Selasa, 21 September 2010

Lelaki dengan trompet

Sebenarnya agak berat untuk mengeluarkan "fatwa"(memandangkan negara ini alim ulamaknya gemar benar mengeluarkan fatwa) hari ini. Tapi , aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku harus jujur dengan diri sendiri. Maka dengan hari ini, di dalam blog ini, sambil menyedut rokok seludup aku berfatwa bahawa tahkta peniup trompet nombor wahid dan paling unggul dalam senarai pemuzik kesukaan aku ialah Miles Davis. Dizzy Gillespie turun ke takhta nombor dua. Maaf Dizzy ;P . Miles memang seorang genius. Nabi Jazz. Dan aku rasa selepas mendengar muzik Miles,(selepas era Swing dan Bop, zaman di mana Miles tidak memakai kod dan mula berfesyen avant garde - kerana Betty Davis juga semestinya!) aku telah menemui puncak muzik yang aku cari selama ini. Memang banyak pemuzik dan pelbagai genre di dalam dunia ini. Memang banyak pemuzik-pemuzik "gila" dari Mahavishnu Orchestra, YES, ELP hinggalah ke John Zorn dan Liquid Tension Experiment. Memang ada banyak lagi nabi-nabi jazz yang memberi sumbangan besar terhadap muzik jazz modern seperti Coltrane, Dizzy, Charlie Parker, Freddie Hubbard, Chick Corea dsbnya, tapi karya-karya Miles adalah paling agung bagi aku dalam dunia muzik. Ini bukan sahaja kerana beliau seorang nabi jazz , tapi menyumbangkan sesuatu yang tak ternilai dalam dunia seni.

Man With The Horn!



“Don't play what's there, play what's not there.” - Miles Davis

- Untuk sesiapa yang tidak mengenali Dizzy Gillespie, gambar blog ini ialah gambar beliau.

0 comments: