Isnin, 24 Januari 2011

Wikipedia Bohong!

m
"Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di dunia"

Ini adalah fakta yang gua ambil di laman wikipedia.com. Gua yakin, fakta ini tidak tepat. Wikipedia bohong! Di tempat tinggal gua sahaja wujud 20 hingga 30 spesis monyet yang tidak lagi dibuat kajian tentang mereka. Kebanyakkan spesis monyet ini menyerupai manusia. Cuma fizikal dan lahiriah mereka saja seperti manusia. Selebihnya dari segi akal dan sivik sangat menyerupai monyet. Ini baru di tempat tinggal gua. Dan gua juga yakin di tempat-tempat lain juga masih banyak spesis monyet yang belum lagi diketahui dan dibuat kajian mendalam tentang mereka. Ahli Zoologi sila ambil perhatian!


Semalam, BOTOL Plastik yang diletakkan di dalam bakul motosikal gua hilang dicuri. Beberapa bulan lepas gua pernah tertinggal BUKU di dalam bakul motosikal, yang anehnya BUKU tersebut tidak pula hilang dicuri(harga buku tu boleh tahan juga mahalnya)

Oh...... Malaysia ku.........


- Kesimpulannya, jika lu orang teringgal buku di dalam bakul motosikal dan ianya hilang - MALAYSIA SUDAH MENJADI NEGARA DUNIA PERTAMA

Jumaat, 21 Januari 2011

Jangan Gelar Saya Lagenda




“I know what I've done for music, but don't call me a legend. Just call me Miles Davis.”

Burung Puaka


Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):

Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.


Selanjutnya boleh baca di sini

Rabu, 19 Januari 2011

Wira Kelas Pekerja


Wira Kelas Pekerja

Burung Bersunat


Ada tiga macam Burung Punai. Ada Burung Punai Emas, Burung Punai Tengkuk Hitam dan Burung Punai Tanah. Burung Punai Orang saja tidak ada. Mungkin spesis ini wujud, akan tetapi Saintis serta ahli Zoologi masih belum lagi menemui spesis ini.

- Adakah ketiga-tiga jenis Burung Punai ini bersunat?

Siput Buluh


Siput buluh atau juga dikenali sebagi siput pahat-pahat, atau ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Seterusnya baca di sini

Tayar Sotong

Selasa, 18 Januari 2011

Lintah Bulan


Lintah bulan ialah nama biasa yang untuk semua moluska gastropod yang kekurangan cangkerang atau ada cangkerang dalaman yang kecil.

Spider Monkey


Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju dari pokok ke pokok.


Seterusnya baca di sini

Isnin, 17 Januari 2011

Meow..meoww



Kucing Batu (bahasa Inggeris: "Leopard Cat") ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama sainsnya Prionailurus bengalensis.

Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya.


Seterusnya boleh baca di sini

Celakalah

Celakalah mereka yang membakar Interlok!

Sun Bear

Ahad, 16 Januari 2011

Bidalan dan Auta


"Datuk nenek moyang kita dahulu telah mengumpulkan pengalaman untuk dijadikan peringatan kepada anak cucu cicit. Kerana itu, kes auta Kitul dan auta Mendeliar ini telah dijadikan bidalan yang berbunyi : Jika bertemu ular dan Sami Veloo ketuk kepala Mahathir dahulu. (Ini bidalan buatan saya dan bukan dari Tun Sri Lanang.)" - Hishamuddin Rais

Sabtu, 15 Januari 2011

Ngentotlah


Ngentotlah..sesungguhnya ngentot itu bukan jenayah.

Jumaat, 14 Januari 2011

Jumaat, 7 Januari 2011

Album-album Metal Pujaan AirTapai

Senarai album-album Metal kegemaran gua.


1. Children Of Bodom - Hatebreeder


2.Immortal - Son Of Northern Darkness


3.Behemoth - Zos Kia Cultus/Here And Beyond


4.Morbid Angel - Domination


5.Bloodbath - The Phatomless Mastery


6.Rhapsody - Dawn Of Victory


7.Helloween - The Time Of The Oath


8.Destruction - Antichrist


9.Sepultura - Roots


10.Soulfly - Primitive


11.Slayer - Live Decade Of Agression


12.Slayer - God Hates Us All


13.Dimmu Borgir - Death Cult Armageddon

Inilah album-album Metal yang gua rasa paling gua suka. Ada yang sudah dinikmati dari sekolah menengah, zaman dimana gua mengumpul duit belanja sekolah dan sangup berlapar tidak makan semata-mata mahu membeli satu kaset. Ada yang yang baru dinikmati semasa kini, zaman gua sudah pandai download. ;P Susunan album-album Metal di atas dari no 1 hingga ke 13 itu sekadar susunan sahaja. Gua tidak membandingkan mana-mana album di atas. Semuanya terbaik bagi gua dari segi kualiti rakaman, lirik hingga ke gubahan lagu. Jadi, pada sesiapa yang mahu mencuba dengar album-album di atas, silakan. Kalau lu stabil, boleh beli CD asli, kalau kedekut, poser dan tak "TRUE"macam gua, boleh saja download. Hahaha..selamat mendengar.



Ini adalah gambar kugiran gua. Ini gambar diambil masa gig di Shah Alam sebelum malam tahun baru. Itu wanita sama budak kecil bukan ahli kugiran. Budak kecil itu memang cool, dia tak takut langsung dengan gua. Biasanya budak kecil akan takut dengan penampilan gua. Yang menangis terus bila gua pandang saja pun ada tau. Ganas sangat ka gua? Hahaha. Budak kecil itu aku tidak tahu, adikkah atau anakkah kepada wanita itu. Yang pastinya dia bertanya "bang, boleh tak ambik gambar dengan abang dan band abang?" Gua ok saja. Lepas ambil gambar, mereka berdua terus beredar, tak sempat mahu berbual-bual. Jarang oh orang yang tidak kenal gua mahu bergambar sama gua. ;)



- Hmm..sekali pandang, gua rasa gua memang ada iras Rick Rubin skitlah kan...haha..ganah..ganah!

Rabu, 5 Januari 2011

Sotong Khayal


Sotong pun seperti manusia..mereka memerlukan eskapisme

Ahad, 2 Januari 2011

Pencuci Muka Ajaib



Sumpah..memang aku terasa nak beli produk ni! Hahahaha!

Apabila aku menjadi kartun


Menjadi kartun lebih gembira ;)