Selasa, 30 November 2010

Gambar Gig Circle Of Blood , Ipoh Bab 2

























Gambar diambil oleh Ashie dan Ain

Gambar Gig Circle Of Blood , Ipoh Bab 1


















Gambar diambil oleh Ashie dan Ain

Rabu, 10 November 2010

Baju T Peniup Trompet



Miles Davis Portrait Artist Men Black T Shirt
Size : M

Price : US $12.99

Memang boleh bawak mengingau ni! Ah! Kenapa di sini tidak ada? Kalau tidak tak perlu bayar harga penghantaran - yang tentunya mahal! Bayangkan, kalau duduk di negeri Arwah ini, baju beliau cuma berharga US $12.99. Jangan fikir dengan tukaran wang kita, fikir jika di sana baju yang cool begini hanya berharga belas dollar, harga yang mampu dibayar oleh orang "biasa-biasa"macam aku. Memang nikmat!

Sabtu, 6 November 2010

Circle Of Blood di Ipoh

Akan beraksi di pesta muzik keras di Ipoh pula.

-klik poster untuk informasi yang lebih jelas

Jumaat, 5 November 2010

Pesta Cahaya


Aku ucapkan selamat menyambut Pesta Cahaya kepada seluruh warga Malaysia.

Selasa, 2 November 2010

Makan di warung adalah nikmat


Macam nilah lebih kurang muka aku tadi bila kekenyangan



Nasi sepinggan, ikan keli goreng rangup, dendeng berlado dua jenis(cili merah dan cili hijau), kuah gulai tunjang dan Jus Pokat(jus Avacado bersama coklat). Untuk penghabisan ialah sebatang kretek asli. Inilah nimat hidup seorang Ploletariat. Mahu makan sedap-sedap kita sebenarnya tidak perlu mengada-ngada mencari kedai-kedai atau restoran-restoran mahal. Kalau pandai cari, kamu boleh jumpa warung yang sepuluh ganda lebih sedap makanannya dari restoran-restoran mahal kegemaran kelas menengah.

Auntentik? Asli? Pure? Warung semestinya!

- Aku baru balik dari warung minang di Gombak sebenarnya ni..kenyang gila bai..dan yang lebih penting, murah dan sedap!!!

Isnin, 1 November 2010

Marty Freidman punya rambut pun original tau


"Marty? kau punya rambut pun original kan?" hehehe..


Eh! Rambut you cantiklah. Original ke?

Aku jawab..ye original

Tipulah!

Hahaha..aku hanya mampu gelak saja.

"Kalau kau nampak penampilan aku ni dengan baju murah, seluar murah, pakai telefon bimbit model sepuluh atau sebelas tahun lepas dan aku seorang penghisap rokok seludup ..kau rasa aku mampu ka nak buat rambut di saloon?"

Tapi ini aku jawab dalam hati saja. Karang kalau kau orang mengadu kat "abang besar"a.ka. The Boss a.k.a. majikan aku..mampuslah aku.

- Ini hari aku cari balik si dia yang aku telah blok di mukabuku. Tak jumpa langsung. Ini sama macam kes stokin. Busuk-busuk stokin pun, kita cium juga...hahaha.. Padan muka aku. Tapi tak mengapa. Robert Nesta kata "Don't worry about a thing, cause every little thing gonna be all right"

kan?

Hey, tolong klik iklan nuffnang aku ya..nanti dah dapat duit boleh la aku mendandan rambut di saloon terkemuka ;P