Rabu, 30 Jun 2010

Adiwira Unggul


Siapa kata Batman tak wujud?

AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA ‘60AN



Sebelum AUKU, mahasiswa ada union sendiri, ada student government yang demokratik, ada perlembagaan sendiri, ada bangunan sendiri, ada akhbar sendiri, ada bas sendiri, ada kantin sendiri… mahasiswa ada kebebasan dan ada autonomi…” — Fahmi Reza

AUKU Public Lecture Series (1):

AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA ‘60AN

Speaker: Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka & penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)

Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010

Masa: 8:30 malam

Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)

MASUK PERCUMA!

Public lecture ini adalah siri pertama dari “AUKU Public Lecture Series” anjuran KLSCAH Youth, DEMA dan Malaysiakini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-22746645 (Miss Loo)

Ha, apa lagi? Ayoh!

Selasa, 29 Jun 2010

Bad Boy Bubby

"Christ, kid, you're a weirdo"


Bayangkan kamu tidak pernah keluar rumah selama 35 tahun. Kamu tidak mengetahui apa yang ada dan berlaku di dunia luar. Inilah apa yang dilalui oleh Bubby. Sehingga berumur 35 tahun, dia tidak tahu apa-apa tentang dunia luar. Bubby hanya duduk di rumah buruk dan sempit bersama ibunya yang "kununnya kuat agama". Percakapannya juga agak terhad kerana dia berbicara dengan ibunya sahaja dan mengulangi percakapan ibunya yang dia sendiri tidak memahaminya. Ibu Bubby mengatakan pada anaknya bahawa di dunia luar dipenuhi dengan gas beracun dan oleh sebab itu dia melarang Bubby keluar dari rumah. Pada satu hari, bapa Bubby yang meninggalkannya 35 tahun dahulu kembali ke rumah. Di sinilah bermulanya "pengembaraan dan penerokaan" Bubby terhadap duinia luar. Dia dihalau oleh kedua ibu bapanya.

Kalau nak tahu pengembaraan dan apa yang diteroka oleh Bubby, sila tonton filem Bad Boy Bubby. Serius, mula-mula aku tonton filem ni, aku rasa ini filem sangat "sick". Tapi setelah menonton filem Australia yang bergenrekan Black Comedy arahan Roilf de Heer ini, aku mula bersimpati pada Bubby. Malah bukan bersimpati sahaja, aku turut menyanjungi Bubby kerana sifat kemanusiaannya pada kanak-kanak cacat dan mencintai jururawat gemuk bernama Angel walaupun Bubby telah ditoture teruk oleh ibunya dan tidak memliki moral.

Kalau nak tonton filem ni, boleh saja tonton di youtube. Semuanya lengkap. Kalau di kedai DVD "ah beng", aku rasa mungkin susah sikit nak dapat filem ni. Selamat menonton ;)

Khamis, 24 Jun 2010

Mahu Disorok Bawah Tetek Hantu

Jika inilah rupa hantu kopek yang sebenarnya...wohoooooooo!


Sebagai orang melayu, aku rasa kamu semua mesti pernah dengar satu pantang larang ni. Pantang- larang itu berbunyi lebih kurang begini "Jangan keluar atau meraya-rayap waktu Mahgrib, nanti kena sorok dengan hantu kopek". Ataupun "Jangan main sorok-sorok pada waktu malam, nanti kena sorok dengan hantu tetek" Sebagai kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa dan hanya mahu berseronok, aku percaya pantang -larang ini. Aku takut kalau kena sorok bawah tetek hantu. Mungkin aku boleh mati kelemasan kerana disorokbawah tetek yang maha besar sekali. Jadi, aku tidak berani main sorok-sorok pada waktu malam.

Tapi bila aku meningkat dewasa, aku rasa ini semua tipu dan bohong semata-mata. Inilah kelemahan cara mendidik kebanyakkan orang melayu. Mereka tidak mahu berterus-terang jika melarang satu-satu perkara. Mereka lebih suka menggunakan pendekatan bohong dan sering dimomok-momokkan denga sesuatu benda yang tidak wujud dan logik. Apa salahnya jika ibubapa melayu berterus terang sahaja jika hendak melarang sesuatu untuk kebaikan anak mereka? Ini baru satu pantang larang merepek yang sengaja diwujudkan untuk menakut-nakutkan anak-anak mereka. Ada berpuluh-puluh pantang larang lagi yang pada aku tidak masuk akal langsung. Jangan potong kuku pada waktu malam, jangan bersiul dalam rumah nanti ular masuk rumah dan sebagainya. Kelakar, memang kelakar.

