Aku tidak tahu, apa yang berhantu sungguh lagu ini. Lagu ini lagu yang aku tidak pernah muak atau jemu mendengarnya. Bila menikmati lagu ini aku boleh berimaginasi bermacam-macam perkara terutamanya angan-angan berahi bersama wanita idaman.(Kununnya!) Tipikal bukan? Asalkan lagu jazz/fusion instrumental yang melodinya dimainkan oleh seksafon, mesti dikaitkan dengan aktiviti senggama atau khayalan erotik. Ceh!
Aku bukan pemuzik, oleh itu aku gagal memberitahu kamu semua apa yang menariknya tentang lagu ini dari segi teori muzik. Cuma apa yang aku tahu dari segi pemahaman peribadi sendiri, lagu ini melodinya sangat mengasyikkan. Melekat. Macam disihir bila mendengar melodi lagu ini. Ditambah pula dengan bassline yang sangat groove!(Maaf, aku tidak tahu apa perkataan groove dalam bahasa Malaysia). Dinamik lagu ini pula seperti seks. Dari berahi hingglah ke klimaks. Dinamik lagu seperti seks memang nikmat menikmatinya. Mungkin Sadao Watanabe hebat di ranjang.
Baiklah, untuk memudahkan kamu semua tentang pemahaman aku terhadap lagu ini, sila klik video di atas. Selamat berhibur ;)
-Tentang groove sila masuk sini





