Sabtu, 27 Februari 2010

Mari Dengar Bebelan


FORUM : SENI UNTUK REVOLUSI/ REVOSUSI SENI

BILA: AHAD
28hb Februari 2010

JAM BERAPA : 2.00 ptg - 5.00 ptg

TEMPAT :
The Annexe Gallery, Central Market/PASAR SENI Annexe Jalan: Jalan Hang Kasturi Bandar/Pekan: Kuala Lumpur, Malaysia
Lihat Peta

Forum santai ini akan membincangkan bagaimana medium seni boleh menjadi agen perubah dalam masyarakat dan bagaimana seni boleh diletakkan di sisi yang berpengaruh dan digeruni semua?

AHLI PANEL/PELABON/TOK SELAMPIT


Hishamuddin Rais
- NGI/Tukar Tiub Hasmi Hashim - penulis dan ahli politik
Fared Ayam
- penggiat teater
Haekal Taleb
- pemuzik, bekas ahli band Komplot Pengasas Music Forum yang juga aktivis muzik,
Mazir Ibrahim
akan menjadi moderator

AKAN ADA PERSEMBAHAN AKUSTIK DARI:


Nikbindijan
Meor Yusof
Beeha
Liyana Fizi


- Jumpa di sana Ahad ni.

Isnin, 22 Februari 2010

Nantikan


Satu lagi sejarah akan keluar. Nantikan. (klik)
Gambar di curi dari sini

HORNY



Perempuan ini membuatkan aku HORNY. Diana Krall sudah jatuh tempat kedua manakala Alicia Keys jatuh tempat ketiga sekarang. Hiromi Uehara walaupun dia paling dasyat dan seorang Nabi Jazz, tiada dalam ranking horny aku langsung - sebab kurang chun berbanding Mariko Endo. Hahaha!

-Kemaruk sedikit sebab baru terjumpa Esperanza Spalding di internet.

Khamis, 18 Februari 2010

Daki-Daki Kota


Sudah tonton filem ini? Terbaik beb!!!


Hari ini aku membaca sebuah artikel di akhbar (Yang pastinya bukan Harian Metro, Kosmo, Berita Harian dan Utusan). Artikel berkenaan meceritakan perihal nama makanan “haram” yang diberikan satus halal. Aku bukan mahu mengulas mengenai artikel tersebut dan perihal pendapat pengarangnya mengenai isu halal-haram. Apa yang menarik tentang pembukaan artikel tersebut ialah cerita pengalaman pengarangnya yang baru datang ke bandar. Pengarang itu menyatakan bahawa dia “budak suci” dari kampung yang datang ke bandar yang “masih belum dikotori daki-daki kota”.

Aku tidak faham apakah maksud pengarang tersebut melabelkan dirinya “budak suci” dari kampung yang belum di cemari daki-daki kota. . Dalam erti lain, pengarang memaksudkan bandar ialah sebuah tempat yang konon-kononnya tidak bermoral, penuh gejala sosial dan tempat banyak manusia melakukan dosa. Wah! Ini sesuatu yang tidak boleh diterima akal bagi aku.

Persoalannyadi sini, betulkah bandar atau kota sebuah tempat yang begitu? Bagi aku yang lahir, membesar dan banyak memperoleh pengalaman hidup di bandar, persepsi salah begini yang harus diperbetulkan. Bandar bukan tempat “NEGATIF” seperti yang suka dilabelkan oleh kebanyakkan orang kampung seperti pengarang “budak suci”itu. Jika betul bandar tempat dipenuhi daki-daki, kenapa dia datang juga ke bandar? Tidak risaukah dia nanti menjadi “tidak suci”? Jika betul pun bandar tempat negatif dan dipenuhi “daki-daki”, ianya terjadi bukan amgkara penduduk asal bandar sendiri. Bandar terjadi begitu kerana penghijrahan beramai ramai orang kampung ke bandar untuk mencari sumber pendapatan yang lebih baik. Hal ini membuatkan bandar menjadi tempat yang disesaki orang-orang kampung yang cuba menjadi orang bandar dan meneruskan susur-galur generasinya di bandar. Mereka tidak mahu menjadi orang kampung lagi.

Baiklah, penghijrahan dan tidak mahu menjadi orang kampung lagi bukanlah sesuatu yang salah. Jika di tempat asal seseorang itu tidak menjanjikan pendapatan atau sumber rezeki yang lebih baik untuk kehidupannya, maka dia akan mencari jalan untuk mengatasi masalah itu – salah satunya ialah penghijarahan. Dalam proses penghijarahan inilah kota akan dipenuhi oleh manusia yang pelbagai ragam. Akibat penghijrahan inilah manusia yang berhijrah dari kampung akan melakukan pelbagai-bagai pekerjaan untuk mencari nafkah demi melangsungkan hidup sendiri atau keluarga di bandar. Manusia ini pelbagai ragam, ada yang baik dan ada yang jahat. Cabaran hidup di kota memerlukan seseorang itu menjadi kental. Jadi di dalam proses untuk menjadi kental dan berhati waja inilah yang akan menguji sejauh manakah kemanusiaan dan kebaikan seseorang. Siapa yantg kalah akan terjerumus ke arah kegelapan. Yang terjerumus ke arah kegelapan inilah yang membuatkan bandar dipenuhi daki-daki seperi mana yang dikatakan pengarang tersebut. Ada yang menjadi perompak, penipu, pemakan rasuah, pemakan harta anak yatim, menjual agama, pembunuh, perogol dan sebagainya. Yang jadi begini, bukan semua penduduk asal bandar pun. Sebahagian mereka yang jadi begini juga ialah mereka yang berhijrah ke bandar.