Generasi sekarang yang telah terdedah dengan segala teknologi dan sumber pengetahuan alternatif sudah tiadak ambil peduli lagi dengan semua pantang-larang ini. Malah jika aku katakan pada seorang budak darjah satu sekarang bahawa jika kita bersiul dalam rumah, maka akan ada ular masuk ke dalam rumah, mungkin budak darjah satu yang belum bersunat ini akan mentertawakan aku sambil terguling-guling. Ataupun jika budak ini "cerdik" sedikit, dia akan menerangkan pada aku tentang satu fakta yang diambil dari National Geographic dan mengakatakan pada aku bahawa ular ialah haiwan yang pekak. Hah! Ambik ubat! Tak ke malu aku nanti? Hahaha. Jika pada waktu aku kecil dulu, jika pantang-larang ini disangkal oleh aku dengan menggunakan fakta yang betul, maka aku akan dimarah dengan ayat - "Eh, kau ni! Melawan pulak cakap orang tua ye!"

Ini baru jika kita mempersoalkan pantang-larang, belum isu-isu besar yang lain lagi. Dan, paling menyedihkan sekali, sikap JANGAN MEMPERSOAL, JANGAN PERTIKAI DAN JANGAN BINCANGKAN ini diguna pakai juga oleh parti keris untuk mebodohkan orang melayu selama berpuluh tahun. Tengok saja isu ketuananan bangsa! Itu salah satu sebab kenapa orang melayu susah mahu maju, bagi akulah. Parti keris ini tidak mahu orang melayu jadi pandai. Itu belum soal pendidikan seks lagi. Hmmm...

Oklah, berbalik pada persoalan hantu kopek tadi, pernah tak kamu bayangkan jika hantu kopek itu sebenarnya rupanya seperti gambar diatas? Aku percaya, bukan saja budak lelaki, malah bapak budak pun akan tergopoh-gapah untuk main sorok-sorok setiap hari pada waktu malam. Mahu disorok di bawah kopek yang maha besar sekali! Tentu menyeronokkan!!!

Rabu, 23 Jun 2010

Rumah Bartanda Jangka Sudut

Ini gambar kawan gua ambil di Danga Bay. Ok, ok, gua tau banyak lu orang dah tau pasal ni. Persatuan rahsia yang sudah tidak rahsia lagi. Hahaha.

J angan K erja R ajin

Mungkin kedalaman lubang berbahaya ini boleh dijadikan habitat Ikan Gapi. Mungkin juga jika dibiarkan lebih lama, lubang berbahaya ini boleh dijadikan spa rawatan ikan Garra Rufa. JKR cepat bangun!

Selasa, 22 Jun 2010

MAKA MEREKA PUN SAMPAILAH

"seribu tahun dari hari ini
yang kau lihat nanti hanyalah gambar
dan puisi ini
"-tukartiub

Gambar Pesta Muzik Keras dan Parti Sauna






Ini gambar pada sesi jamming minggu lepas di Grido Music Studio Kelana Jaya - 18 Jun 2010. Sauna bai! Paneh bonar! Memang kena dengan apa yang ditulis di flyer, Sauna Party! Tapi aku dan kawan-kawan band semua enjoy, walaupun satu mic tak boleh guna untuk kegunaan gitaris aku untuk menjerit-jerit. Alah, masalah kecil je, yang penting kami main tak kantoi(sebenarnya ada sikit kantoi daa!) dan sama-sama merayakan kemudaan dengan muzik keras. Kami bawa 8 lagu sendiri dan satu lagu cover dari Brutal Truth - Walking Corpse. Terima kasih pada sesiapa yang ada masa gig tersebut dan melihat persembahan band kami dan juga pada Azri Rotten sebab invite kami main sama.

Gambar diambil dari Fir Zai dan gigkl.blogspot.com
Ulasan gig dan gambar-gambar band lain yang turut beraksi boleh baca di sini .

Selasa, 15 Jun 2010

Menyambut Hari Bapak dengan pesta muzik keras

Sempena hari bapak, mari kita merayakannya dengan berdendang dan berjoget dengan muzik keras dari band-band anak muda. Gua punya band pun turut terlibat. Ayoh anak muda! Selain kawan-kawan, kekasih hati dan saudara-mara, kalau boleh bawa bapak anda sekali ke pesta muzik keras ni.

-Untuk maklumat lebih jelas, sila klik imej di atas. Kalau tak tahu jalan boleh saja " kontek " no telefon yang tertera pada imej.

Ahad, 13 Jun 2010

Carta lagu pujaan air tapai


1 . Shout - Miles Davis

2 . PYT (Pretty Young Thing) - Michael Jackson

3 . Clothes Off - Gym Class Heroes

4 . We Don't Have To Take Our Clothes Off - Jermaine Stewart

5 . Take a Look At My Girlfriend - Supertramp

6 . Moanin' - Art Blakey

7 . Little Wing (lagu asal Jimi Hendrix) - Skid Row

8 . Mucha Lucha (lagu kartun Mucha Lucha) - Chicos De Bario

9 . Shine On You Crazy Diamond - Pink Floyd

10 . Texas Flood - Stevie Ray Vaughan

Sabtu, 12 Jun 2010

Berjoget



Ini lagu memang bikin aku mahu jogetlah! Ayoh joget!

Khamis, 10 Jun 2010

Surat Kepada Bryan Adams (Jika Beliau faham Bahasa Malaysia dan tersesat ke dalam blog ini)


klik player



Byran Adams - Have You Ever Really Loved A Women

To really love a woman
To understand her - you gotta know it deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - when she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
til ya know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Til you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

-Ke hadapan Encik Byran Adams yang dikasihi. Encik Byran Adams, jika saya boleh jadi lelaki seperti di dalam lirik encik, alangkah bagusnya. Sudah pasti saya akan menyanyikan semula lagu encik ini di hadapan si dia pada hari jadinya sambil memegang sebotol peraman anggur. Sudah pastilah si dia itu sedang basah-lencun seluar dalamnya ketika saya menyanyikan lagu encik. Mesti merah telinga si dia menahan gelojak nafsu syahwat kerana lirik encik ini terlalu romantik luar biasa hebatnya. Dan akhirnya kami akan ke ranjang untuk bersatu. Tapi saya ini antara beribu-ribu pengikut Pram. Saya mengambil kata-katanya . "Ini dunia, bukan Syorga" Lalu saya berfikir dan sedar, saya bukanlah lelaki seperti di dalam lirik yang encik tulis itu. Lelaki lain mungkin. Sekian.

Yang Benar,
paraok.

Rabu, 9 Jun 2010

Gambar budak-budak jahat di Seventh Heaven Studio,Tampin N.Sembilan










Gig kat Tampin beb! Gila rare! Terima Kasih pada Seventh Heaven Studio dan pihak organizer yang sudi jemput band gua beraksi. Tampin Rock!!!

Isnin, 7 Jun 2010

Gambar budak-budak jahat di Seventh Heaven Studio,Tampin N.Sembilan





Gambar lain akan menyusul kemudian. Ini saja yang sempat diletakkan. Penat bai, baru balik dari Melaka.

Jumaat, 4 Jun 2010

Yahudi laknatullah kununnya.


Kita di sini sibuk benar dengan isu Gaza sekarang ni. Benar-benar kalau boleh kita mahu membantu penduduk Gaza. Persoalannya - ADAKAH KITA SIMPATI PADA PENDUDUK GAZA DAN MARAH-MARAH PADA YAHUDI YANG KUNUNNYA LAKNATULLAH ITU DI ATAS DASAR AGAMA YANG SAMA ATAU KEMANUSIAAN?

Jangan kerana agama mereka sama dengan kita maka barulah kita baru ada rasa kemanusiaan. Kemanusiaan tidak pernah mengenal agama dan bangsa. Kemanusiaan untuk semua. Membantu manusia yang tertindas adalah kerja mulia dan bantulah manusia yang tertindas itu tanpa mengambil kira apa agama dana warna kulit mereka.

-Harap Mahadey tak saman aku kerana telah meciplak salah satu perkataan beliau paling popular. Kununnya
.

Beraksi di pekan koboi!

Ke tampin esok bersama kawan-kawan satu band. Aku beraksi di Tampin bersama kugiran sabtu ini untuk gig The Sound Of ARRRGGHHHH!!!. Harap banyak budak-budak jahat datang! Gig terakhir kami di One Cafe Kuala Lumpur penonton agak "BAIK" dan malu-malu. Bahkan ada yang terkejut bila melihat kami beraksi. Maklumlah, mungkin mereka pertama kali mendengar genre Grindcore. Tampin - "pekan koboi" mesti banyak budak jahat datanglah! Gigit telingo!

Tampin ROCK!!!

Rabu, 2 Jun 2010

"JANGAN BERMUNGKIR JANJI-WALAU PUN TERLEWAT"


Oleh kerana aku jantan yang begitu ego untuk menumpahkan air mata di khalayak ramai, maka kau bayangkan aku menahan sebak dan tangis bagaimana. Tapi aku gagal mempertahankan ego jantan aku itu. Lalu setitik dua tumpahlah juga meleleh di pipi. Aku sapu dengan kadar segera supaya tidak disedari oleh khalayak ramai. Aku tidak ada kemudahan intrenet di rumah, oleh kerana itu aku baca kisahnya di cyber cafe. Jika di rumah, sudah pastilah berderai air mata aku ketika membaca kisah ini.

"Jangan bermungkir janji - walaupun terlewat"

Selasa, 1 Jun 2010

"Menolak nasi lemak kukus berlauk ayam adalah satu tindakan revolusi"


Sedap kan?



Genap sebulan aku menolak nasi hari ini. Sangat payah pada mulanya. Tak seperti dulu sekitar tahun 2008. Aku ingat lagi hari pertama menolak nasi. Pada hari tersebut bapak aku belikan sebungkus nasi lemak kukus berlauk ayam goreng. Memang enak dan mengiurkan sesiap saja. Bau sangat harum, nasi panas, sambal manis banyak, kacang dan ikan bilis yang rangup dan semestinya ayam goreng bersaiz suku bersama rempah-ratusnya yang tiada tolok banding. Sluurrp!!! Oleh kerana berangan-angan mahu sangat mengenakan baju T saiz S, aku tidak melahap nasi lemak kukus tersebut. Aku tolak mentah-mentah. Nasi lemak kukus beraluk ayam goreng yang tiada tolok-bandingannya itu aku berikan pada seorang sahabat aku. Dan paling tragis dan sadis sekali, aku lihat sahabat aku ini melahap dengan enaknya nasi tersebut di hadapan aku. Bayangkan dalam keadaan menahan lapar, aku melihat seseorang menikmati nasi lemak kukus berlauk ayam daaaaaaaan, nasi lemak tersebut aku punya! Tapi tidak mengapa, angan-angan mahu menurunkan berat badan lebih menebal. Akhirnya habislah nasi lemak tersebut dibaham sahabat aku ini. Selepas "kejadian" tersebut pada esok harinya, aku sudah boleh menahan lapar tidak menjamah nasi. Tempoh aku tidak makan nasi selepas itu berlanjutan hingga setahun lebih. Dari 85 KG, aku susut sebanyak 65 KG. Hidung kempas-kempis bila ada kawan-kawan tegur. Paling tipikal dan tak boleh blah bila ada yang tanya - "kau hisap ice ke ?" Apa punya soalanlah, macam orang tua. Asal susut je badan ambil dadah. Kalau mahu escapism, aku ambil bahan lain, bahan yang tak mengakibatkan ke penjara. Masuk penjara sebab dadah tak cool. Tengok Ghandi, Pramoedya dan Boestamam. Mereka ke penjara kerana kebenaran.

Lepas setahun lebih, aku mula makan nasi balik selepas itu sewaktu mahu menyiapkan final projek aku pada tahun lepas. Malas mahu berdiet. Kerana final projek aku memerlukan perahan otak untuk menulis skrip, aku kununnya tidak mahu ketandusan idea kerana lapar. Kununnya jika aku menulis dalam keadaan lapar, akibatnya tidak boleh mendatangkan idea yang bernas ketika berkarya. Aku bukan seperti Pramoedya yang hebat itu. Boleh menghasilkan beberapa buah novel ketika dipenjara - dipukul, lapar, tidak selesa dan seribu lagi kondisi yang tidak enak. Tahu sajalah kondisi penjara. Aku kembali makan nasi. Makan suka-suka hati tak kira masa. Berat badan mendadak naik selepas itu hinggalah pada sebulan lepas.

Sekarang aku mahu memulakan diet menolak nasi dan genaplah sebulan sehingga entri ini ditulis. Mungkin lagi dua bulan aku sudah boleh mengenakan baju T besaiz S dan seluar bersaiz 32 seperti tahun 2008. Harapnya begitulah. Ok, ok, aku tahu ini diet tidak sihat dan diet yang tidak patut diamalkan, tapi apa ada hal beb! Gua turun 20 Kg apa ;P


"Menolak nasi lemak kukus berlauk ayam adalah satu tindakan revolusi" - paraok.
Hahahahha.....boleh bikin satu tajuk lagu untuk kugiran punk rock kata-kata hikmat ni.