Rabu, 31 Mac 2010

Wayang Gambar


Tayangan Filem "Johnny Bikin Filem"

Start Time:
Thursday, April 1, 2010 at 8:00pm
End Time:
Friday, April 2, 2010 at 12:00am
Location:
Universiti Malaya

Sinopsis : Filem ini memaparkan kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster yang berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai oleh kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.


*Al-Fatihah buat Allahyarham Anuar Nor Arai (Dr. Anuar Nor Arai), pengarah filem Johnny Bikin Filem yang sudah pergi meninggalkan kita. Moga rohnya dicucuri rahmat.*


Berbalik kepada karya pertama dan terakhir arahannya, Johnny Bikin Filem, filem berdurasi 5 jam ini merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem arahan Dr. Anuar Nor Arai ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya. Di barisi oleh Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai.

Tayangan ini diwajibkan kepada pelajar ijazah yang mengambil subjek 'Sejarah Filem Melayu' dibawah pensyarah En. Hamsan Mohamad.

Bayaran dikenakan(oleh pihak UM) : Rm 5
Sebarang masalah sila hubungi Ustaz Ya @ Hafdzi Rashid


- Jumpa di sana ;)

Berdekahkahkahkah


Mari ketawa ramai-ramai sebelum ketawa diharamkan.

Keluarga Bahagia

Selasa, 30 Mac 2010

Apa Nama

Gua tengah tahan gelak bila tengok ini gambar.
Apa namaaaaaaaa...

Sabtu, 27 Mac 2010

Death Metal Dan Teori Darwin


VS


Kamu pernah dengar genre Death Metal? Belum pernah dengar? Baiklah biar aku terangkan sedikit bagaimana muzik genre Death Metal ini bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar muzik ekstrem ini. Death Metal secara tipikalnya merupakan muzik yang keras, bising dan laju. Setiap kumpulan yang bergenrekan Death Metal pula wajib mempunyai double pedal, gitar distortion seberat yang boleh dan suara growl atau scream. Kalau nak tahu suara growl bagaimana cuba ingat kembali suara Cookie Monster dari Sesame Street, lebih kurang begitulah. Liriknya pula biasanya menceritakan mengenai kematian, kengerian, darah, kubur atau benda-benda ngeri atau seram yang berkaitan. Ada juga kumpulan Death Metal yang bererita mengenai politik, penafian agama, sejarah dan sebagainya. Pendek kata Death Metal ialah muzik ekstrem yang bising, berat, suara vokalisnya tidak boleh difahami dan boleh menyebabkan sesiapa yang meminati Mawi atau sampah-sampah dari Akademi Fantasia akan sakit jantung jika mendengar genre muzik Death Metal. Sesiapa yang meminati muzik Keroncong, Funk, Latin, Jazz atau Pop pasti benci mendengar muzik genre Death Metal (kalau ada yang boleh menerima, itu spesis terancam atau spesis yan sukar ditemui -seperti aku ;) Itu baru muzik Death Metal yang paling asas sekali, belum termasuk sub-sub genre Death Metal yang lain seperti Black/Death Metal, Grind/ Death Metal, Brutal Death Metal dan sebagainya.

Sekarang cuba bayangkan aku mendengar muzik Death Metal menggunakan headphone dengan kadar volume maksima. Sudah tentu aku tidak mendengar apa-apa pun ketika ini melainkan muzik Death Metal yang bingit kan?

Tapi, ketika entri ini sedang ditulis, ketika aku sedang mendengar muzik dari kumpulan Death Metal paling jahat, brutal, bising, laju, sadis dan kejam dengan menggunkan headphone pada kadar volume maksima - aku dapat mendengar suara-suara gamers di sini menyalak-nyalak macam anjing yang baru kena balun dengan kayu belati. Bayangkan betapa bisingnya mereka ini.