Jadi disini, untuk menyatakan bandar sebuah tempat yang dipenuhi “daki-daki” adalah pandangan yang tidak tepat dan serong. Kelakuan manusia yang menjadikan sesebuah tempat itu “tercemar”. Pencemaran “daki-daki” sesebuah tempat ini pula bukan hanya pada bandar sahaja, ianya boleh terjadi di mana-mana termasuk kampung juga. Lihat apa yang terjadi di kampung-kampung sekarang. Kejadian sumbang mahram berleluasa, kes pembuangan bayi tak kurang juga banyak, malah anak-anak muda kampung juga banyak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah, sama seperti di bandar. Kampung dan bandar sama sahaja. Jika banyak orang yang "kalah" dan bersekongkol dengan kegelapan, maka tercemarlah tempat itu dengan “daki-daki”. Jangan sesekali menyalahkan bandar sebagai sebuah tempat tidak bermoral, di kampung pun sama.

Adakah kamu pernah membaca karya-karya Pak Sako? Di dalam cerpen-cerpen Pak Sako yang pernah aku baca, sekitar tahun 1930 an dan 40 an, banyak pemuda-dan pemudi menghidap penyakit Sifilis.(Jika di Indonesia, Sifilis juga dipanggil penyakit Raja Singa) Pada waktu itu juga sudah ada kes pembuangan bayi. Hiburan pada waktu itu ialah joget lambak dan kabaret. Banyak kes cerai-berai disebabkan kabaret dan joget lambak(Tergilakan perempuan joget semestinya!) Kegemaran orang-orang pada waktu itu juga ialah berjudi. Untuk pengetahuan kamu, gejala-gejala ini juga berlaku di kampung. Ini membuktikan segelintir orang kampung juga sudah lama “tidak suci”. Jika tidak percaya, sila baca cerpen-cerpen Pak Sako sekitar 1930 an dan 40 an. Untuk rujukan lain, sila tonton filem Perempaun, Isteri dan… serta filem-filem arahan P. Ramlee. Dalam filem-filem tersebut banyak contoh-contoh perangai orang kampung yang tidak senonoh.

Aku tidak ada masalah dengan penghijarahan orang kampung ke bandar. Orang tua aku sendiri pun berhijrah dari kampung ke bandar. Cuma, yang paling tidak aku suka dan sangat benci apabila orang-orang kampng yang berhijrah ke bandar, bila mereka cuba untuk “mengkampungkan bandar”. Bagi mereka yang sudah lama atau bergenerasi duduk dibandar, sifat kebiasaan mereka yang aku perhatikan ialah golongan ini sangat rileks, intelek, liberal, mempunyai pemikiran terbuka, tidak ortodoks dan sangat menghormati ruang peribadi orang lain. Mereka tidak ada sifat-sifat kolot segelintir orang kampung seperti menyibuk hal peribadi orang lain, suka bermesyuarat perihal entah apa-apa, membenci anak muda, tidak suka berbincang dan lebih suka menggunakan kekerasan dan sifat suka mengaibkan orang. Sifat-sifat kolot ini tidak ada pada mereka yang sudah lama duduk di bandar. Aku bukan bercakap dengan pandangan peribadi atau emosi. Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri.

Di tempat aku tinggal sekarang, dipenuhi oleh orang-orang kampung yang behijrah ke bandar yang cuba untuk “mengkampungkan” tempat tinggal aku. Dalam tujuh tahun lepas, semasa aku masih baru berpindah ke tempat aku tinggal sekarang, keadaannya sangat lain berbanding sekarang. Pada waktu itu, apartment aku sangat privasi. Aku dan keluarga aku adalah penduduk yang paling awal sekali yang berpindah di situ. Penduduk awal di situ tidak seperti penduduk sekarang . Mereka tidak suka menyibuk hal peribadi orang lain. Jika bertemu hanya bertegur mesra sahaja. Mereka tidak sibuk mahu tahu tentang hal-hal peribadi yang tidak penting seperti kamu sudah kahwinkah, umur berapa, duduk dengan siapa, kerja apa dan sebagainya. Mereka mengenali jiran sekadar untuk bermesra dan boleh diharap untuk diminta pertolongan jika ada hal-hal kecemasan . Itu sahaja. Berbanding sekarang, semuanya sudah lain! Sekarang apartment aku dipenuhi oleh orang-orang kampung kolot. Aku tidak tahu dari mana orang-orang kampung ini datang. Akibat penghijarahan orang-orang kampung kolot ini ke apartment aku, aku dan penduduk asal apartment tersebut mula terasa seperti “Alien” di tempat sendiri. Kami penduduk asal telah terganggu dengan budaya kampung yang dibawa oleh mereka. Akibatnya, privasi penduduk asal terganggu. Orang-orang kampung ini semuanya sibuk mahu menjadi “polis moral” Mereka mula menceroboh ruang peribadi orang lain. Mereka mula menyebarkan penyakit benci anak muda. Akibat paling sedih sekali, penduduk asal apartment mula berpindah ke tampat lain dimana tempat tersebut lebih privasi dan tidak menafikan aktiviti peribadi mereka. Aku sangat rindu keadaan apartment aku tujuh atau lapan tahun lepas sebelum adanya budaya kampung seperti sekarang ini. Untuk mengetahui salah satu budaya kampung yang mereka amalkan ini, sila baca tulisan aku pada entri yang lepas (klik).

