Perhatikan imej di atas dengan teliti. Fokuskan mata kamu pada bahagian tengah objek. Sudah? Bagaimana? Sasau tak? Untuk mereka yang tidak mengambil ganja seperti aku, bolehlah kamu sasau dengan imej ini. Jika kamu sasau dengan memerhatikan imej di atas, dijamin urine test tidak sangkut! Hahaha. Tak perlu modal pun untuk sasau.Aku tidak suka stim ganja sebab bila sudah stim, aku akan jadi paranoid. Dan satu hal yang aku tak gemar mengenai ganja ialah ganja boleh membawa kita ke penjara. Memang tak best!
- Untuk perisa tambahan, sila dengar lagu-lagu dari John Coltrane ketika memerhati imej di atas, dijamin boleh muntah. Dengar lagu Bob Marley, Pink Floyd atau tekno jinjang ketika stim sudah tidak cool.
Ohh! Aku kempunan air tapai dari Sarawak ini hari. Hmmmm...
2 comments:
Best jgk sesekali sasau. he3
hahaha..sasau kan?
Catat Ulasan