


Terlalu aktif sehingga masuk ke dalam cawan.
Pada hari Isnin lepas, seorang rakan telah terjumpa seekor Sugarglider di kawasan apartment kami. Binatang tersebut berada di atas jalan. Pada mulanya rakan aku menyangkakan binatang itu hanyalah seekor tupai biasa. Jadi, dia pun tidak ambil pusing. Tapi menghairankan tupai biasa jika didekati kebiasaannya akan lari, tapi tupai ini tidak. Dia hanya memandang rakan aku. Setelah diamati, bukan tupai biasa, tapi binatang itu adalah Sugarglider. Oleh kerana rakan aku itu baik budi pekertinya, dia pun ambillah Sugarglider tersebut dan diletakkan di dalam begnya. Rakan aku yang baik budi pekertinya ini telah menyelamatkan binatang tersebut dari dimakan kucing atau dicederakan oleh kanak-kanak nakal. Selepas itu pada waktu malamnya, seperti kebiasan kami pun lepak berdongeng di kedai minum beramai-ramai. Rakan aku yang menjumpai Sugarglider itu pun datang dan ditunjukkanlah rupa binatang tersebut. Kasihan, sungguh kasihan. Binatang ini kakinya kudung sebelah kanan. Kami syak binatang ini terlepas dari jagaan tuannya memandangkan binatang ini binatang belaan yang tidak ada di Malaysia. Ini binatang diimport dari luar negara. Jika di kedai binatang, harganya boleh mencecah ratusan ringgit-bergantung juga pada spesis.
Aku juga pernah terbaca satu kes di suratkhabar yang sahamnya dimiliki oleh parti keris mengenai satu kes. Kes ini sangat mengerikan. Dalam berita tersebut, seseorang telah menjumpai seekor Hamster yang kudung keempat-empat kakinya. Menurut kata seorang doktor haiwan, Hamster itu mungkin tertekan kerana tidak pandai mencari makanan sendiri memandangkan Hamster itu sudah dibela oleh tuannya dari kecil. Kemungkina Hmster ini terlepas atau dibuang tuannya. Maka apabila hamster itu lapar dan tertekan, lalu dia makan keempat-empat kainya sendiri.
Berbalik pada kes Sugarglider tadi, aku rasa kemungkina besar Sugarglider ini mempunyai kes yang sama. Samada dibuang atau telepas dari jagaan tuannya dan terpaksa
survive sendiri, lalu binatang itu memakan sebelah kakinya sendiri kerana tidak pandai mencari makanan. Ataupun, Sugarglider tersebut memang dilahirkan cacat. Tapi secara logiknya, haiwan cacat tidak akan dijual di kedai binatang dan pembeli tidak berminat untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli haiwan cacat. Jadinya..apa pendapat kamu tentang kes Sugarglider ini?
Berbalik pada cerita tadi, setelah kami semua bermain-main dengan Sugarglider tersebut, kami berinya makan timun. Dengan rakusnya bintang ini makan timun, mungkin kerana terlalu lapar kerana terpaksa
"survive" sebelum dijumpai rakan aku. Seorang
kawan perempuan aku beri nama Sugarglider ini Bubui. Sekarang Bubui dibela oleh rakan aku ini. Bubui sekarang tinggal di dalam karung berwarna hitam dan diletakkan kain di dalamnya. Kami mempunyai seorang rakan yang berpengalaman membela Sugarglider, dan kami ikut caranya iaitu meletakkannya di dalam karung dan diberikan sehelai kain. Sekarang Bubui telah selamat. Geng kami sekarang sudah ada haiwan belaan rasmi - seekor Sugarglider berkaki kudung ;)
- Ini hari ada pengikut baru, tapi sayang, ikut secara halimunan.