Untuk kes lain, aku juga mempunyai pengalaman memerhatikan mereka yang berhijrah dari kampung di tempat aku belajar dahulu. Mereka yang berhijrah dari kampung ini, apa yang selalu aku perhatikan ialah mereka selalu mengalami kejutan budaya. Dari yang tidak bertindik, sudah mula bertindik, dari yang bertudung sudah mula membuka tudung dan mewarnakan rambut,. Apa yang paling kelakar, ada dia antara mereka ini bergaya seolah-oleh mahu pergi ke kelab malam, tapi sebenarnya hanya menghadiri kuliah sahaja. Aku dan kawan-kawan aku yang memang membesar di bandar selalu mentertawakan golongan-golongan ini. Kami sendiri kadangkala terasa “kampung” berbanding mereka. Pakaian kami ringkas sahaja - T Shrit bundle kusam, jeans bundle dan sneakers koyak-rabak yang tidak pernah berbasuh. Kami sendiri tidak berpakaian mahal-mahal, bertindik dan berwangi-wangian. Kami sendiri tidak “urban”. Bukan salah di sini untuk menjadi culture shock, itu adalah perlakuan normal bagi mana-mana anak muda untuk meraikan kemudaan mereka. Aku juga mengalami kejutan budaya, dari seorang peminat KRU- menjadi seorang Mat Metal. Hahaha! Cuma persoalannya, siapa yang “tidak suci” sekarang?

Jangan salah anggap disini bahawa aku membenci orang kampung. Tidak, aku tidak membenci orang kampung yang berhijrah ke bandar. Orang yang sememangnya penduduk asal bandar pun bukan semuanya bagus dan "cool". Cuma bagi aku, tolonglah ubah persepsi kamu bahawa bandar ialah sebuah tempat jahat. Jangan terperdaya dengan drama-drama tempatan yang selalu menggambarkan bandar tempat yang tidak bermoral. Jika ada orang kampung yang datang ke bandar maka orang kampung itu akan menjadi jahat. Paling bodoh dan tipikal di dalam drama-drama tempatan asalkan orang susah dari kampung datang ke bandar dia akan jadi pelacur! Seolah-olah, asalkan orang kampung yang berhijrah ke bandar, dia akan terus jadi tidak bermoral. Buang persepsi serong itu.

Aku harap pengarang tersebut masih lagi “suci” dan masih lagi tidak dicemari “daki-daki kotor” setelah lama duduk di bandar ;P

-Lagu kumpulan Municipal Waste berkumandang ketika tulisan ini dihasilkan.

Tanpa Tajuk

Banyak mendengar masalah cinta dari kawan-kawan akhir-akhir ini. Macam-macam jenis masalah cinta.

Nasib baik aku pengikut Mazhab Gagalis ;)

Ahad, 14 Februari 2010

Selamat Menyambut Hari Kekasih



Lagu rasmi Hari Kekasih untuk blog ini. Selamat menyambut Hari Kekasih untuk semua warga dunia. Sambut Hari kekasih kamu dengan lagu ini. Lagu dari pecinta sejati. Antara lelaki paling hebat yang pernah dilahirkan di bumi ini - JOHN LENNON!!!

Woman I can hardly express,
My mixed emotion at my thoughtlessness,
After all I'm forever in your debt,
And woman I will try express,
My inner feelings and thankfullness,
For showing me the meaning of succsess,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman I know you understand
The little child inside the man,
Please remember my life is in your hands,
And woman hold me close to your heart,
However, distant don't keep us apart,
After all it is written in the stars,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman please let me explain,
I never mean(t) to cause you sorrow or pain,
So let me tell you again and again and again,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah)...

-John Lennon dan Yoko Ono..couple paling cool

Sabtu, 13 Februari 2010

Adakah kamu nampak apa yang aku nampak? - 2




Jumpa lagi! Kali ini aku jumpa dari video klip kumpulan electro yang paling cool sekali dalam dunia - JUSTICE!!! Gambar ini aku ambil sendiri dari video klip D.A.N.C.E.



