Jumaat, 23 Julai 2010

Mukabuku kadang-kadang memang menyeramkan


Kadang-kadang melihat people you may know, friend suggestions, recomended page, status dan pelbagai lagi di mukabuku memang menyeramkan. Kadang-kadang ada yang namanya susah benar hendak disebut, ada yang gambarnya menggayakan muncung mulut yang sangat unggul, ada yang gambarnya diambil sendiri menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera(biasanya gambar diambil dari sisi atas dan depan, juga wajib buat muka secomel yang boleh) ada yang menyarankan supaya aku menyertai group-group atau page yang bukan-bukan seperti 1 Malaysia, Barisan Nasional dan Siti Nurhaliza. Ada juga yang tak henti-henti menyuruh aku menyertai page band muzik yang aku tak suka. Pergaduhan antara pasangan pun ada juga di facebook(dibuat melalui ruangan satus).

Mukabuku kadang-kadang memang menyeramkan.

Aku tunggu bila ada kawan di mukabuku suruh aku menyertai group atau fan Perkasa, Ibrahim Ali, Najib Razak, Rosmah Mansor, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairy Jamaludin, Pekida, Ridhuan Tee Abdullah, Zulkifli Noordin, PEWARIS dan GPMS. Hah! Memang tak boleh blah bai! Hahaha.

- Oh! kalau suka menggedik dengan status facebook seperti - "Ngantoknyewww..nak titon la sekarunk, bye-bye guys" disarankan buat di laman twitter, macam aku. Hahahaha.

Tweet..twettt! Tweet..tweet! Tweet..tweet!

5 comments:

[N] Lady Of Sorrow berkata...

aduh!
entri ko, pool...

Graxie berkata...

http://www.facebook.com/press/info.php?statistics

user dekat 500m..macam2 orang ada

PARAOK berkata...

kenapa anne? aku saja je ulas apa yg ada dlm facebook..dr pemerhatian la..hehe ;)

nazi,
cuak!

Yorke Kun berkata...

"nak titon la sekarunk"??..status gedik la yg ak plg xbleh blah..serius!haha

PARAOK berkata...

yorke kun,

"commnet my pics k? cumil x sayerr? u olzzss..nak iwkut tak i pegi makan cupcake? ahahahakss"

amacam? hahaha..selamat singgah blog aku