Selasa, 28 September 2010

Hanya bercoli dan berseluar dalam

Favourites by MANGO

Ini adalah wanita yang hanya memakai bra dan seluar dalam sahaja pada mulanya. Oleh kerana permainan "Mangga" ini menuntut kreativiti aku supaya menjadikan wanita ini lebih sopan dengan berpakaian, maka inilah hasilnya. Sila klik link di atas ya.

Sabtu, 25 September 2010

Michel Camilo - On Fire



Kepada mereka yang mudah bosan apabila mendengar muzik-muzik yang keluar dari cencorong radio atau di televisyen, nah! Sila amati lagu ini, kalau rasa mahu berdansa dan menggoyangkan pinggul silalah berbuat demikian. Kali pertama aku dengar lagu ini secara langsung ketika menghadiri satu festival muzik di tempat aku belajar. Lagu ini dibawa oleh pelajar muzik dan pensyarah. Nasib baik aku ambil flyers festival muzik tersebut, kalau tidak mungkin aku seorang yang rugi kerana tidak mengenali lagu ini karya siapa dan mengenali virtuoso piano bernama Michel Camilo. Siapa mahu download album On Fire dari Michel Camilo ini pandai-pandailah cari di google melalui link mediafire ya. Selamat berdendang.

Selasa, 21 September 2010

Lelaki dengan trompet

Sebenarnya agak berat untuk mengeluarkan "fatwa"(memandangkan negara ini alim ulamaknya gemar benar mengeluarkan fatwa) hari ini. Tapi , aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku harus jujur dengan diri sendiri. Maka dengan hari ini, di dalam blog ini, sambil menyedut rokok seludup aku berfatwa bahawa tahkta peniup trompet nombor wahid dan paling unggul dalam senarai pemuzik kesukaan aku ialah Miles Davis. Dizzy Gillespie turun ke takhta nombor dua. Maaf Dizzy ;P . Miles memang seorang genius. Nabi Jazz. Dan aku rasa selepas mendengar muzik Miles,(selepas era Swing dan Bop, zaman di mana Miles tidak memakai kod dan mula berfesyen avant garde - kerana Betty Davis juga semestinya!) aku telah menemui puncak muzik yang aku cari selama ini. Memang banyak pemuzik dan pelbagai genre di dalam dunia ini. Memang banyak pemuzik-pemuzik "gila" dari Mahavishnu Orchestra, YES, ELP hinggalah ke John Zorn dan Liquid Tension Experiment. Memang ada banyak lagi nabi-nabi jazz yang memberi sumbangan besar terhadap muzik jazz modern seperti Coltrane, Dizzy, Charlie Parker, Freddie Hubbard, Chick Corea dsbnya, tapi karya-karya Miles adalah paling agung bagi aku dalam dunia muzik. Ini bukan sahaja kerana beliau seorang nabi jazz , tapi menyumbangkan sesuatu yang tak ternilai dalam dunia seni.

Man With The Horn!



“Don't play what's there, play what's not there.” - Miles Davis

- Untuk sesiapa yang tidak mengenali Dizzy Gillespie, gambar blog ini ialah gambar beliau.

Selasa, 7 September 2010

"You suka kacangkah..orang putih?"



"You suka kacangkah..orang putih?"

Hahaha ;)


Haha..kelakar dan cool juga bila lihat dua lelaki kaukasia berbahasa Malaysia. Tapi bila gua berbahasa Malaysia dengan orang Malaysia, gua dipandang rendah. Macamana tu? Situasi ni banyak kali dah gua alami dengan mat-mat dan minah-minah NGO, mat-mat dan minah kunun rebel tapi masih berperangai aristokrat lagi, aktivis, mat dan minah ism itu - ism ini dan sebagainya. Gua seperti makhluk asing bila berada di kalangan mereka, kerana gua tidak menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan mereka. Dan kadang-kadang kelakar juga..mat dan minah golongan kiri ini, dari apa yang aku perhatikan, mereka kunun-kununnya mesra orang susah, rakyat, petani, buruh dan golongan marhean..tapi dalam masa yang sama mereka masih pandang rendah pada mat rempit, pandang rendah pada orang yang tidak menggunakan "bahasa PPSMI" dalam perbualan seharian dan masih fobia pada mat-mat rambut panjang macam aku. Kalau diperhatikan, sebahagian besar dari rakyat marhean yang mat dan minah kiri ini kunun-kununnya mesra dan faham - mereka tidak menggunakan bahasa PPSMI dalam perbualan seharian. Rakyat marhean ni tak cool kan?

Tapi bila Mat Salleh berbahasa Malaysia, mat dan minah kunun kiri ini anggap COOL gila.

- Oh, jangan ingat aku membenci bahasa Inggeris dan orang putih. Apa yang bagus dari mereka aku suka seperti filem, muzik, sivik dan sebagainya dan tak semua dari mereka pun bagus kan? Seperti kita juga, budaya orang timur tak semuanya berfaedah - seperti setia membuta-tuli dan tidak berani mempersoalkan sesuatu yang dianggap "HARAM"/ taboo.

Raya lagi sehari weii!!! Wohooooooo!