-Kali pertama aku jumpa sendiri di sini(klik)
Bila Justice nak buat konsert di Malaysia haaa?

Khamis, 11 Februari 2010

Siri berdialog dengan diri sendiri

Selamat hari lahir diucapkan pada diri sendiri. Hari ini genaplah umur saya yang ke? Selamat hari lahir juga pada semua warga bumi yang berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

-Jangan risau..semakin umur meningkat, semakin muda roh dan jiwa saya..Hahaha ;P
Harap ini tahun dapat semula berat badan seperti tahun lepas - 65kg. Saya mahu pakai semula
seluar jeans rabak saya yang bersaiz 32. Nasi, Roti Canai, Air Gas..syoh! syoh! Pergi jauh-jauh! Saya juga memahami perasaan para peserta the Biggest Loser. Ingat senang ke nak turunkan berat badan?

Selasa, 9 Februari 2010

Filem Porno Daft Punk








Gambar ini aku ambil dari filem Daft Punk's Eletroma. Apa benda tu ye? Hahahaha. Tabik pada pengarah filem ini! Gempak gila beb!

-Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Adakah kamu nampak apa yang aku nampak?


Gambar ini aku ambil sendiri dari babak filem Street Kings. Adakah kamu nampak apa yang aku nampak di dalam kedua-dua gambar ini? Hehehehe..Tahniah jika kamu nampak apa yang aku nampak!

-Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Khamis, 4 Februari 2010

Bikin Cinta, Usah Bikin Sengketa


Ahai! Tidak sangka ada pembaca menantikan tulisan aku. Ok, tulisan ini ditujukan khas untuk pembaca tersebut dan juga untuk rakan aku yang menjadi mangsa polis moral seperti yang diceritakan di dalam entri ini. Selamat membaca ;)

Bikin cinta, usah bikin sengketa.

Ini mungkin entri pertama aku menulis mengenai cinta di blog ini . Sebelum ini iaitu beberapa tahun sudah semasa masih menuntut, aku pernah juga menulis mengenai cinta di dalam bentuk sajak-sajak luahan jantan gagal. Lebih kurang dalam sepuluh sajak seingat aku. Aku bakar semua sajak itu kemudiannya kerana merasakan itu semua sajak-sajak picisan luahan jantan gagal sahaja. Jika dihantar ke mana-mana penerbitan, akbar atau majalah pasti sudah dibakulsampahkan oleh si editor awal-awal lagi. Mungkin sajak itu untuk majalah sekolah rendah pun tidak layak diterbitkan. Oleh itu aku berhenti menulis sajak cinta atau perasaan cinta. Walaupun pernah belajar secara formal di dalam bidang penulisan kreatif semasa masih menuntut dahulu, sehingga kini aku tidak boleh menulis sajak dengan baik sebenarnya. Bukan sahaja sajak cinta , malah sajak yang bertemankan apa-apa sahaja. Betul kata guruku, sajak tidak akan jadi besar jika kita asyik bercerita dan terperuk berkisar tentang “keakuan” sahaja. Sajak sebenarnya lebih daripada sifat keakuan. Rasa keakuan hanya sebahagian kecil saja dalam cabang-cabang sajak. Lihat saja sajak-sajak atau puisi Chairil Anwar, Wiji Thukul, W S Rendra, Pak Samad Said, Usman Awang dan Rahmat Haron. (Sekadar beberapa nama). Ok, ini sebenarnya bukan cerita sajak. Noktah!

Sehingga entri ini ditulis, aku belum pernah bercinta. Ini menunjukkan aku seorang jantan gagal pada mata sesetengah orang. Betul, aku jantan gagal. Walaupun aku tidak pernah bercinta, aku tidak pernah menafikan seseorang untuk bercinta. Malah aku merayakan sekali pada sesiapa sahaja yang bercinta. Aku merayakan percintaan sepasang kanak-kanak, sepasang orang tua, sepasang rempit, sepasang golongan kurang upaya, sepasang mat dan minah punk, sepasang mat dan minah metal, sepasang mat dan minah hippies, sepasang gay dan lesbian. Aku suka melihat percintaan. Melihat percintaan sesama manusia dan sepasang kekasih satu kenikmatan bagi aku. Ianya memberi banyak ilham untuk berfikir.

Akan tetapi dalam satu hal, aku hairan dengan sikap sesetengah golongan manusia yang suka menafikan percintaan, terutamanya golongan warga tua yang mempunyai penyakit. Nama penyakit yang dihidapi oleh sesetenah warga tua tersebut ialah penyakit Benci Anak Muda dan penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit ini lazimnya selalu dihidapi oleh warga tua golongan Melayu kolot dan tepu. Ianya tidak ada pada golongan warga tua Melayu yang berfikiran terbuka.(Golongan begini sukar ditemui) Jika tidak percaya lihat saja kelakuan ahli persatuan yang bertunjangkan agenda fasis. Kalau kamu rajin ambil kisah dan memerhati rentak politik dan kelakuan orang tua Melayu, kamu tahu parti dan NGO mana yang aku maksudkan.

