Jumaat, 6 Ogos 2010

Takziah dan Tahniah serta Pemberitahuan Terakhir

Naked Butterfly

Oz yang tengah duduk


Takziah pada semua peminat muzik "alternatif" di Malaysia. Gitaris kumpulan Naked Butterfly iaitu Firdaus Yusoff @ Oz telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2 petang 5 Ogos 2010 di Hospital Sungai Buloh akibat sakit paru-paru. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


"Ketawalah sebelum permit diwajibkan untuk ketawa kah kah kah" - tukartiub

Tahniah pada tukartiub kerana telah 2 tahun mewujudkan blog politik paling cool di Malaysia. Selamat harijadi tukartiub. Terima kasih kerana memberi pencerahan minda.

- Sumber berita dari sini dan sini.


Oh! Pemberitahuan terakhir. Kepada peminat muzik keras, jika ada kelapangan silalah menghadirkan diri. Gua punya band pun beraksi dalam gig ni. Ini gig terakhir sebelum bulan puasa. Datanglah merayakan kemudaan!


Tajuk Gig - War Campaign Againt Zionist Volume 2

Tarikh - 08.08.2010

Masa - 03.00 p.m. sampai lebam tengkuk

Tempat - Equal Studio, Kajang (klik)

Bayaran Masuk - RM 10.00. (Barang siapa yang masuk tak bayar akan dihukum- Kena peluk Ibrahim Ali)

Kugiran -


Invectius

Realize

Massacre Conspiracy

Burnout

Sneakey Sniper

Clowns And Conspiracies

PunahRanah

A Lot Like Death

Bloody Anatomies

- Klik poster dan tempat untuk informasi yang lebih jelas.

0 comments: