Rabu, 28 April 2010

Tak baca blog Pak Samad memang tak cool


Pak Samad ada blog! Sangat cool! Kalau tak baca blog Pak Samad memang tak rock!

http://samadsaid.wordpress.com/

- Lagi rock kalau Shahnon Ahmad juga ada blog kan?

Selasa, 27 April 2010

Siri Berdialog Dengan Penanam Anggur

Enak dinikmati dalam bentuk buah mahupun air peraman




Kamu pernah menganggur? Sedang mengaggur? Baru diberhentikan atau dibuang kerja? Keadaan ini pasti membuatkan diri kamu kurang selesa serta menyampah bila ada orang, kawan dan sepupu atau saudara-mara yang bertanyakan pada kamu soalan ini :-

“Kau kerja apa sekarang?”

Sungguh menjengkelkan bukan? Ini adalah soalan yang paling benci untuk dijawab bagi mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan. Bukan salah soalan ini diajukan pada seseorang yang menganggur, tapi soalan ini kadangkalanya berniat busuk. Sebusuk tahi pusat. Bagaimana aku kata soalan ini kadangkalanya berniat busuk? Dari apa yang sering aku perhatikan, sikap masyarakat kebanyakkan di Malaysia ini, malah di dunia sekalipun, sering menilai seseorang manusia berdasarkan pekerjaaannya. Jika kita memberitahu mereka bahawa kerja kita adalah sebagai seorang pencuci tandas umpamanya, maka tidak sedikit atau banyak ,secara automatiknya mereka mula menilai kemampuan kita dari segi sara hidup, intelek, sosial, citarasa dan sebagainya. Pendek kata mereka-mereka ini mula menilai kita dari segi aspek kasta. Kasta ini suda tentunya dinilai dengan tahap seseorang itu – miskin,golongan pertengahan dan kaya. Itu baru soalan yang mempunyai niat busuk ini dajukan pada mereka yang mempunyai pekerjaan yang “tidak seberapa”, bayangkan soalan yang sama diajukan pada seorang penganggur. Sudah tentu mereka ini menilai seorang penganggur sebagai sampah terus!

Kasihan sungguh manusia dinilai sebegitu rupa. Bukan dinilai melalui kebaikan yang mereka buat di dunia ini.

Aku juga sama sekali tidak faham kenapa soalan ini perlu diajukan pada seseorang yang sudah lama tidak berjumpa. Paling mengahirankan, kadangkala soalan ini dikemukakan pada seseorang yang tidaklah rapat manapun atau bukanlah seseorang yang bersahabat baik dengan kita yang kita kenal luar dalamnya bagaimana. Pelik sungguh! Umpamanya aku sendiri pernah ditanya dengan soalan ini oleh seorang bapa saudara yang jarang-jarang sekali bertemu. Aku dan bapa saudara ini langsung tidak rapat. Pada satu hari ketika aku sedang lepak-lepak bersama kawan-kawan berbaju hitam dan berambut panjang diluar sebuah bangunan sementara menunggu berlangsungnya sebuah gig, lalulah bapa saudara aku ini. Bapa saudara ini memandang “pelik” pada aku. Diperhatikannya aku atas bawah. Mungkin dia berasa pelik dengan penampilan aku sekarang – berambut panjang, berjanggut-berjambang dan berbaju hitam, pendek kata penampilan aku ini bukanlah penampilan seorang anak muda yang layak untuk mengahwini seorang anak imam yang cukup chun! Hahahaha. Setelah bersalam dan mencuim tangannya (ini bukan cuim tangan mengampu serperti P.Kamalnathan mencuim tangan Muhiyidin Kasim ya!) dengan tidak semena-mena, “ditumbuk”nya aku dengan soalan :-

“Kau kerja apa sekarang?”
Wah! Tidak ada soalan lainkah? Dengan kemalu-maluan aku menjawab aku menganggur. Seperti aku katakan tadi, memang tidak salah solalan ini diajukan, Cuma niat yang bertanya itu saja yang kita tidak tahu. Harap-harap bapa saudara aku ini tidak mempunyai nita busuk seperti yang disebutkan tadi. Yang menjadi kehairanan, tidak ada soalan lainkah untuk ditanya oleh mereka yang tidaklah rapat manapun dengan kita? Aku lebih senang dan selesa jika mereka-mereka ini bertanya pada aku :-

“Bagaimana life? Ok?”
"Study ok?”
“Mahu sambung belajar mana selepas ini?”
“Mak ayah sihat?”
“Kekasih hati bagaimana? Chun tak orangnya?”
“Dah layak mengundi dah”?