Aku hairan dengan golongan begini. Dari mana mereka semua dapat penyakit tersebut. Adakah dari orang tua mereka, persekitaran atau pengaruh sesebuah parti/persatuan? Biarlah Guru Pitka sahaja sahaja yang menjawab persoalan misteri ini. Dari pemerhatian aku, kebiasaanya bila seseorang itu menghidap penyakit fasis, secara automatiknya mereka juga menghidap penyakit rasis, benci anak muda dan kurang kasih sayang. Atas pemerhatian teliti aku juga, jika seseorang telah dijangkiti atau rela dijangkiti penyakit ini, mereka susah mahu sembuh sepenuhnya dari penyakit berbahaya tersebut. Bukan tiada penawar. Ada penawar kepada penyakit-penyakit ini. Penawarnya ialah kasih sayang, cinta dan mempunyai keterbukaan minda. Penawar ini aku berani jamin, semua manusia di bumi ini ada di dalam diri mereka masing-masing. Penawar ini telah diserapkan ke dalam semua roh-roh warga dunia ini. Kasih sayang dan cinta ini sebenarnya imun semulajadi manusia. Semua orang ada imun ini di dalam diri masing-masing. Kuat atau tidak sahaja imun ini di dalam setiap roh manusia. Jika imun kasih sayang dan cinta itu lemah, maka senanglah mereka dijangkiti atau secara tidak sedarnya dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya seperti yang disebutkan tadi. Penyakit-penyakit berbahaya ini selalu juga menyusahkan warga lain yang mempunyai imun kasih sayang dan cinta yang kuat dan sudah sebati di dalam diri mereka.. Manusia yg mempunyai imun yang kuat ini selalu dijadikan mangsa dan selalu dinafikan. Golongan yang paling kerap menjadi mangsa penyakit kurang kasih sayang dan cinta ini di Malaysia ialah golongann anak muda.

Biarlah aku bercerita mengenai salah satu kes mereka yang menjadi mangsa penyakit kurang kasih sayang dan anti anak muda ini. Mangsa tersebut bukan orang lain, iaitu salah satu rakan aku sendiri.


Begini kisahnya. Aku mempunyai sekumpulan rakan yang mendokong pemahaman liberal. Ini juga bermakna imun kasih sayang dan cinta kami sangat kuat. Kami ini anti pemikiran kolot dan konservatif. Kami juga suka melanggar taboo-taboo atau pantang larang yang tidak berasas yang selalu disabdakan oleh tok nenek atau orang-orang terdahulu. Kami persetankan itu semua. Bagi kami pemikiran begitu tidak membantu langsung kepada proses perkembangan fikrah dan ilmiah kami. Kami tidak mahu fikrah yang kecil seperti mana-mana Melayu tepu. Oleh kerana kami berfikiran begini, salah seorang punai rakan kami telah ditangkap oleh sekumpulan warga tua yang menghidapi penyakit kurang kasih sayang dan anti anak muda di tempat kami tiggal. Mereka inilah yang kami gelar polis moral.

Rakan kami itu gemar membawa teman wanitanya yang chun itu balik ke rumah bujangnya. Mereka ini pasangan yang secocok. Untuk meraikan kasih sayang dan percintaan, teman wanitanya selalu bertandang ke rumah rakan kami. Bukan buat apa pun, hanya berborak atau menonton filem dan sebagainya. Jika betul mereka ingin melakukan seks pun, rumah bujang rakan kami ni bukanlah tempat yang sesuai. Rumah tersebut turut didiami rakan-rakan yang lain. Jika betul pun rakan kami itu mahu sangat mencipap dengan teman wanitanya, lebih baik rakan kami itu melakukannya di rumah teman wanitanya. Di sana lebih sesuai kerana betul-betul selesa dan privasi.(Teman wanitanya duduk di kawasan mewah yang agak terkenal di ibu kota yang sudah tentu semua warga kediaman di situ tidak sibuk hal peribadi orang lain) Rupa-rupanya, aktiviti meraikan kasih sayang dan percintaan rakan kami ini telah dipantau dan diperhatikan sejak sekian lama oleh polis-polis moral tersebut.

Alkisahnya pada satu hari, seperti biasa teman wanita rakan kami ini akan menghantar rakan kami balik ke rumah menaiki keretanya. Apabila sampai sahaja di parkir berhampiran rumah, teman wanita rakan kami ini mahu balik. Oleh kerana satu hal, rakan kami ini mahu mengambil lagu dari teman wanitanya, maka teman wanitanya itu masuklah rumah untuk memberi lagu. Sedang mereka berada di dalam rumah, pintu rumah diketuk. Setelah pintu dibuka rupa-rupanya sekumpulan polis-polis moral sudah terpacak di depan pintu. Seperti watak samseng Sarip Dol yang langsi di dalam filem Bujang lapok, polis-polis moral tersebut telah menyerbu masuk ke dalam rumah rakan kami. Bukan sahaja menyerbu masuk, malah salah seorang dari mereka iaitu ketua polis moral turut sama membawa kayu. Aku tidak pasti apakah tujuannya membawa kayu tersebut. Sudahlah membawa kayu, polis-polis moral itu datang beramai-ramai pula seperti ada keraian atau kenduri. Rupa-rupanya mereka tidak “merestui”perbuatan teman wanita rakan kami yang chun itu selalu bertandang ke rumah rakan kami. Mereka konon-kononnya mahu tangkap basah rakan kami. Oleh sebab polis-polis moral ini datang bersama Pak Lebai yang ada “TAULIAH”, maka hanya Pak Lebai yang ada tauliah saja yang dibenarkan masuk rumah atas cadangan rakan kami. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan rakan kami , ketua polis moral tersebut mula memaki hamun kerana tidak dapat turut serta dalam “upacara@pesta” tangkap basah. Maka dengan perasan tidak puas hati mereka tunggu juga diluar beramai-ramai seperti sekumpulan Dubuk yang lapar.

Setelah selesai, Pak Lebai bertauliah keluar rumah. Rupa-rupanya tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana Pak Lebai bersimpati dan tidak ingin mengaibkan sesiapa. Rakan kami hanya diberi amaran sahaja. Menurut rakan kami, dia hanya dikenakan denda datang ke masjid pada hari-hari yang telah ditetapkan. Aku tidak pasti apakah tujuan sebenar rakan kami ini dikehendaki datang ke masjid. Mungkin untuk ditarbiyah agaknya. Mungkin jika ditarbiyah akan memulihkan moral rakan kami yang dikatakan sudah “rosak” itu. Jika betul tarbiyah tersebut dapat memulihkan moral rakan kami yang sudah “rosak” itu berkesan, baguslah. Tabik untuk Pak Lebai yang ada tauliah. Itulah dendanya. Pak Lebai tersebut menurut rakan kami, seorang yang cukup cool dan tidak samseng seperti polis-polis moral itu tadi. Pak Lebai hanya menasihati dan bercakap dengan nada yang lembut pada rakan kami dan teman wanitanya. Menurut rakan kami itu lagi, Pak Lebai tu sendiri tidak suka tindakan para polis-polis moral tersebut. Menurut Pak Lebai, serbuan begitu tidak boleh dilakukan tanpa pihak berkuasa. Oleh kerana tiada sebarang tangkapan dilakukan, maka polis-polis moral yang menghidapi penyakit kurang kasih sayang dan anti anak munda tersebut tidak berpuas hati. Bukan sahaja mereka tidak puas hati, malah mereka juga sakit hati kerana tidak dapat memalukan rakan kami. Sehingga entri ini ditulis, mereka masih berdendam. Punyalah busuk hati . Bau tahi pusat pun mungkin tidak sebusuk hati mereka.

Itulah kisah seorang rakan yang menjadi mangsa polis-polis moral yang menghidapi penyakit kurang kasih sayang dan anti anak muda. Persoalannya di sini,
Kenapa sekumpulan warga tua itu sibuk benar mahu menjadi polis moral?
Mereka tidak ada punai sendirikah untuk dijaga?
Sudahlah anti anak muda dan kurang kasih sayang, ada hati juga nak jaga punai orang lain.
Punai mereka sendiri tidak naikkah? Adakah sebab mereka sudah tua bangka, fungsi atau prestasi punai mereka sudah merudum, maka mereka sibuk pula menjaga punai orang lain?
Adakah mereka cemburu kerana punai orang lain masih boleh lagi berfungsi dengan baik sedangkan mereka tidak?
Mereka ini tidak berjimakkah dengan isteri masing-masing pada malam hari? Bukankah lebih enak berjimak dengan isteri masing-masing pada malam hari daripada sibuk menjaga hal peribadi orang lain?
Mereka ini sudah hilangkah rasa ghairah terhadap seks sehingga menafikan aktiviti peribadi anak-anak muda yang hanya ingin meraikan percintaan?
APAKAH MEREKA TIDAK PERNAH MENJADI MUDA?
Apakah mereka tidak memeriksa buku sekolah anak mereka pada waktu malam? Apa keuntungan yang mereka perolehi dengan menangkap punai orang?

Bapa aku sebaya polis-polis moral tersebut. Aku tidak pernah melihat bapa aku keluar sibuk-sibuk tengah malam untuk menjaga moral orang lain. Jika bapa aku balik lewat, itu bermakna bapa aku baru balik kerja kerana membuat keja lebih masa. Bapa aku sanggup bekerja lebih masa sehingga lewat tengah malam untuk mencari nafkah untuk kami sekluarga. Kami bukan orang senang. Pada waktu aku masih bersekolah dahulu, jika bapa aku ada di rumah, perkara wajib yang selalu dilakukannya ialah memeriksa buku sekolah aku. Jika beliau dapati ada kerja sekolah aku yang tidak aku siapkan, nahaslah aku jawabnya. Tali pinggangnya akan menjadi santapan aku. Sudah berapa banyak tali pinggangnya menjamah badan aku. Penyangkut baju tak usah ceritalah! Macam makan ikan bilis saja aku hadapinya. Hahaha! Bapa aku amat mementingkan pelajaran aku. Pantang betul beliau jika aku tidak menyiapkan kerja sekolah! Beliau juga membantu aku di dalam subjek yang aku tidak faham ketika membuat kerja rumah.

