
Di bawah ini adalah salah satu komen yang aku baca dalam salah satu posting di
tukartiub.blogspot.com. Memang aku bersetuju dengan apa yang beliau tulis, dan aku rasa beliau juga mesti anak muda. Komen ini aku ambil tanpa izin. Kepada pemilik komen ini, aku minta maaf banyak-banyak kerana "mencilok" komen kamu. Aku hanya mahu berkongsi dengan dengan pembaca blog ini. Dan aku rasa komen ini adalah salah satu suara anak muda yang sudah bosan dengan permainan orang-orang tua Pakatan Rakyat. Kepada orang-orang tua pakatan rakyat terutama Pak Lebai-Pak Lebai PAS berserban 4 Kilo dan pakcik-pakcik yang gemar sangat berbaju batik dari PKR yang tersesat dalam blog ini, sila ambil iktibar dan pengajaran!!! Jika kamu semua GAGAL mendekati dan memahami keinginan anak-anak muda, jangan harap dapat Putrajaya!!!!
JANGAN SIBUK NAK ANTI KONSERT, ANTI HIBURAN, ANTI VALENTINE, SIBUK TANGKAP BASAH, ANTI REMPIT ANTI-ITU INI!!! DAN PADA "NGO-NGO BERANGAN" - TOLONG MASUK KE KAMPUNG-KAMPUNG KASI PENCERAHAN. KALAU BUAT FORUM TOLONG GUNA BAHASA MALAYSIA! AKU TAU LU ORANG DALAM NGO-NGO BANYAK BUKAN MELAYU, TAPI ITU BUKAN ALASAN, LU DUDUK MALAYSIA SUDAH BERAPA LAMA WEI?? LU INGAT SINI LONDON??? TOLONG GUNA BAHASA YANG MUDAH, JANGAN SIBUK NAK TUNJUK KUNUN PANDAI BERCAKAP ISM ITU-ISM INI, MAKCIK PAKCIK TAK FAHAM. MAKCIK PAKCIK TAK TAHU APA ITU SISTEM KAPITALIS, APA ITU GLOBALISASI, YANG MEREKA TAHU KUIH LAPIS DAN AIR SARSI. TOLONG JANGAN KASI MAKCIK PAKCIK PENING KEPALA.
Tanpa Nama berkata...Jangan salahkan orang kampung bila PR kalah teruk dan hampir terduduk.Tanyalah pemimpin kita:1.berapa kali setahun bagi ceramah di kampung2? Harapkan Mazlan Aliman sorang jangan haraplah nak menang!2.apa program yang telah disusun secara berterusan untuk mengembangkan sayap di kampung2. Ada ke? Apa dia?3.Orang2 muda pas, pkr dan dap, kat mana suka bermain? Bukankah suka dibandar2 aje. Sesekali atau kerap kalilah main bola dengan makccik, pakcik kat kampung2.4.Janganlah kedekut sangat. Asyik2 kutip derma. Derma, derma, derma. Ingat orang kampung banyak duit ker? Sesekali atau berkali2 lah bagi derma. Pernah bagi derma kat makcik dan pakcik felda? Setakat derma air liur, mereka dah muak!5.Suruhlah Hassan Ali turun kampung2. Buat apa duduk kat sah alam lama2, bukan boleh lembut hati mak cik kampung undi pas pun. Asik2 nuar, asik2 haji hadi, asik2 mat sabu. Yang lain makan tidor aje ker? Turunlah kampung. Kampung tu hati kita. Kalau nak menang kena pandai pujuk hati kita. Tapi kalau asyik duduk kat kerusi lembut, tak payah mimpilah nak menang.6.Bagilah contoh baik kat org kampung. Jangan masa nak undi aje sanggup buka kopiah. Time tak ada PRK, sebelah mata pun tak pandang. Kerja asyik mengutuk tapi tak bagi cadangan cara baiki. Tengok orang muda kampung rasa macam jijik semacam. Sikit2 cakap arab. Sikit2 keluar hadis. Sikit2 rujuk kitab. Budak muda mana main benda2 tu. Kenalah cari jalan lain, kena bodek, kena kipas, kena pujuk, kena mesra. Ni time pilihanraya saja baru nak minum teh sama2. Hari lain, usah harap la. Nampak anak muda macam semut. Kalau boleh dihindar, hindarlah. kalau boleh nak pakai serban lagi tinggi, lagi besar, lagi tebal, lagi berat supaya kalau jalan boleh tunduk tengok telor.7. Sibuk pulak BN bawa undi hantu sana sini. Apa hal pulak? Tak kan pr tak boleh bawak undi hantu?? Bukan susah pun nak buat undi hantu. Pindahkan aje la. Apa susah sangat. Agak2 kerdau tak boleh menang, bawaklah ke merlimau. Sekurang2nya boleh menang kat merlimau. Dah bn main padang tak rata, kenapa pr nak main sama. Kenapa tak buat strategi yang sama. Bila kalah bising pulak. Keoh pulak. Kalau bn ada undi 2 kali, kenapa pr tak buat boleh undi 4 kali? Apa hal?8.Pr ni kerja posmorten2. Kajian2. tak habis2. Tak sudah2. Dah tau kg lemah sokongan, kenapa tak gandakan 10 kali di kampung2. Kat tempat aku contohnya, ada pemuda umno; pemuda pas tak ada. Ada pondok umno; pondok pas tak ada. Apa hal? Nak sedekah harakah, keadilan sikit punya kedekut. Nak hulur 2 ke 3 ringgit sikit punya berat. Nak menang macam mana?9.Isu yang dilabun tak kena untuk orang kampung. Orang kampung mana tau rasuah. Mana tau harga minyak sebab naik basikal. Mana tau harga gula sebab sekilo gula pun tahan 2 bulan. mana tau harga gas masak sebab masak pakai kayu api. Kisah kapal selam apa guna? Kisah kapal perang apa faedah. Dia orang nak duit! Duit. Tau tak duitttt! Cuba bagi duit, bn akan mati kutu. Cuba janji sekolah, BN akan mati kutu. Cuba turap jalan raya pakai lori lambang pas, bn mati katak. Ni nak keluar 5 sen pun macam nak keluar besar kereta lembu! Apa nama??Cubalah berubah. Yang rasa2 dah tak boleh menyumbang tu duduklah rumah. Jaga cucu. Bagi pada yang muda2. Yang tua2 takut ada pula PRK nanti. Yang muda2 banyak tapi nak naik selalu sangat kena pijak. Jawatan macam makanan. tak ada jawatan tak nak buat kerja. PKR pulak, kerja pasang bendera pun harapkan pas. Pakai baju batik2, teli2 leher, berkot2. Apa cerita ni.Kalau kampung masih tidak diberi perhatian, 53 tahun lagi kita masih di takuk lama. 53 tahun lagi ceritanya masih sama.Meh laajalan2 masuk kampung.bawak harakah sekali.bawak keadilan sekali.jom pekena teh kat warong kampung lonek.meh main bola dengan mat gian kat felda kerdaumeh merempit di felda serting.bila kita cari kawan; kawan akan cari kita.bila kita geli kat kawan; kawan geli nak pangkah kitamehlah turun ke kampung2biar tahun ni kita berrumah di kampungbiar tahun ni di kampung cuma ada geng2 kitabiar kita merayakan geng kita di kampung2
Meh laaaaa...