Bayangkan kamu tidak pernah keluar rumah selama 35 tahun. Kamu tidak mengetahui apa yang ada dan berlaku di dunia luar. Inilah apa yang dilalui oleh Bubby. Sehingga berumur 35 tahun, dia tidak tahu apa-apa tentang dunia luar. Bubby hanya duduk di rumah buruk dan sempit bersama ibunya yang "kununnya kuat agama". Percakapannya juga agak terhad kerana dia berbicara dengan ibunya sahaja dan mengulangi percakapan ibunya yang dia sendiri tidak memahaminya. Ibu Bubby mengatakan pada anaknya bahawa di dunia luar dipenuhi dengan gas beracun dan oleh sebab itu dia melarang Bubby keluar dari rumah. Pada satu hari, bapa Bubby yang meninggalkannya 35 tahun dahulu kembali ke rumah. Di sinilah bermulanya "pengembaraan dan penerokaan" Bubby terhadap duinia luar. Dia dihalau oleh kedua ibu bapanya.
Kalau nak tahu pengembaraan dan apa yang diteroka oleh Bubby, sila tonton filem Bad Boy Bubby. Serius, mula-mula aku tonton filem ni, aku rasa ini filem sangat "sick". Tapi setelah menonton filem Australia yang bergenrekan Black Comedy arahan Roilf de Heer ini, aku mula bersimpati pada Bubby. Malah bukan bersimpati sahaja, aku turut menyanjungi Bubby kerana sifat kemanusiaannya pada kanak-kanak cacat dan mencintai jururawat gemuk bernama Angel walaupun Bubby telah ditoture teruk oleh ibunya dan tidak memliki moral.
Kalau nak tonton filem ni, boleh saja tonton di youtube. Semuanya lengkap. Kalau di kedai DVD "ah beng", aku rasa mungkin susah sikit nak dapat filem ni. Selamat menonton ;)
epoolrazak: #nw Scarface
7 beberapa jam yang lalu

2 comments:
watched it on youtube lah pool.sign up dgn youtube semata2 utk menonton.im impressed :)
hahahah..best kan?
"Be still cat!"
Catat Ulasan