
Tayangan Filem "Johnny Bikin Filem"
| Start Time: | Thursday, April 1, 2010 at 8:00pm |
| End Time: | Friday, April 2, 2010 at 12:00am |
| Location: | Universiti Malaya |
Sinopsis : Filem ini memaparkan kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster yang berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai oleh kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.
*Al-Fatihah buat Allahyarham Anuar Nor Arai (Dr. Anuar Nor Arai), pengarah filem Johnny Bikin Filem yang sudah pergi meninggalkan kita. Moga rohnya dicucuri rahmat.*
Berbalik kepada karya pertama dan terakhir arahannya, Johnny Bikin Filem, filem berdurasi 5 jam ini merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem arahan Dr. Anuar Nor Arai ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya. Di barisi oleh Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai.
Tayangan ini diwajibkan kepada pelajar ijazah yang mengambil subjek 'Sejarah Filem Melayu' dibawah pensyarah En. Hamsan Mohamad.
Bayaran dikenakan(oleh pihak UM) : Rm 5
Sebarang masalah sila hubungi Ustaz Ya @ Hafdzi Rashid
- Jumpa di sana ;)
4 comments:
rugi rasanya tak dpt nak menghadirkan diri..!
aku pernah tgk masa 1st semester kat ask..tp time tu blur banget!
aku dapat tau ni pun ada org tag aku poster film ni dlm facebook, ok la kau pernah tgk, aku ni esok kali pertama. bila lagi nak tgk kan?
time aku tgk dulu arwah ada sama..terasa mata ni masih nampak kelibat dia melihat skrin di DKU sambil melihat respon khalayak....
aku nak sgt tgk lagi!!!
Afna, aku dah tgk td di um, tapi sayang, aku tgk yg durasinya dua jam saja..aku jumpa r chong, dia kata pukul 2 ptg hingga 8 malam ditayangkan durasi asalnya - 5 jam! ruginya aku!!!
Catat Ulasan