“Konsert Jamiroquai di Litar Sepang tahun lepas bagaimana? Sound dia sedap tak? Tight tak band tu? Gitaris dia pakai gitar apa? Amp mantap tak?”

“Kau selalu pergi club mana?”
“Band kau dah banyak main gig dah?”
“Pernah makan Lala tak dikedai Cina?”


Enak bukan jika seorang penganggur diajukan soalan-soalan begini?

Baiklah, aku ada terfikirkan sebuah jawapan bagi mereka yang menganggur jika ditanya dengan ayat “Kau kerja apa sekarang?”

Si Penanya : “Kau kerja apa sekarang?”

Penganggur : “Oh! Sejak P Kamalanathan iaitu calon 1 Malaysia yang baru menang bertanding merebut kerusi di Parlimen bagi Hulu Selangor, saya ditawarkan sebuah jawatan iaitu pembantu peribadi pada P Kamalnathan”

Sebelum Si Penanya membuat muka pelik atau meneruskan soalan lain, disarankan Si Penganggur segera mencelah dengan pantasnya.

Si Penganggur : “Gaji saya boleh tahanlah. Lebih kurang campur elaun itu-ini, gedebak-gedebuk dapatlah RM empat juta. Tu belum campur part time jadi cyber trooper UMNO lagi. Yang tu pulak gajinya RM tiga ratus ribu. Kadang-kadang kalau hari cuti, saya kerja update website Perkasa pula. Ha! Yang ni gaji dia paling sikit, Rm lima puluh ribu je! Kedekut betullah Si Ibrahim Ali tu!

Si Penanya : Errrkk..aaa..

Disarankan Si Penganggur mencelah lagi tanpa memberi kesempatan pada Si Penanya bertanyakan lagi soalan.

Si Penganggur : “Tapi, tulah! Saya ni walaupun gaji masyuk gila babi punya, saya ni low profile. Saya tak suka menunjuk-nunjuk macam usahawan MLM tu semua! Tayang kereta mewahlah, rumah besarlah,bini besarlah. Taaak! Saya tak macam tu. Saya duduk rumah sewa kecik je dekat Sentul. Tinggal pun berhimpit-himpit dengan kawan-kawan yang lain. Dahlah mereka tu semuanya busuk! Tapi takpalah, saya biasa dah bau keringat buruh ni! Pakai kereta pun kereta cabuk je. Kereta Kancil second hand. Baju dan seluar pun buruk-buruk je. Saya beli yang bundle punya. Tak mainlah Polo tu semua! Tu semua membazir je. Rokok pun saya hisap rokok seludup tau! Jenama Zon King..murah je..tiga hengget sekotak! Mana main hisap rokok Marlboro! Bukan apa, saya ni berjiwa rakyat. Jadi, walaupun dah kaya, saya tetap mahu hidup macam rakyat biasa”

Selepas jawapan ini, aku berani jamin, nescaya Si Penanya akan berpura-pura meminta diri untuk beredar dengan kadar segera yang mungkin.

Nota Siku Kanan –

Jawapan diatas tidak digalakkan sama sekali untuk digunapakai pada individu-individu yang betul-betul rapat , mesra dan kenal dengan kamu luar dan dalam. Tidak digalakkan juga jawapan di atas digunapakai pada individu-individu yang mempunyai potensi besar untuk memberi kamu peluang pekerjaan. Lihat dan perhati individu-individu yang berpotensi ini betul-betul.

Nota Siku Kiri –

Semasa menggunapakai jawapan di atas, untuk kesan yang lebih maksima, Si Penganggur hendaklah menjawab dengan menggunakan intonasi yang paling sinikal atau paling menjengkelkan.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 25 April 2010

Sasau Bersama John Coltrane

Perhatikan imej di atas dengan teliti. Fokuskan mata kamu pada bahagian tengah objek. Sudah? Bagaimana? Sasau tak? Untuk mereka yang tidak mengambil ganja seperti aku, bolehlah kamu sasau dengan imej ini. Jika kamu sasau dengan memerhatikan imej di atas, dijamin urine test tidak sangkut! Hahaha. Tak perlu modal pun untuk sasau.

Aku tidak suka stim ganja sebab bila sudah stim, aku akan jadi paranoid. Dan satu hal yang aku tak gemar mengenai ganja ialah ganja boleh membawa kita ke penjara. Memang tak best!

- Untuk perisa tambahan, sila dengar lagu-lagu dari John Coltrane ketika memerhati imej di atas, dijamin boleh muntah. Dengar lagu Bob Marley, Pink Floyd atau tekno jinjang ketika stim sudah tidak cool.

Ohh! Aku kempunan air tapai dari Sarawak ini hari. Hmmmm...

Sabtu, 24 April 2010

Bebal merayap di U

"Maka, apabila persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan forum Kebudayaan Kebangsaan, hal yang akan diberi perhatian adalah soal fomat surat menyurat, protokol majlis, senarai jemputan, dan bunga manggar. Mutu forum lansung tidak diendahkan. Maka, hasilnya forum tersebut akan megah dan mewah dengan segala macam hiasan, namun isinya hampa"

"Baik daripada cara fikir membawalah kepada cara pakai. Mereka ini mudah dikesan melalui penampilan – berseluar slack hitam dengan baju kemeja (kadang kala berbaju batik), dan sering terlihat mundar mandir di pejabat kedekanan atau HEP/PPP sambil membimbit fail lengkap dengan lambang universiti – Pelajar ini tanpa sedar menjadi tua sebelum usianya"

Selanjutnya di sini

Terkangkang

Ini bukan Ibrahim Ali terkangkang

Ekonomi terkangkang pula di sini

Khamis, 22 April 2010

Raksasa Biskut



Muntah


Aku ada satu masalah. Masalah aku ialah aku terpaksa menahan muntah apabila mendengar lelaki membahasakan dirinya dengan nama sendiri apabila bercakap dengan perempuan. Paling tak boleh blah bila ada artis lelaki buat benda ni bila ditemuramah oleh wartawan hiburan. Contoh ayat seperti berikut :-

"Daniel rasa Daniel suka la gaya rambut awak Shakila"

"Jehan rasa industri filem kita memang memerlukan bakat-bakat baru"


Blueeeeeeeeeeerkk! Ha, tengok! Aku dah muntah dah.

Rabu, 21 April 2010

Pesta Mengundi Kuala Selangor

Harap mamat ni menang di Kuala Selangor. Kalau rajin baca sila masuk sini.
Kalau malas baca memang tak boleh buat apa-apa. Ada baiknya jadi lembu...hahahhaha ;)

Ahad, 18 April 2010

Undi Untuk Rock atau Rock Untuk Undi

Ayoh anak muda! Yang tua bangka tapi masih berjiwa muda pun patut datang. Gua turut terlibat dalam ini aktiviti dengan menjerit-jerit bersama kugiran pada 1 Mei. Jumpa di sana.

