedaaan ini sangat mengecewakan. Sangat kecewa apabila inilah gambaran sebenar kebanyakkan masyarakat Malaysia yang mempunyai citarasa rendah atau tiada sensitiviti terhadap nilai seni. Bagi mereka suara sumbang dan dendangan lagu-lagu sedih yang langsung tidak mempunyai kualiti bukanlah perkara yang besar. Ini semua dianggap remeh oleh mereka. Keadaan begitu adalah "normal" bagi mereka apabila mendengar hasil seni bertaraf longkang dan picisan. Bukan aku mengharapkan mereka supaya mendengdangkan lagu-lagu Jazz atau Fusion untuk menampakkan betapa mereka tahu menghargai nilai muzik sebenar. Aku tidak mengharapkan perkara tersebut terjadi (kalau jadi lagu bagus). Keadaan di majlis perkahwinan itu adalah sebahagian contoh kecil masyarakat kita yang kurang atau tiada langsung citarasa seni. Kita lihat apa yang dihidangkan oleh media di negara ini. Kita lihat rancangan-rancangan realiti yang sangat tidak ada kualiti dan sekadar mengharapkan rating yang tinggi dari khalayak oleh stesen televisyen yang menyiarkan rancangan tersebut. Kualiti - belakang kira! Rancangan-rancangan realiti bodoh seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, Jangan Lupa Lirik dan tah apa-apa lagi rancangan realiti merepek ini diraikan dengan bersungguh-sungguh oleh masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu. Mereka dididik melihat dan mendengar seni dan hiburan murahan. Apabila dididik sebegitu, maka kesannya terjadilah seperti kes di majlis perkahwinan kawan aku itu tadi. Mendengar seni murahan adalah NORMAL! Ini adalah sesuatu yang tidak sihat untuk sesebuah masyarakat. Itu baru muzik, belum cerita yang lain lagi seperti filem, hasil tulisan dan sebagainya. Berapa banyak dari kita yang membaca buku ilmiah dalam setahun berbanding membaca novel popular atau majalah hiburan? Berapa banyak dari kita menonton dokumentari di televisyen berbanding menonton rancangan realiti tempatan? (Rancangan realiti luar negara ada yang bagus, tapi tidaklah kesemunya. Rancangan realiti tempatan langsung tiada yang bagus). Berapa banyak dari kita yang boleh menilai filem apa yang bagus atau tidak? Berapa banyak dari kita yang mempunyai pemikiran kritis tentang seni? Sekali lagi, aku tidak mengharapkan mereka menonton filem-filem seni atau mendengar lagu-lagu klasikal atau jazz mahupun progresif. Tapi sampai bila masyarakat Malaysia tiada citarasa seni langsung?

Di Malaysia ini kita terlalu banyak kita sangat menyerap hiburan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Ini ada bagus dan tidaknya. Yang bagusnya kita boleh belajar banyak perkara yang elok tentang hiburan mereka iaitu hasil kerja mereka yang sememangnya bagus dan berkualiti - tetapi tdaklah semua. Aku benci sungguh dengan Rihanna dan banyak lagi penyanyi-penyanyi mereka yang sebenarnya tidak boleh menyanyi dengan bagus pun! Yang tidak bagusnya pula apabila kita resap semua elemen hiburan mereka tanpa mengira releven atau tidak elemen itu di negara Malaysia. Seperti contoh kita ada rancangan gossip murahan Cit Cat bersama Azwan Ali dan Melodi. Konon-kononnya mahu tiru rancangan gossip E! dari Amerika. Langsung tak relevan kan? Layakkah artis-artis kita di gossip dengan begitu hebat? Apa hasil kerja atau bakat mereka yang hebat sangat sehingga kehidupan peribadi artis kita sibuk hendak digossipkan? Keadaan berbeza dengan rancangan E dari Amerika. Artis-artis yang di gossip mereka kebanyakannya(tetapi bukan semua) berbakat besar seperti Brat Pitt,Tom Cruse, Whitney Houston, Mariah Carey dan Angelina Jolie. Apabila penyerapan hiburan dari negara maju seperti Amerika ini dimasukkan dalam rancangan hiburan tempatan tanpa mengira relevan atau tidak dengan keadaan industri hiburan tempatan, nampaklah betapa buruknya rancangan tersebut. Originaliti? Lagilah tiada! Dan apabila masyarakat telah terbiasa dengan hiburan sebegitu, maka makin tiada citarasa langsunglah masyarakat Malaysia terhadap seni, termasuk juga semua cabang seni. Jadi disini persoalannya, tanggungjawab siapakah untuk mendidik masyarakat mempunyai citarasa yang bagus terhadap seni di Malaysia yang mempunyai Perdana Menteri yang dok heboh pasal One Malaysia ini? Penggiat seni? Stesen televisyen? Atau masyarakat itu sendiri yang mahu atau tidak mengubah mentaliti citarasa mereka terhadap seni? Fikirkan..

Aku cuma mengharapkan mereka tahu seni itu bagus atau tidak sahaja. Aku cuma mahu kebanyakkan masyarakat Melayu khususnya yang tidak ada pendidikan formal dalam bidang seni sekurang-kurang tahu membezakan suara sedap dan sumbang. Tahu membezakan lagu melankolik yang kedengaran "pandai" atau lagu melaknolik mendayu-dayu tanpa sebarang makna. Aku mahu mereka semua tahu membezakan filem yang mana bagus dari segi tema dan persoalannya atau filem cinta bodoh yang klise atau sekurang-kurangnya mereka boleh membaca novel-novel dari penulis besar dari sibuk membaca majalah Mangga. Sekurang-kurangnya masyarakat Malaysia mempunyai "taste" sedikit tinggi terhadap hasil seni, bukan meraikan seni tanpa apa-apa penilaian.

Alangkah bagusnya nanti, apabila ada budak muda atau mak cik tua terdengar suara sumbang dari penyanyi karaoke di majlis perkahwinan, dia akan berteriak - "HOI!!! DIAMLAH! SUARA DAN LAGU YANG KAU NYANYI TU TAK SEDAP LANGSUNG! BERHENTI MENYANYI ATAU AKU SUMBAT MIC TU DALAM MULUT KAU!"

atau

"Kau suka filem Nana Tanjung? Eee..betul takde taste lah kau ni"

Hahahaha...;)