2010 akan habis lagi sehari. Cerita gua untuk tahun2010 ini macam tahun-tahun yang sudah. Gua macam gua yang lepas-lepas. Masih gagalis. Eh, tak juga. Berat masih lagi gagal dikurangkan. Chis! Cuma perubahan yang sedikit ialah , gua sudah ada sedikit kuasa membeli. Mahu beli itu ini sudah senang sedikit, berbanding dulu kalau mahu memiliki sesuatu masih berkira-kira. Tapi kuasa membeli gua pun bukan besar, pakaian bundle masih menjadi pilihan, rokok seludup masih menjadi pilihan, makan di kedai murah masih menjadi pilihan, isi petrol untuk kereta Proton Saga lama sama motosikal "punk rock" pemberian bapak gua sudah tidak menjadi masalah sangat. Mahu eskapisme atau berhibur, pun tidak menjadi masalah sangat sebab gua ada sedikit modal. Modal pun bukan besar sangat, tapi bolehlah sampai "tertonggeng" Cuma ini tahun gua kurang gila membaca karya kreatif. Ini tahun gua lebih kepada buku ilmiah, non fiksyen dan blog semestinya!. Baru minggu lepas saja gua baru menghadam karya kreatif "Midah Si Manis Bergigi Emas" karya Pramoedya - penulis yang dituduh sebagi tidak bertuhan oleh para fasis agama. Ini tahun walaupun sudah memiliki sedikit kuasa membeli, buku ialah material yang paling kurang gua beli akibat sibuk benar mahu berfesyen macam-macam. Entah kenapa, sekarang gua minat betul fesyen Robert Plant dan David Coverdale zaman 70 an. Tapi gua sedar gua tak cukup tinggi, kurus dan kacak seperti mereka. Jadi gua hanya mampu berseluar boot cut, berkemeja lengan panjang dan berkasut Converse.
Azam tahun 2011 gau mahu
1 -
2 -
3 -
4 -
5 -
6 - ...................
Hah! gua mana pernah azam apa-apa beb. Mahu buat sesuatu tak payah tunggu azam tahun baru. Mahu berbuat sesuatu boleh buat bila-bila. Lagipun gua tak "goal" apa-apa pun sangat dalam hidup gua setakat ni. Yang gua tahu, gua mahu terus hidup dan cuba manjadi warganegara yang baik. Gua mahu hidup gembira tanpa dipantau, diperhati, dikongkong dan dipaksa.
Lu orang sambut malam tahun baru di mana? Gua melalak kat Shah Alam. (Shah Alam tempat Khalid Samad, lu orang agak dia mengucap tak tengok gua melalak nanti?) Hahaha!
Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011.
Semoga 2011 kita masih lagi ada sifat kemanusiaan. Pergi jahanam fasis.
- Lagu iringan masa menulis ialah lagu The Promise dari Girls Aloud.
Nasib baik gua poser, boleh layan lagu pop. Kalau abang-abang true ni susah..lagu keras je paling best dia kata.(Tapi di rumah senyap-senyap layan Lady Gaga) Ahah!
Wei..perasan tak lagu Alejandro tu tiru lagu Don't Turn Around dari Ace Of Base.
epoolrazak: @nazmibao ooo, bila mau session lagi bao? haha
23 beberapa jam yang lalu















