Selasa, 27 April 2010

Siri Berdialog Dengan Penanam Anggur

Enak dinikmati dalam bentuk buah mahupun air peraman




Kamu pernah menganggur? Sedang mengaggur? Baru diberhentikan atau dibuang kerja? Keadaan ini pasti membuatkan diri kamu kurang selesa serta menyampah bila ada orang, kawan dan sepupu atau saudara-mara yang bertanyakan pada kamu soalan ini :-

“Kau kerja apa sekarang?”

Sungguh menjengkelkan bukan? Ini adalah soalan yang paling benci untuk dijawab bagi mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan. Bukan salah soalan ini diajukan pada seseorang yang menganggur, tapi soalan ini kadangkalanya berniat busuk. Sebusuk tahi pusat. Bagaimana aku kata soalan ini kadangkalanya berniat busuk? Dari apa yang sering aku perhatikan, sikap masyarakat kebanyakkan di Malaysia ini, malah di dunia sekalipun, sering menilai seseorang manusia berdasarkan pekerjaaannya. Jika kita memberitahu mereka bahawa kerja kita adalah sebagai seorang pencuci tandas umpamanya, maka tidak sedikit atau banyak ,secara automatiknya mereka mula menilai kemampuan kita dari segi sara hidup, intelek, sosial, citarasa dan sebagainya. Pendek kata mereka-mereka ini mula menilai kita dari segi aspek kasta. Kasta ini suda tentunya dinilai dengan tahap seseorang itu – miskin,golongan pertengahan dan kaya. Itu baru soalan yang mempunyai niat busuk ini dajukan pada mereka yang mempunyai pekerjaan yang “tidak seberapa”, bayangkan soalan yang sama diajukan pada seorang penganggur. Sudah tentu mereka ini menilai seorang penganggur sebagai sampah terus!

Kasihan sungguh manusia dinilai sebegitu rupa. Bukan dinilai melalui kebaikan yang mereka buat di dunia ini.

Aku juga sama sekali tidak faham kenapa soalan ini perlu diajukan pada seseorang yang sudah lama tidak berjumpa. Paling mengahirankan, kadangkala soalan ini dikemukakan pada seseorang yang tidaklah rapat manapun atau bukanlah seseorang yang bersahabat baik dengan kita yang kita kenal luar dalamnya bagaimana. Pelik sungguh! Umpamanya aku sendiri pernah ditanya dengan soalan ini oleh seorang bapa saudara yang jarang-jarang sekali bertemu. Aku dan bapa saudara ini langsung tidak rapat. Pada satu hari ketika aku sedang lepak-lepak bersama kawan-kawan berbaju hitam dan berambut panjang diluar sebuah bangunan sementara menunggu berlangsungnya sebuah gig, lalulah bapa saudara aku ini. Bapa saudara ini memandang “pelik” pada aku. Diperhatikannya aku atas bawah. Mungkin dia berasa pelik dengan penampilan aku sekarang – berambut panjang, berjanggut-berjambang dan berbaju hitam, pendek kata penampilan aku ini bukanlah penampilan seorang anak muda yang layak untuk mengahwini seorang anak imam yang cukup chun! Hahahaha. Setelah bersalam dan mencuim tangannya (ini bukan cuim tangan mengampu serperti P.Kamalnathan mencuim tangan Muhiyidin Kasim ya!) dengan tidak semena-mena, “ditumbuk”nya aku dengan soalan :-

“Kau kerja apa sekarang?”
Wah! Tidak ada soalan lainkah? Dengan kemalu-maluan aku menjawab aku menganggur. Seperti aku katakan tadi, memang tidak salah solalan ini diajukan, Cuma niat yang bertanya itu saja yang kita tidak tahu. Harap-harap bapa saudara aku ini tidak mempunyai nita busuk seperti yang disebutkan tadi. Yang menjadi kehairanan, tidak ada soalan lainkah untuk ditanya oleh mereka yang tidaklah rapat manapun dengan kita? Aku lebih senang dan selesa jika mereka-mereka ini bertanya pada aku :-

“Bagaimana life? Ok?”
"Study ok?”
“Mahu sambung belajar mana selepas ini?”
“Mak ayah sihat?”
“Kekasih hati bagaimana? Chun tak orangnya?”
“Dah layak mengundi dah”?

“Konsert Jamiroquai di Litar Sepang tahun lepas bagaimana? Sound dia sedap tak? Tight tak band tu? Gitaris dia pakai gitar apa? Amp mantap tak?”

“Kau selalu pergi club mana?”
“Band kau dah banyak main gig dah?”
“Pernah makan Lala tak dikedai Cina?”


Enak bukan jika seorang penganggur diajukan soalan-soalan begini?

Baiklah, aku ada terfikirkan sebuah jawapan bagi mereka yang menganggur jika ditanya dengan ayat “Kau kerja apa sekarang?”

Si Penanya : “Kau kerja apa sekarang?”

Penganggur : “Oh! Sejak P Kamalanathan iaitu calon 1 Malaysia yang baru menang bertanding merebut kerusi di Parlimen bagi Hulu Selangor, saya ditawarkan sebuah jawatan iaitu pembantu peribadi pada P Kamalnathan”

Sebelum Si Penanya membuat muka pelik atau meneruskan soalan lain, disarankan Si Penganggur segera mencelah dengan pantasnya.

Si Penganggur : “Gaji saya boleh tahanlah. Lebih kurang campur elaun itu-ini, gedebak-gedebuk dapatlah RM empat juta. Tu belum campur part time jadi cyber trooper UMNO lagi. Yang tu pulak gajinya RM tiga ratus ribu. Kadang-kadang kalau hari cuti, saya kerja update website Perkasa pula. Ha! Yang ni gaji dia paling sikit, Rm lima puluh ribu je! Kedekut betullah Si Ibrahim Ali tu!

Si Penanya : Errrkk..aaa..

Disarankan Si Penganggur mencelah lagi tanpa memberi kesempatan pada Si Penanya bertanyakan lagi soalan.

Si Penganggur : “Tapi, tulah! Saya ni walaupun gaji masyuk gila babi punya, saya ni low profile. Saya tak suka menunjuk-nunjuk macam usahawan MLM tu semua! Tayang kereta mewahlah, rumah besarlah,bini besarlah. Taaak! Saya tak macam tu. Saya duduk rumah sewa kecik je dekat Sentul. Tinggal pun berhimpit-himpit dengan kawan-kawan yang lain. Dahlah mereka tu semuanya busuk! Tapi takpalah, saya biasa dah bau keringat buruh ni! Pakai kereta pun kereta cabuk je. Kereta Kancil second hand. Baju dan seluar pun buruk-buruk je. Saya beli yang bundle punya. Tak mainlah Polo tu semua! Tu semua membazir je. Rokok pun saya hisap rokok seludup tau! Jenama Zon King..murah je..tiga hengget sekotak! Mana main hisap rokok Marlboro! Bukan apa, saya ni berjiwa rakyat. Jadi, walaupun dah kaya, saya tetap mahu hidup macam rakyat biasa”

Selepas jawapan ini, aku berani jamin, nescaya Si Penanya akan berpura-pura meminta diri untuk beredar dengan kadar segera yang mungkin.

Nota Siku Kanan –

Jawapan diatas tidak digalakkan sama sekali untuk digunapakai pada individu-individu yang betul-betul rapat , mesra dan kenal dengan kamu luar dan dalam. Tidak digalakkan juga jawapan di atas digunapakai pada individu-individu yang mempunyai potensi besar untuk memberi kamu peluang pekerjaan. Lihat dan perhati individu-individu yang berpotensi ini betul-betul.

Nota Siku Kiri –

Semasa menggunapakai jawapan di atas, untuk kesan yang lebih maksima, Si Penganggur hendaklah menjawab dengan menggunakan intonasi yang paling sinikal atau paling menjengkelkan.

Sekian, terima kasih.

5 comments:

[N] Lady Of Sorrow berkata...

Gila sokong!
Hahahaha...
Ni terbaek la dr ko, pool.
Aku pun tak paham kenapa orang2 harus dinilai berdasarkan pekerjaan mereka. Padahal, walaupun kerja tu kedengaran sengkek, tp jasanya tak sengkek.
Kalu tak de pengutip sampah dan pencuci tandas...
Tak ke kita semua ni hidup dan kekotoran dan kebusukan!
Tolong la buka mata wahai rakyat Malaysia....
Sakit pulak hati aku!
Huhuhu...

PARAOK berkata...

Rilkes Anne,
tapi ni memang hakikat kebanyakkn warga bumi ni, dipandang dengan kasta, bukan kebaikan yg dibuat. Paling sedih bila ada juga orang-orang biasa ini menghina orang-orang biasa. kau tgklah perangai org malaysia di kedai makan, panggil pelayan kedai buat bunyi tikus - ni paling aku benci sekali dgr! pelayan kedai bukan haiwan, pelanggan kedai manusia! kalau nak cerita byklah lagi perangai bongok warga malaysia ni...

orang biasa pandang hina org biasa..aristokrat dan org kaya memang tepuk tanganlah, sebab mereka yg kaya ni lagi pandang org biasa macam sampah!

ehh..aku pulak yg marah ni..

Ain Qaseh berkata...

saya sokong siku kiri....yeahhh!
saya kerja ambik tau hal org je...boleh tak agaknya??? haha!

[N] Lady Of Sorrow berkata...

Pool,
Mahatma Gandhi semasa hayatnya pernah mengatakan ini:
"Nilailah kemanusian manusia melalui lakunya dan bagaimana dia memperlakukan orang bawahnya."
Kesimpulannya,
Orang biadap yang memanggil orang seperti menyiul binatang,
Hilanglah sifat manusianya...
Sekian. (^_~)

ashie ridzuan berkata...

Ahahaha! bagus2! post yg amat menarik dan ini mmg fakta! haha!

Satu soalan yg stereotaip oleh manusia berkerjaya kpd si penganggur.. langkah2 tu cukop untuk membuatkan si penanya terkincit buih.. hahaha!

syabas epool! post yg sgt menarik. hehehe!