Ini membuktikan bahawa teori Charles Darwin itu hampir tepat. Aku percaya teori beliau apabila aku melihat sikap gamers-gamers ini. Cuma aku hairan, tok nenek mereka ini dari spesis yang mana, samada Ungka, Siamang, Lotong, Beruk, Cimpanzi, Babun atau Orang Utan?

- Untuk mendengar muzik dari kumpulan Death Metal paling jahat, brutal, bising, laju, sadis dan kejam ketika entri ini ditulis, sila masuk sini

Khamis, 25 Mac 2010

Sepultura - Refuse/resist



Chaos A.D.
Tanks on the streets
Confronting police
Bleeding the plebs
Raging crowd
Burning cars
Bloodshed stars
Who'll be alive?!

Chaos A.D.
Army in siege
Total alarm
I'm sick of this
Inside the state
War is created
No man's land
What's this shit?!

Refuse/resist
Refuse

Chaos A.D.
Disorder unleashed
Starting to burn
Starting to lynch
Silence means death
Stand on your feet
Inner fear
Your worst enemy

Refuse/resist
Refuse/resist

- Untuk negara dunia ketiga, untuk negara kukubesi, untuk Malaysia...

Gadis Shell seperti gadis bunian dalam Hellboy 2


Rupa-rupanya dia yang dipanggil Princess Nuala oleh aku itu, yang bekerja di Shell itu, mengikut kata seorang rakan adalah bini orang. Adoi!!!

Kadang 2 muka dia berubah seperti Aacapan bila dia baru bangun tidur

Sila klik gambar untuk nikmat membaca yang ampuh tiada tolok bandingan.

Selasa, 23 Mac 2010

Mari Membaca

"Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi" - Tukar Tiub

Untuk pencerahan minda sila masuk sini

Celakalah!!!



Apakah anjing tidak mempunyai hak untuk hidup? Celakahlah siapa yang menganiya anjing ini!!!! Diambil dari sini

Jumaat, 19 Mac 2010

Pet

Red Panda

Siberian Husky

Burung Hantu

Musang Pandan

Hedgehog

Binatang-binatang di atas adalah binatang yang ingin aku miliki, kalau bolehlah. Kalau tak dapat semua, salah satu pun jadilah. Paling mustahil nak bela ialah Red Panda, pasal binatang tu tiada di sini. Comel kan? Tapi Anjing Huskee susah sikitlah, mahal nak mampus! Musang Pandan kadang-kadang aku jumpa lalu di belakang rumah aku ketika menghisap rokok pada waktu malam. Bila aku cuba dekat atau kejar, dengan pantasnya Musang tersebut akan lari masuk semak atau hutan. Dan paling mengkagumkan sekali, Musang tersebut mengeluarkan bau pandan. Wangi beb! Tapi Musang Pandan dan Burung Hantu spesis yang dilindungi, kalau bela salah. Yelah, ada orang yang bodoh sibuk sangat nak makan Musang dan Burung Hantu, lalu haiwan ini banyak dibunuh dan diseludup ke luar negara. Jahat betul.

- Oh! Kalau aku bela Musang Pandan banyak-banyak dan kasi mereka makan biji kopi hari-hari..sudah tentu aku kaya nanti. Pernah dengar pasal Kopi Luwak? Tanya pak long google ye ;)

Khamis, 18 Mac 2010

Ommmm...

Ommm..Ommm..Ommm...Ommm...Ommmm...Ommmm..Ommmm...Ommm...

Ada Berani Ka?


Apa macam BN, PAS, Keadilan dan DAP? Ada berani buat macam PSM?

MAJLIS PENGISTIHARAN HARTA AHLI PARLIMEN, ADUN DAN AHLI MAJLIS PSM DAN LAPORAN PRESTASI KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT DAN KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA

Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mengadakan Majlis Pengistiharan harta Ahli Parlimen, DUN dan Ahli Majlis PSM disamping Laporan prestasi dua wakil Sosialis yang dipilih ke Parlimen dan DUN dua tahun yang lalu. Ini merupakan satu janji yang telah dibuat oleh PSM semasa pilihanraya 2008 dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengistiharkan harta setiap tahun kepada umum.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Mac 2010 (khamis)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Perhimpunan China Selangor(SCAH)

No.1 Jalan Maharajalela 50150, KL.