-Klik poster untuk maklumat lebih jelas

Carta Lagu Pujaan Air Tapai Ini Minggu

Carta 10 Lagu Pujaan Gua Ini Minggu


1. Thrash Till Death - Destruction

2. Refuse/Resist(Sepultura cover) - Krisiun

3. 50 Tahun Lagi - Warna

4. Di Dalam Emosi Ini - Sheila Majid

5. Gonna Fly Now(Rocky OST) - Maynard Ferguson

6. Fantasy(Earth Wind & Fire cover) - Maynard Ferguson

7. Fallin' - Jay Z

8. On The Radio - Donna Summer

9. Always There - Ronnie Laws

10. Banana - T Square

Khamis, 15 April 2010

Kisah Makhluk Kenit



Mereka merancang untuk turun ke bumi Sebelum turun ke Bumi, mereka cuba belajar tentang budaya, fitrah dan fikrah manusia. Sebelum berlepas dengan kapal angkasa mereka yang kenit, mereka diberi restu oleh orang-orang kampung mereka. Mereka keluar dari planet dan berkelana melihat bintang-bintang dan kapal angkasa makhluk kenit lain. Setelah berkelana maka sampailah mereka di Bumi. Kapal angkasa kenit mereka mendarat di sebebuah bandar di negeri paling berkuasa dalam planet Bumi. Sambil membawa sepanduk yang bertulis tulisan manusia, mereka bersiar-siar di sekitar bandar, pub, taman dan kedai untuk berkawan dengan manusia. Tapi hampa, tidak tahu di mana silapnya, hanya seorang saja manusia yang perasan kehadiran mereka. Adakah penduduk bumi memang sombong atau mereka yang terlalu kenit untuk dilihat manusia. Penat berjalan-jalan untuk berkawan dengan manusia, lalu berehatlah mereka di sebuah kedai televisyen. Maka ternampaklah visual tempat tinggal mereka jauh di luar Bumi. Lalu dengan kecewa mereka kembali ke planet asal menaiki kapal angskasa mereka yang kenit itu. Sampai saja di planet asal, mereka membina sebuah sepanduk yang tertera tulisan manusia yang lebih besar. Mungkin mahu kembali ke bumi lagi.

Jumaat, 9 April 2010

Ayoh!


PROGRAM AHAD INI

Date : 11rd April 2010

Location : Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall

Time : 8.00 a.m. – 8.00 p.m.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.30 a.m. Registration & Breakfast

9.00 a.m. Ice breaker

9.15 a.m Introduction to Human Rights and History of Human Rights by Amnesty Int M'sia

10.15 a.m. Screening of “Al Fatehah Memali”

Al-Fatehah Memali portrays the journey of singer-songwriters, Black and Meor, trying to comprehend a massacre that happened in 1985 in Kg. Memali, Kedah. Their journey brings them to the village where they meet survivors and witnesses of the tragedy to uncover a forgotten story of injustice for most of Malaysia.
Group Activity and Open Discussion “Memali a Human Rights Trajedi ” by activist Rahmat Haron

12.00 p.m. Sharing by Hishamuddin Rais : Aktivisma Anak Muda Yang Berdasarkan Prinsip & kreativiti.

1.00 p.m. Lunch break

2.00 p.m. Group activity - “Creative Activism”

· Creative writing by activist Rahmat Haron

· Theatre and performance by Namron

· Visual Art by Poodien Free Spirit

4.00 p.m Open discussion on Creative Activism

4.30 p.m Tea Break

5.00 p.m. Screening of film Art, Activism and Rock and Roll by Taring Padi.
“Art Activism and Rock ‘n’ Roll” is a documentary about Art Activism that documented the artists’ community
“Lembaga Budaya Karakyatan Taring Padi”. Known as Taring Padi, the artist collective live, work and garden
in a deserted university. The community design images, posters, banners, comic books and t-shirts and
display them in public places and at demonstrations. Their idea being to make art as accessible as possible
to bring about the changes they want.

6.00 p.m. Sharing and Performances by Creative Workshop participants

7.00 p.m. Winding up – The Challenges and Next Step

7.30 p.m. End
*** All Sessions Will Be Conducted in Bahasa Malaysia***

Isnin, 5 April 2010

Kakak Pujaan


"When I was young and in school, we never looked at other races as different. We felt that we were the same. Perhaps we had different colours, but we grew up with the same values: to do good, to be good to others"

- Sheila Majid.

Sila ikuti temubual penyanyi kegemaran aku ni di sini
Dan..ketika entri ini sedang ditulis, aku sedang mendengar Di Dalam Emosi Ini - Antara lagu terbaik dari beliau. Selamat membaca ;)

Sabtu, 3 April 2010

Selamat Jalan


Selamat tinggal Din Beramboi.

- Aku teringat masa sekolah rendah. Waktu itu Din Beramboi jadi DJ di THR. Aku selalu dengar beliau merapu-rapu di THR. Watak yang kegemaran aku yang dicipta oleh beliau ialah watak "Abang Jalal" dan watak pondan bernama "Shasha". Sakit perut aku ketawa dengar beliau merapu. Zaman itu zaman Din Beramboi yang paling aku suka... dan lakonan beliau dalam filem Kelibat arahan Afdlin Shauki sebagai watak Tok Batin. Memang kelakar. Terima Kasih Din! Kau buat aku pecah perut.