Kenapa polis-polis moral tersebut tidak sepeti bapa aku?
Mereka tidak ada rasa tanggungjawabkah terhadap anak-anak mereka?
Mereka ada pula masa menangkap punai orang lain dari meluangkan masa bersama keluaga di malam hari.
Mereka tidak memeriksa buku sekolah anak merekah?
Apakah pelajaran untuk anak tidak penting bagi mereka?
Ya Sang Mahadaya!
Pemikiran apakah begitu?
Bapa jenis apakah begitu?
Dan paling hairan sekali, mereka itu manusia jenis apakah?
Kucing dan Harimau pun tahu meluangkan masa untuk bermain-main bersama anak-anaknya. Kucing dan Harimau pun ada masa mengajar anaknya skill untuk memburu. Jika kamu rajin memerhatikan sifat atau tingkahlaku haiwan, pasti kamu bersetuju dengan pendapat ini. Jika begini sikap meraka, ini bermakna fikrah Kucing dan Harimau lebih pandai dari polis-polis moral tersebut.
Yang menjadi kehairanan aku, jika benar mereka mahu sibuk sangat mahu menjaga moral orang lain, kenapa mereka tidak pula sibuk sekali menjaga kebajikan mereka. Jika sibuk benar jaga kemaluan orang lain dari membuat “maksiat konon-kononnya”, jaga jugalah sekali kebajikan tuan empunya punai tersebut. Tanyakan sama adakah mereka mempunyai cukup duit untuk bayar sewa rumah, tanyakan mereka cukup duit atau tidak untuk membayar yuran pengajian. Tanyakan juga pada tuan empunya punai samada mereka cukup makan atau tidak, kenapa mereka tidak berkahwin lagi. Jika tidak cukup duit, beri mereka duit untuk membeli makanan atau berkahwin. Kenapa tidak ditanya adakah mereka mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan kos rawatan susulan yang bersesuaian dengan penyakit yang mereka hidapi.

Kenapa perkara-perkara tersebut mereka tidak jaga sekali? Jika betul mahu melihat seseorang itu menjadi manusia baik dan cemerlang, buat semua perkara tersebut. Setakat mahu menghalang mereka “konon-kononnya membuat maksiat” sahaja baik tidak payah. Punai mereka, mereka berhak buat apa saja dengan punai mereka. Nonok mereka ,mereka berhak berbuat sesuka hati dengan nonok mereka. Kalaukah setakat nak jaga nonok dan punai sahaja, tapi perkara-perkara asas kehidupan yang lebih penting untuk tuan empunya punai dan nonok tidak “disibukkan” juga, lupakan sahajalah untuk menjada moral mereka. Mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan. Itu di atas pilihan mereka sendiri. Asalkan pilihan itu mereka suka dan tidak mendatangkan mudarat. Biarkanlah sahaja mereka. Mereka lebih tahu punai dan nonok mereka dari orang lain. Anggota badan seseorang adalah hak sepenuhnya tuan empunya badan.Orang lain tidak perlu sibuk-sibuk sama dan melarang itu-ini apa yang hendak dilakukan oleh tuan empunya badan.

Rakan kami yang menjadi mangsa polis-polis moral ini juga mempunyai masalah sendiri. Masalah keewangan, masalah itu-ini dan sebagainya. Mungkin dengan membawa teman wanitanya lepak-lepak di rumah bujangnya berbual-bual, menonton filem dan sebagainya akan mengurangkan tekanan dan masalahnya. Meraikan kasih sayang dan percintaan untuk teman wanitanya adalah salah satu cara escapism untuknya. Semasa proses denda yang dikenakan Pak Lebai cool tersebut pada rakan kami, aku tidak pasti samada dia akan bertanya tentang kebajikan atau masalah rakan kami ini. Aku juga tidak pasti jika Pak Lebai ini akan membantu kebajikan atau mengurangkan masalahnya. (Lihat sahaja karenah birokrasi pemberian wang zakat sebagai contoh) Semua warga dunia ini ada cara masing-masing untuk escapism. Jika sepasang anak muda yang asyik makhsyuk bercinta itu adalah cara escapism mereka – Biarkanlah. Jangan menafikan mereka bercinta dan berkasih sayang.

Apa yang lebih lucu, golongan seperti polis-polis moral warga tua anti anak muda dan kurang kasih sayang ini hanya berani dengan orang-orang setaraf mereka dan orang miskin sahaja. Mereka tidak berani pula menjaga moral orang-orang kaya dan berpengaruh. Jika betul sibuk mahu mebanteras maksiat, aku sarankan golongan ini mengadakan satu demo membantah operasi di mana-mana kilang arak. Pergi juga tangkap orang-orang Islam beli no ekor. Usulkan juga satu memorandum pada kerajaan agar kilang arak dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan beroperasi selama-lamanya di negara ini. (Memandang mereka kata ini negara Islam) Pergi serang tempat pelacuran di Bukit Bintang, Chow Kit atau di Jalan Petaling. Pergi serbu hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang di mana banyak orang-orang kaya dan kenamaan bermaksiat di situ.