PSM merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang mengistiharkan harta setiap tahun bagi calon yang bertanding dalam pilihanraya. Semua dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan hubungi: Bawani 0169008202 @ Arutchelvan 019-2537791

Rabu, 17 Mac 2010

Hasil Tembakau


Bersetuju sangat dengan Ratih Kumala. Selamat merokok, sodara-sodara!

Selasa, 16 Mac 2010

"Komunis Tu Jahat" katanya....


Ramai orang di sini suka pakai barang yang ada gambar Che. T Shirt, tali pinggang, patches, sticker dan banyak lagi. Tapi bila ditanya tentang sosialis atau komunis, kebanyakkan mereka kata komunis tu jahat dan tak tahu sosialis tu apa. Paling ngeri aku pernah dengar mereka kata begini..

"La! Aku ingat dia Bob Marley"

Apakah????????????

- Oh, nak dengar benda paling kelakar? Ada sesetengah orang seni di sini tak kenal siapa John Lennon(mereka ni ada pendidikan formal dalam bidang seni). Oh! Ada lagi paling kelakar. Aku pernah lihat sebuah kereta yang ada sticker Che dan sticker Pekida. Sticker Che ditampal di bahagian atas manakala sticker Pekida di bahagian bawah.

Budak Kecik

Sekadar gambar hiasan


Atas bawah, depan belakang semua jiran yang sudah berkeluarga. Banyak sangat budak kecil. Ada jenis tak suka tutup pintu rumah nak kasi satu dunia dengar anak dia melalak. Arrghhh!

Aku memahami apabila sesetengah orang mengerutkan muka bila disebut tentang perkahwinan..dan aku memahami juga bila sesetengah orang tak suka budak kecil.

Budak kecil memang comel..tapi bila ramai sangat dan bising?

Teringat pula waktu aku masih tadika dahulu, aku diikat oleh seorang guru perempuan pada bangku kerana terlalu nakal. Cikgu, sekarang saya faham perasaan kamu, padan muka saya!

-Sedang mendengar Of Hate We Breed dari Susperia ketika menulis.

Isnin, 15 Mac 2010

Jubor



Apabila masa depan demokrasi bergantung pada satu lubang jubor..maka?

Jumaat, 12 Mac 2010

Filem Yang Sudah Dinikmati Dan Filem Yang Ingin Dinikmati

Secangkir Kopi Pahit

Daun Di Atas Bantal

Ca-Bau-Kan

Aku baru saja selesai menonton 3 filem dari Indonesia iaitu Daun Di Atas Bantal, Secangkir Kopi Pahit dan Ca-Bau-Kan.

Sekarang aku teringin betul mahu menonton filem Impian Kemarau dan Bulan Tertusuk Ilalang. Impian Kemarau aku sempat tonton sekali saja, itu pun secara kebetulan bila aku buka Saluran Astro Kirana semasa musim filem-filem Asia di tayangkan beberapa tahun lepas. Filem tersebut sangat cantik dari segi senimatografi. Siapa suka filem Pasir Berbisik pasti suka filem Impian Kemarau juga. Kedua-dua filem ini aku nak sangat tonton. Rare nak jumpa di sini! Sesiapa yang ada dvd/vcd atau soft copy filem ini sila simpan elok-elok. Kalau baik hati boleh kasi aku pinjam tak? ;P

-Kalau mahu sistem barter aku ada soft copy filem Biola Tak Berdawai. Haha..


Impian Kemarau


Bulan Tertusuk Ilalang

Selasa, 2 Mac 2010

Cookie Monster yang comel



Comel kan Cookie Monster nyanyi death metal?