(April 8, 1972 – May 24, 2010)
Terima kasih kerana menghiburkan kami warga dunia dengan muzik Metal kamu.
Slipknot adalah salah satu band metal pujaan aku ketika aku tingkatan tiga. Aku tahu mengenai kewujudan band ini melalui ruangan ulasan album dari majalah ROTTW. Oleh kerana ulasan album Slipknot dalam majalah tersebut sangat memberansangkan, tanpa berfikir banyak aku terus mengumpul duit sekolah untuk membeli kaset kumpulan ini. Setelah memiliki album pertama band ini, aku terus meminati Slipknot. Ketika itu pula di sekolah aku, rakan-rakan sebaya aku semunya gilakan band-band Nu Metal seperti Limp Bizkit, Korn dan Linkin Park(Aku benci gila Linkin Park!)
Pada masa tu aku seorang sahaja di dalam sekolah tersebut yang meminati Slipknot. Aku cuba juga memperkenalkan dan menyuruh mereka mendengar band ini pada kawan-kawan aku yang lain, tapi sayangnya mereka tidak dapat menerima muzik Slipknot yang terlalu keras bagi mereka. Ini semua cerita masa aku di tingkatan tiga pada tahun dua ribu. Alamak kantoi! Hahahah! Selepas album pertama Slipknot(self titled), aku dengar pula album kedua kugiran ini - IOWA.
Ternyata album ini lebih keras berbanding album pertama mereka. Selepas IOWA aku tidak langsung mengikuti perkembangan Slipknot. Aku lebih menjurus pada kumpulan metal yang lebih keras seprti Children Of Bodom, Destruction, Dimmu Borgir dan bersepah-sepah lagi band dari eropah.
Tiba-tiba semalam, seorang rakan beritahu aku bahawa bassis band yang pernah menjadi kegilaan aku satu ketika dulu mati. Walaupun aku bukannya peminat band Slipknot lagi, takziah aku ucapkan pada semua warga dunia yang pernah dan masih memintai Slipknot.

Tuhan merahmati Paul Dedrick Gray!!!
-Mula-mula DIO(Dio meninggal aku menangis beb!), lepas tu Paul Gray, selepas ini rock star mana pula ye? Yang oldtimer-oldtimer metal semuanya dah tua macam Iron Maiden, Judas Priest dan King Diamond. Macam kata kawan aku masa kitorang tengah borak-borak beberapa hari selepas DIO mati, "tolonglah jangan mati dulu, aku nak tengok korang main live depan mata aku dulu!"

1 comments:
R.I.P Paul Dedrick Gray
Catat Ulasan