Tapi pernahkah kamu terdengar atau melihat sendiri perkara-perkara tersebut terjadi? Tidakkan? Polis-polis moral ini hanya berani degan orang miskin dan setaraf mereka sahaja. Orang miskin tangkap orang miskin. Orang miskin menafikan kemanusiaan orang miskin. Itu yang berlaku. Hanya anak-anak muda orang miskin dan golongan bawah dinafikan dan dilarang merayakan pecintaan dan kasih sayang. Orang kaya dan kenamaan semuanya boleh, semuanya lepas. Orang tua jenis anti anak muda dan kurang kasih sayang ini selalu sahaja menyalahkan anak muda. Anak muda jadi mat Punk tak boleh, jadi mat Metal tak boleh, pergi konsert tak boleh, pakai seluar pendek tak boleh, rambut panjang tak boleh, buat tattoo tak boleh, tindik tak boleh –SEMUANYA TAK BOLEH. Atas alasan memberi impak buruk dan terpengaruh budaya kuning konon-kononnya. Tapi bila budak-budak muda mahu meraikan kasih sayang dan percintaan tanpa menganggu-gugat orang lain, pun juga tidak boleh. Apa yang boleh untuk budak muda?

Pada aku, tidak kira samada seseorang itu kaya atau miskin, mereka tidak boleh dinafikan untuk meraikan kasih sayang dan percintaan. Orang miskin atau kaya tidak patut dilakukan sebegitu rupa. Jangan menafikan kamanusiaan. Jangan manafikan kasih sayang dan jangan menafikan percintaan. Semua benda yang indah-indah dan hebat berlaku di bumi terjadi atas sebab cinta.

Atas pemerhatian aku, polis-polis moral berpenyakit kurang kasih sayang dan benci anak muda di tempat tinggal aku, mereka juga mempunyai anak-anak remaja. Salah seorang dari polis moral tersebut, dari apa yang aku perhatikan mempunyai seorang anak dara sunti yang chun. Jika aku sebayanya anaknya, agaknya mesti aku sudah jatuh cinta atau terpikat dengan anaknya. Mungkin juga aku akan memasang angan-angan mahu menjadikan anaknya sebagi teman wanita. Mungkin di sekolah anak daranya ini pujaan para pelajar lelaki. Aku bayangkan lima tahun akan datang. Anak daranya akan semakin cantik, sudah semakin pandai bergaya, ranggi dan sudah tentunya dipikat oleh lelaki untuk menjadi teman wanitanya. Anak daranya juga mungkin menjadi minah rempit, mungkin menjadi minah punk, mungkin menjadi minah kaki konsert atau apa sahaja mazhab-mazhab atau fahaman dan trend yang cool bagi anak-anak muda seluruh dunia. Anaknya juga lima tahun akan datang mungkin mempunyai pemikiran liberal seperti aku dan kawan-kawan sekarang. Mungkin dia akan menolak taboo-taboo atau pantang larang konservatif yang tidak mengembangkan fikrahnya. Mungkin juga dia akan menentang perbuatan bapanya yang kolot itu. Kita tidak tahu apa akan jadi pada anaknya lagi lima tahun akan datang. Cuma aku terfikir satu perkara sahaja.
Adakah anaknya juga akan ditangkap oleh polis-polis moral lain?
Atau anaknya ditangkap oleh bapanya sendiri?
Adakah anaknya juga akan merasai betapa dimalukan dan dinafikan untuk merayakan percintaan, sama seperti yang dirasakan rakan aku yag ditangkap oleh bapanya. Aku dapat bayangkan jika apa yang aku katakan ini nanti betul-betul berlaku pada anaknya nanti. Pada waktu itu, pasti polis moral ini akan merasa betapa menyesalnya dia menafikan percintaan sepasang anak muda dan betapa menyesalnya dia menjadi POLIS MORAL.

Bikin cinta, usah bikin sengketa…

Selasa, 2 Februari 2010

Tiba-tiba saya mendengar suara orang menetak pintu

Gambar untuk ditafsir

Wak Tempe dan Abang Nuar


Minah Chun dan Lebai Ultra


Gedebe Nippon dan Raja Katak


Barang siapa yang gagal mentafsir gambar-gambar lawak di atas bermakna kamu seorang yang malas membaca. Hahahaha.

Bahan bacaan pelbagai sekarang, bukan seperti dahulu hanya ada bahan bacaan di dalam bentuk buku. Bahan bacaan paling popular sekarang di internet. Ada macam-macam ilmu. Baik buruk semua ada. Jika gagal memahami bahan bacaan di dalam bahasa asing seperti aku, boleh saja tanya Pak Long google translate. Mahu tidak mahu sahaja sekarang ini untuk memenuhkan minda.

- Gambar dicuri tanpa izin dari sini, sini dan sini.