Selasa, 26 Januari 2010

Pendekartudungsajiyanglangsungtidaksama

pendekartudongsajidenganbukuberbintang


bukanpendekartudongsajitanpabukuberbintang

Ahad, 24 Januari 2010

Pipikatakkembungkembartaksama

pipikatakkembungbesarhitam


pipikatakkembungkecilcoklat


Rabu, 20 Januari 2010

Dr Anuar Nor Arai Dalam Kenangan

Dr Anuar Nor Arai dalam kenangan

Berita selanjutnya boleh baca di sini.

Selasa, 12 Januari 2010

Renegades Of Funk



"Renegades Of Funk -Rage Againts The Machine"

No matter how hard you try, you can't stop us now
No matter how hard you try, you can't stop us now

We're the renegades of this atomic age
This atomic age of renegades
Renegades of this atomic age
This atomic age of renegades

Since the Prehistoric ages and the days of ancient Greece
Right down through the Middle Ages
Planet earth kept going through changes
And then no renaissance came, and times continued to change
Nothing stayed the same, but there were always renegades
Like Chief Sitting Bull, Tom Paine
Dr. Martin Luther King, Malcom X
They were renegades of their time and age
So many renegades

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

From a different solar system many many galaxies away
We are the force of another creation
A new musical revelation
And we're on this musical mission to help the others listen
And groove from land to land singin' electronic chants like
Zulu nation
Revelations
Destroy our nations
Destroy our nations

Now renegades are the people with their own philosophies
They change the course of history
Everyday people like you and me
We're the renegades we're the people
With our own philosophies
We change the course of history
Everyday people like you and me
C'mon
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin', puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
'Cause we're poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

We're teachers of the funk
And not of empty popping
We're blessed with the force and the sight of electronics
With the bass, and the treble the horns and our vocals
'Cause everytime I pop into the beat we get fresh

There was a time when our music
Was something called the Bay Street beat
People would gather from all around
To get down to the big sound
You had to be a renegade in those days
To take a man to the dance floor

Say jam sucker (jam)
Say jam sucker (jam)
Say groove sucker (groove)
Say groove sucker (groove)
Say dance sucker (dance)
Say dance sucker (dance)
Now move sucker (move)
Now move sucker (move)
[x2]

-Lagu asal dari kumpulan Afrika Bambata

Ahad, 10 Januari 2010



Aku ke Pekan Frinjan semalam. Banyak orang. Paling bagus yang datang banyak budak muda. Band-band yang perform pun semua ok. Carburator Dung dan Tilu paling best! Carburator Dung mendendangkan lagu-lagu mereka dalam bentuk akustik, walaupun tanpa bunyi gitar distortion dan beat drum yang laju tapi - MASIH MARAH! MASIH REBEL! MASIH KIRI! Tabik untuk Carburator Dung. Band Tilu membawa sedikit kelainan dalam banyak-banyak band yang ada semalam. Genre muzik fusion dan jazz mereka berjaya memikat penonton dan kepala aku yang mempunyai rambut besar ni tak habus-habis bergoyang seiring muzik mereka. Groove! Bila mendengar Tilu aku terbayangkan Jamiroquai dan Parkdrive(Indonesia). Mungkin ini adalah pengaruh band Tilu.(Hanya pendapat aku sahaja).

Buku-buku "kiri", politik, novel, sajak banyak dijual di situ. Aku hanya mampu melihat-lihat dan membaca sinopsis buku sahaja. Mahu beli buku duit tiada la beb! Baju-baju pun banyak yang cun. Paling aku geram bila melihat baju Janis Joplin yang dijual di booth ricecooker@Carburator Dung! RM 25.00 sahaja! Dan aku tiada duit mahu beli! Damn! Oleh kerana tema Pekan Frinjan kali ini ialah "MENOLAK RASISME" maka banyaklah baju dari NGO Saya Anak Bangsa Malaysia dijual. Laku beb! Oh ya, aku menolong seorang rakan menjual baju NGO Saya Anak Bangsa Malaysia. Penyajak pun banyak tadi, ada yang diringi pemuzik dan ada yang berseorangan tanpa iringan muzik ketika membaca sajak.

Gadis-gadis yang datang pun banyak yang chun-melechun walaupun hujan renyai-renyai. Tapi mampu tengok sajalah. "Rock Star" juga banyak yang hadir antaranya Pyan Habib. Hahaha..Bagus, event beginilah yang budak muda suka. Tahniah geng-geng Pekan Frinjan. Anda memberi satu lagi ruang untuk sesiapa saja untuk bersuara dan mempersembahkan karya mereka.

Sabtu, 9 Januari 2010

Jelik

Susah sangatkah kaum majoriti untuk hidup harmoni bersama-sama orang lain di Malaysia ni? Suci sangatkah menjadi majoriti ni? Mestikah kalau menjadi majoriti, merasakan diri mereka majoriti dan dilahirkan sebagai majoriti mereka boleh sesuka hati untuk memijak dan menafikan KEMANUSIAAN yang patut juga dirasai minoriti? Bukankah kalau kita toreh kulit kita sama saja warna darahnya? Bukankah kalau bersenggama yang dilahirkan itu manusia juga? Bukankah kalau kita dibogelkan sama saja fitrahnya walaupun berlain bentuk dan rupa? Bukankah kalau kita mati nanti hanya sekujur tubuh saja yang dimamah tanah atau api? Warna kulit hanya salah satu keindahan Sang Mahadaya. Itu salah satu cara Dia menunjukkan kekuasaannya. Kenapa kita mesti bergaduh? Menafikan tempat ibadah orang lain? Seolah-olah tempat ibadah minoriti ini tidak layak dan harus dinafikan untuk bumi di Malaysia?

Semakin takut aku lihat perangai jelik majoriti!

Dan bila aku berkata begini, aku dituduh pengkhianat bangsa dan agama! Ah! ceteknya akal mereka! Masih dibuai mimpi-mimpi enak yang digebangkan majoriti mengenai hak-hak istimewa dan kedaulatan dan keramat bangsa majoriti. Tapi bila untuk duit dan keuntungan mereka sanggup pula berkompromi dengan minoriti semata-mata untuk memenuhkan tembolok sendiri dan kroni-kroni.

Selasa, 5 Januari 2010

Berita Bodoh Besi Hitam


Hahaha, aku mendengar muzik metal sejak dari tingkatan dua lagi. Pelbagai genre muzik metal aku dengar. Heavy Metal, Black Metal, Death Metal, Speed Metal, Thrash Metal dan Progressive Metal. Begitu juga genre jenis muzk keras yang lain seperti Hardcore dan Grindcore. Selama aku dengar muzik keras, inilah kali pertama aku dengar zikir 666(klik) untuk pengikut ajaran Black Metal.

Pengikut? Ajaran? Ini betul-betul lawak bodoh ni. Lebih bodoh dari lawak Nana Tanjung dan Raja Lawak. Abdul Razak Mohaideen dan peserta Raja Lawak boleh ambil formula lawak bodoh begini untuk berkarya.

Tolonglah harian Metro. Betul cakap Hishamudin Rais - "KALAU BODOH TOLONG SIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI, JANGAN KONGSI DENGAN ORANG LAIN"

Teringat pula pada tahun 2001, wanita kental tepu si Rafidah Aziz pun sudah pandai sebut perkataan Black Metal. Bukan Black Metal saja, dia sebut juga Pink Metal, Red Metal, Pak Cik Paku danPak Cik Hammer pun dia sebut. Siapa Pakcik Hammer dan Pakcik Paku ni? Apa dia Pink Metal dan Red Metal ni? Kalau Pink Floyd dan Red Army aku pernah dengar la. Mungkin ini genre baru dalam muzik metal yang diasaskan oleh Pakcik Paku dan Pakcik hammer. Kalau ada band Black Metal dari Finlad atau Norway singgah di Malaysia ni, ingin juga aku memperkenalkan mereka pada Pakcik Paku dan Pakcik Hammer ni. Biar Pakcik Paku dan Pakcik Hammer ni suruh band Black Metal tersebut menukar genre muzik mereka. Mungkin dengan menukar genre muzik Black Metal ke Pink atau Red metal ini akan membolehkan kumpulan meraka masuk rancanangan Macam-Macam Aznil atau Chit Chat Azwan Ali. Mungkin juga mereka layak untuk masuk Akademi Fantasi.

Tahniah Harian Metro! Pembukaan berita untuk awal 2010 memang mantap! Tahniah kerana berkongsi kebodohan dengan rakyat. Tahniah juga kepada rakyat yang percaya berita anda. Tahniah pada anak muda yang percaya cerita sampah begini. Mungkin anak muda begini tak kenal internet, youtube, google, wikipedia dan palbagai lagi bahan bacaan dan tontonan alternatif. Kalau orang tua aku tak hairan mereka percaya berita merapu begini, kerana mereka golongan yang memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi akal dan fikrahnya disebabkan proses pembodohan berpuluh-puluh tahun oleh *M*O. Zaman muda mereka mereka hanya tahu pop yeh-yeh dan menghisap ganja sahaja kerana internet tiada. Mungkin segelintir saja orang tua yang tidak tertipu oleh berita sampah ini. Tapi kalau ada generasi aku yang percaya berita begini, ini menunjukkan kita boleh masuk rekod dunia.

Nak tahu rekod jenis apa kita boleh buat?

Rekod negara yang paling banyak anak mudanya bodoh! Hahahha.
Oooopss, nak tahu tak? Kenapa keluar berita begini?

Masih ingat arwah Teoh Beng Hock? Tak faham maksud aku? Kalau masih tak faham kamu memang beballah! Ingat tau, kalau bebal jangan kongsi dengan orang lain. Orang lain tak nak jadi bebal.

Eh! Pernah dengar nama Anton LaVey? Anton LaVey tak dengar Black Metal pun, tapi dia Satanist. Rambut dia tak panjang pun, orang tua tu botak tau. Tak tahu boleh tanya Abang Long bernama google. Tapi kalau kamu malas membaca, takpelah. Nanti boleh buat satu lagi rekod dunia lagi. Rekod negara yang paling banyak penduduknya malas membaca dan wartawannya yang paling banyak buat berita sampah. Hahaha.

Lagi artikel(klik) mengenai Black Metal. Aku dah baca lama dah beberapa tahun yang sudah.

Penghukum Lebih Banyak Di Sini


Bila untuk menjadi penghukum dan memalukan seseorang, semua orang bersatu hati tak kisah "kanan" atau "kiri". Kedua-dua pihak tak sabar-sabar untuk menjadi penghukum dan memalukan seseorang. Seolah-olah melihat seseorang dikambinghitamkan dan dimalukan adalah perkara yang seronok. Seolah-olah mereka ini cukup "suci".

Tapi...



Bila untuk kemanusiaan, satu pihak saja yang berani bersuara. Hanya satu pihak yang bersatu hati untuk kemanusiaan. Apa masalah dengan bumi bernama Malaysia ini? Kemanusiaan seolah-olah tak bererti.

Ahad, 3 Januari 2010

Encik Wiki


“Bayangkan sebuah dunia tanpa batasan pengetahuan dan setiap manusia dapat memperolehnya.”

— Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia