
"Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di dunia"
Ini adalah fakta yang gua ambil di laman wikipedia.com. Gua yakin, fakta ini tidak tepat. Wikipedia bohong! Di tempat tinggal gua sahaja wujud 20 hingga 30 spesis monyet yang tidak lagi dibuat kajian tentang mereka. Kebanyakkan spesis monyet ini menyerupai manusia. Cuma fizikal dan lahiriah mereka saja seperti manusia. Selebihnya dari segi akal dan sivik sangat menyerupai monyet. Ini baru di tempat tinggal gua. Dan gua juga yakin di tempat-tempat lain juga masih banyak spesis monyet yang belum lagi diketahui dan dibuat kajian mendalam tentang mereka. Ahli Zoologi sila ambil perhatian!
Semalam, BOTOL Plastik yang diletakkan di dalam bakul motosikal gua hilang dicuri. Beberapa bulan lepas gua pernah tertinggal BUKU di dalam bakul motosikal, yang anehnya BUKU tersebut tidak pula hilang dicuri(harga buku tu boleh tahan juga mahalnya)
Oh...... Malaysia ku.........
- Kesimpulannya, jika lu orang teringgal buku di dalam bakul motosikal dan ianya hilang - MALAYSIA SUDAH MENJADI NEGARA DUNIA PERTAMA
0 comments:
Catat Ulasan